follow me on Twitter

    Friday, March 30, 2007

    Ulasan Debat AF5....

    Sebenarnya tiada sebarang ulasan pada setiap hari jumaat.Disebabkan Debat AF yang disiarkan semalam betul-betul satu toik yang hangat untuk diulas.Ini "Special Case".Antara topik yang hangat diperbincangkan dalam Debat AF semalam adalah Bercinta adalah punca Peyingkiran Pelajar??.Leo amat bersetuju dengan pendapat Zubir dalam kenyataan beliau yang menyatakan bahawa sememangnya Astro yang memperbesarkan hal-hal seperti ini sebenarnya.Memang tidak dinafikan.Mengapa Leo menyokong pendapat ini???.Kita sedia maklum bahawa di Akademi Fantasia memang tersembunyi banyak kamera.Kamera ini memantau setiap perlakuan pelajar di dalam Akademi setiap hari.Aznil menyatakan bahawa adegan-adegan Cinta ini adalah apa yang berlaku dalam realiti dan inilah yang kita sajikan pada penonton.Zubir pula mempetahankan bahawa media hanya membuat susulan daripada bahan yang disajikan oleh Astro dalam Diari.Sebenar Astro boleh lebih bersikap Profesional dalam hal ini.Bagi Leo hanya ada satu sahaja sebab utama mengapa adegan-adegan seperti ini dipetontonkan.BiZnEs Strategy!!!!!!!!!!.Astro tidak melihat ini sebagai permintaan peminat tetapi melihatnya sebagai satu batu loncatan untuk menaikkan lagi rating Diari AF dan secara langsung menarik undian daripada peminat di luar.Sepatutnya banyak lagi adegan lain yang boleh dipertontonkan.Astro harus berfikir panjang di mana mereka harus sedar bahawa adegan-adegan cinta ini boleh menimbulkan persepsi-persepsi negatif di luar sana.Ini terbukti semalam dalam Diari AF.Pelajar-pelajar tidak bersikap profesional dalam membina karier mereka di dalam akademi.Seperti mana yang leo katakan dalam post yang lepas bahawa,peminat di luar sanalah yang sebenarnya menanggung dan membiayai Yuran pengajian mereka di AF.Adakah ini yang harus mereka lakukkan sebagai membalas kembali segala undian yang dibuang oleh peminat untuk mereka????U decide.....
     
    Media yang semangnya cukup sensitif dengan isu-isu seperti ini pasti akan membuat liputan di majalah mereka.Dan sememangnya Astro sendiri yang memulakan hal-hal bercinta ini.Semua rakaman yang dibuat dipetontonkan tetapi dalm bentuk percintaan pula.Media tidak akan memulakan hal seperti ini jika Astro tidak memberikan bahan kepada mereka.Ini adalah 100% pasti.Saya hanya menyokong isu ini sebenarnya bermula daripada Astro.Diorang nak bercinta kat dalam tu lantak diorang lah.....
     
    Isu kedua menjurus kepada pemberian hadiah kepada pelajar yang mendapat undian tertinggi dalam peratusan undi setiap kali tamat konsert.Ini memang sesuatu yang hamphessss!!!!!!.Kita sedia maklum dalam tradisi Akademi Fantasia bahawa pelajar yang memiliki vokal yang terbaik jarang-jarang sekali dapat naik hingga ke tangga pertama.Contohnya dalam AF3 Idayu & Akma,AF4 Farhan & Velvet.Apa yang berlaku??? Pelajar yang kureeennngggssss bakat nyanyian pula berada di kedudukan teratas.Kita lihat pada Dafi sendiri,power ker vokal dia tu?????.Jika dibandingkan dengan Noni,Dekna dan Candy memang jauh berbeza.Dafi mendapat undian tertinggi hasil daripada undian peminat buta seni yang hanya melihat kepada rupa paras semata-mata.Adakah ini pencapaian namanya???.Setiap pelajar di sekolah akan diberikan hadiah oleh guru mereka setiap semester hasil daripada pencapaian cemerlang mereka dalam Akademik.Bagi Leo, pencapaian Dafi dan Mawi adalah pencapaian cemerlang undian buta seni dan bukan pencapaian cemerlang persembahan vokal mereka.Ada yang mengatakan undian itulah sebenarnya bukti mereka cemerlang - tetapi apa sudah terjadi pada Idayu,Linda,Velvet, Amylea,Akma,Farha???? Memiliki vokal yang tinggi tetapi tidak berada di kedudukan atas dan tidak layak mendapat Hadiah!!!!!!!. Kita dapat lihat sendiri dalam Debat semalam di mana 31% mengatakan ya dan 69% mengatakan Tidak.Apa lagi point lain!!!!!! Ini adalah pertandingan nyanyian bukannya pertandingan paras rupa.Maka dengan itu JANGAN BERI HADIAH PADA MEREKA YANG BERADA DI ATAS JIKA PERSEMBAHAN VOKAL MACAM HAMPESSSSS!!!!! THIS IS NOT FAIR....TENAGA PENGAJAR PROFESIONAL SEBENARNYA YANG HARUS MELIHAT DAN MENILAI.......
     
     
     
    *Leo akan mengubahsuai layout blog esok...Pautan lain telah dibuang.....harap sabar hingga minggu depan...
     
     
     

    Thursday, March 29, 2007

    Ketelusan Diari Akademi Fantasia...Sejauh Mana????

    Leo amat tertarik dengan aktiviti yang dibuat oleh Cikgu Fati setelah menonton Diari AF semalam.Pelajar-pelajar diminta mengayakan Lagu hindustan dalam bentuk tarian.Sampai ada yang berguling-guling.Pihak Pelajar perempuan pula buat-buat aksi manja seolah-olah tidak mahu melayan karenah pelajar lelaki.Ini mengingatkan kita kepada persembahan-persembahan pelajar-pelajar yang lepas di mana mereka menyanyikan lagu Hindustan.Tapi apa yang berbeza pada kali ini,ianya dibuat dalam kelas.Perangai sebenar keluar dengan serta merta.Shawal dan Noni pula macam dah tak ngam.Merajuk nampaknya.Tapi kita sedia maklum tabiat Noni yang memang sempoi dan biasanya tak ambil peduli dengan keadaan persekitaran beliau.Kamera pula memainkan peranan.Kamera di Akademi Fantasia sudah menjadi seperti Adik Aznil Nawawi.Tukang kenen-kenen.Tetapi apa yang pasti Shawal buat seperti tak ada pa yang berlaku.Biasalah Lelaki,kontrol macho.
     
    Dekna pula seolah-olah mengikut jejak langkah haziq.Semua lagu dibalunnya dalam bilik latihan Vokal.Ebi pula macam orang hilang akal.Mundar-mandir dalam bilik lepas tension.Nampaknya setelah 3 minggu berlalu,sudah nampak perangai sebenar mereka.Hidup jauh daripada dunia luar,sememangnya tertekan.Leo sendiri tertunggu-tunggu apakah isi kandungan Diari Khas pada hari sabtu ini.Apa yang pasti, kononnya ianya lain dari yang lain.Ini bakal menjadi topik hangat yang akan diketengahkan oleh kebanyakan blogger pada hari sabtu.
     
     
    Mengapa saya memilih tajuk di atas sebagai tajuk utama pada hari ini????? 
     
    Saya mendapat berberapa info yang sememangnya boleh dipercayai daripada seorang street informer(Biarlah Rahsia) yang mengatakan bahawa terdapat ketidaktelusan dalam Diari Akademi Fantasia.Beliau menjelaskan bahawa terdapat berberapa senario yang dilakonkan semata-mata oleh pelajar.Biasanya ianya diarahkan oleh pengurusan Akademi Fantasia.Kadang-kadang Leo sendiri juga kurang percaya pada sesetengah aksi yang dipertontonkan di Diari pada setiap malam.Kononnya permainan ini bermula sejak AF3 lagi.Mungkin untuk memancing undi daripada luar,pihak pengurusan meminta Pelajar melakonkan babak-babak yang pasti menarik perhatian penonton di luar sana .Betapa  bodohnya kita dipermainkan oleh mereka.Sampai ada yang sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit apabila percaya dengan lakonan mereka.Jika info ini benar,hilanglah keseronokan sebenar Akademi Fantasia...Saya tidak tahu samada info ini benar ataupun tidak,apa yang pasti tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dengan anda semua.Tidak ada niat untuk memburukkan Pihak Akademi.So...Don't sue me....!!!
     
     
    ***Tiada sebarang ulasan pada hari Jumaat..Seperti biasa...tunggu ulasan untuk Konsert 3 pada petang Ahad...

    Tuesday, March 27, 2007

    The Man With The Black Cap.....

    Melihat kepada Diari semalam,hmmm...nampaknya tidak ada isu menarik yang perlu dibincangkan.Semuanya dalam keadaan terkawal.Cuma Leo agak tertarik pada akhir slot di mana pelajar sedang baring untuk melepaskan lelah masing-masing.Kemudian berebut-rebut ke ruang makan untuk Lunch.Tabiat setiap manusia adalah tidur setiap kali ada masa terluang.Lihat sahaja pada pelajar-pelajar tajaan kita di Akademi Fantasia.Merujuk kepada maklumat yang diberikan oleh seorang blogger,slot Konsert Akademi Fantasia yang sepatutnya diadakan pada malam sabtu digantikan dengan Diari Khas Akademi Fantasia.Hmmm...Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Astro pada kali...??? Jangan silap tonjol...Nanti lagi pedas kritikan...
     
    Konsep Kemanusiaan dan KeTuhanan yang bakal dibuat pada ahad ini adalah julung-julung kali diadakan dalam sejarah AF.Sebenarnya bagi pendapat Leo,tiada sebarang kelainan yang ditonjolkan daripada lagu yang diberikan.Mungkin ada lagi program khas yang bakal dipertontonkan oleh Astro.Cuma Leo agak musykil semasa Roslan Aziz datang ke Akademi Fantasia semalam.Siapakah lelaki yang memakai topi hitam yang bertanggungjawab memperdengarkan Minus One kepada pelajar-pelajar??? Lihat pada topi yang dipakai,ada iras-iras Sham kamikaze....!!!! Pandangan kamera dibuat daripada belakang.Kita tidak dapat membuat kepastian.Kalau benar itu Sham Kamikaze,nampaknya ehem..ehem...ehem....????
     
    Apa-apapun kita lihat apakah yang dimaksudkan KeTuhanan dan Kemanusiaan oleh Astro....Lebih Hangat Daripada Biasa....
     
     

    Monday, March 26, 2007

    Isu Perebutan Lagu Untuk Hiburan Seisi Keluarga????

    Merujuk kepada post-post yang lepas,Leo sendiri menyatakan rasa tidak puas hati kepada cara pemberian lagu kepada para pelajar di Akademi Fantasia.Cara seperti ini akan menimbulkan  rasa tidak puas hati di kalangan mereka dan secara langsung akan menjejaskan hubungan antara mereka.Kita sedia maklum kalau kaum hawa bertekak lidah.Kemungkinan besar ini akan membawa kepada adegan tarik-tarik rambut,maki hamun tak tentu pasal dan tidak bertegur sapa berminggu-minggu.Perasaan dengki dan cemburu kaum hawa sememangnya berbeza dengan kaum adam.
     
    Jelas sekali Noni dan Dekna mengalah dalam isu ini.Apa yang jelas,Candy seperti di atas pagar.Ada yang menyebelahi pihak Candy ada yang tidak.Mila pula tetap dengan pendirian beliau.Heliza seperti menjadi hakim di antara mereka.Mungkin kerana beliau adalah seorang yang terpelajar di antara mereka.Apa-apa pun..isu perebutan lagu ini tidak sesuai sekali untuk tontonan seisi keluarga.Kenapa saya berkata demikian??? Ianya akan bakal mengundang persepsi-persepsi negatif di luar sana.Betul atau tidak???...U decide...
     
    Nampaknya Konsert akan diadakan pada hari Ahad ini dan berkonsepkan Ketuhanan dan KeManusiaan.Kita Lihat samada berani atau tidak Ogy melemparkan tomahan-tomahan beliau pada hari tersebut.Hari tersebut juga adalah hari Maulidur Rasul.Kita masih lagi menunggu pembaharuan dalam konsert pada minggu ini.Mungkin Leo sendiri akan berada di sana nanti.
     
    Apa yang Leo masih bengang ialah Gerak Tari Lagu Menuju Puncak...Adakah susunan musik seperti ini akan digunakan sepanjang musim???...Adakah ianya sesuai dengan tema pada hujung minggu ini nanti???
     
    Aizat -  Warisan
    Farha -  Insan
    Dekna - Kembara di Tanah Gersang
    Rizal - Permaidani
    Dafi - Aku tanpa Cintamu
    Noni - Ode to My Family
    Shawal - Kuberlari
    Fatin - Erti Hidup
    Candy - Terlalu Istimewa
    Aswad - Hijau bumi Tuhan
    Mila - Melukut di tepi Gantang
    Heliza - Melodi Ahlan
    Ebi - Al Jannah

    Saturday, March 24, 2007

    Ulasan Konsert 2 Akademi Fantasia.....




    Nampaknya Akademi Fantasia telah kembali.Susunan musik yang dipersembahkan di konsert kedua semalam memang bertaraf lima bintang.Thank you Astro.Inilah yang para peminat di luar sana mahukan.Walaubagaimanapun,terdapat juga elemen-elemen lain yang masih lagi mencacatkan gaya persembahan konsert semalam.Antaranya adalah koreagrafi tarian lagu menuju puncak.Still the same old shit...Persembahan konsert dimulakan oleh aznil daripada luar Auditorium MPPJ sementara para pelajar bersedia dengan aksi robotik di atas pentas.Cara pengenalan pelajar memang bagus dan satu pembaharuan.Aksi robotik yang dilakukan oleh setiap pelajar mengingatkan kita semasa AF3 di mana pelajar mengenalkan diri dengan cara ala-ala askar.


    Dari pandangan mata dan pendengaran telinga Leo,inilah skor yang dapat Leo berikan kepada kesemua pelajar yang membuat persembahan semalam.


    Candy - 9/10
    Mila - 4/10
    Rizal - 6/10
    Afiq - 6.5/10
    Ebi - 6/10
    Noni - 8/10
    Heliza - 8/10
    Dekna - 8/10
    Aizat - 9/10
    Dafi - 5/10
    Fatin - 7/10
    Aswad - 8/10
    Farha - 7/10
    Shawal - 8/10


    Kejutan pertama pada musim ini dimulakan oleh Candy di mana beliau mendapat sokongan dariapda 3 Diva daripada Indonesia.Leo tidak begitu terkejut semasa 3 Diva menyanyi lagu tersebut kerana semua orang tahu Indonesia memang terkenal dengan kekuatan vokalnya.Tahap konfiden yang tinggi dan persembahan mimik muka yang baik serta kekuatan vokal yang lantang membuatkan pesembahan Candy ada ummphh..Dengan tarian seakan-akan style Diva lagi.Variasi Vokal yang ditunjukkan memang cemerlang.Leo merasakan Rizal sememangnya membuat perubahan terhadap gaya persembahan beliau semalam.Tetapi seakan-akan "Over Do It".Walaupun mengusai gerak persembahan yang baik,Rizal kurang dinamik dalam melontarkan vokal beliau.Nampaknya beliau juga sedikit semput pada akhir persembahan.Lagipun cara persembahan adalah 100% seperti Zamani.


    Lontaran vokal yang agak seksi pada pembukaan membuatkan kita menantikan kelainan yang bakal diberikan oleh Ebi.Dengan mengayakan lenggok badan yang agak seksi memang menguatkan lagi persembahan tersebut.Tetapi pada pertengahan lagu,seksi itu sudah menjadi seksa.Vokal yang mendatar dan sebutan inggeris yang tidak menentu mencacatkan lagi persembahan beliau.Pelajar yang tidak dapt dipertikaikan lagi kemampuan Vokal iaitu Heliza memang menjadi salah satu persembahan yang berjaya dalm konsert semalam.Kelunakan Vokal,Lontaran Lembut,Projection dan Remify yang menguatkkan lagi Tone beliau.Tetapi bagi Leo,Heliza kurang permainan soul dalam persembahan.Sudah 2 minggu Heliza mendapat lagu yang hampir sama variasinya.Bagaimana kalau diberikan lagu Rock???? Pasti Hancurrrrr....Aizat sememangnya menyerikan lagi konsert semalam.Mimik muka yang seakan-akan Vokalis Green Day.Kemunculan "The Gegar" tidak menganggu Aizat dalm membuat persembahan.Aizat tidak kekok di atas pentas dan tidak Semput.Peyampaian Vokal dan variasi aksi persembahan memang membuatkan persembahan beliau di taraf 4 bintang.


    Lagu yang didendangkan oleh Fatin sebenarnya berentak Cha-cha tetapi cara lontaran vokal seperti lagu Dangdut.Lenggok dangdut memang jelas kedengaran di satu dua bahagian lagu.Tiada sebarang percubaan-percubaan vokal yang menarik ditonjolkkan.Cara Farha memulakan persembahan kurang baik pada minggu ini.Banyak tempo lari di sana sini dan nampak kelam kabut dalam menyebut setiap satu perkataan.Walaupun disertai dengan sedikit feel sedih tetapi kejantanan lagu tersebut kurang terserlah.Feel yang kurang walaupun ada sedikit.Sememangnya lagu seperti ini tidka memerlukan dinamik vokal yang banyak.Persembahan paling hancurr pada konsert semalam diketuai oleh Mila.Vokal sememangnya out of pitch,No attitude,No Umpphhh,Falsetto out of pitch!!,Low note yang kurang jelas semangnya membuatkan lagu Gotta Tell You menjadi Gotta Kill You.Terdapat sedikit perubahan kepada persembahan Afiq.Beliau lebih yakin berbanding dengan minggu lepas walaupun kurangnya "awang-awangan" seperti yang dikatakan oleh Hattan.Persembahan yang disertai dengan tarian kangkang-kangkang itu tidak membuat sebarang percubaan berbahaya seperti Aizat.


    Dengan pakaian ala-ala Kimono moden dan rambut kerinting sememangnya meyerlahkan lagi Lagu Mirai-E yang dinyanyikan oleh Noni.Sebenarnya bagi Leo,ini adalah Killer Song pada minggu ini.Kemunculan Mr. Yamada memang mengamatkan lagi suasana di Auditorium semalam.Walaupun kelihatan sedikit gementar pada permulaan tetapi semua itu harus dimaafkan kerana aksi manja daripada Noni yang memukau mata penonton.Sebutan Jepun yang jelas.Tetapi masih lagi kurang lantang dan kurang feel.Dekna memang terkenal dengan suara serak-serak basah beliau memulakan persembahan beliau dengan penuh gaya seksi,mengoda dan gaya rambut ala-ala Sipkey gitu youuu!!!...Persembahan yang menonjolkan karakter beliau seperti ala-ala "Naughty Girl" menguatkan lagi lagu ini.Tidak ada sebarang elemen yang istimewa dalam persembahan Dafi semalam.Tiada percubaan vokal yang berbahaya dan terlalu mendatar.Nampak begitu takut mendendangkan lagu ini.Mungkin kerana lagu ini popular di kalangan buta seni tanah air, Dafi begitu diminati.Sebenarnya,Personaliti Dafi yang menguatkan lagu ini.Bukannya Lagu ini yang menguatkan Dafi.Cuba kita bagi dia lagu rock...Tapi Dafi tidak akan terkeluar..Mak Bapak Kaya....


    Aswad memiliki vokal yang berjiwa rakyat bagi pandangan Leo.Vokal yang jelas,Jantan dan lantang membuatkan beliau begitu yakin dengan persembahan beliau walaupun pertama kali membuat persembahan.Denga gaya bersahaja dan aksi kejantanan,Aswad namapak terlalu menjiwai lagu ini.Rambut Shawal meningatkan Leo kepada filem AI.hahahahaha.....Shawal pandai berinteraksi dengan penonton dan kamera.Beliau menjiwai lagu ini dengan baik di mana ianya terserlah apabila Shawal menari ala-ala 60-an.


    Leo masih tidak berpuas hati terhadap Gerak Tari lagu Menuju Puncak.Astro sendiri membuat tinjauan melalui poll di Laman Web Rasmi Akademi Fantasia tetapi tiada sebarang perubahan dilakkukan.Leo juga meragui ketelusan Ogy dalam memberikan komen....Macam dibayar-bayar...Astro ada membuat tinjauan sms berkenaan "Perlu atau tidak kita mengambil Pengkritik Jemputan??" di Debat AF minggu ini.Tetapi pengkritik masih juga sama.Mana pergi duit sms tu??? Bayar sewa Auditorium ker bang...??? Kalau buat tinjauan pastikan tunaikan permintaan penonton.Ini Malaysia..Negara Demokrasi...
    Persembahan Pilihan - Aizat dan Candy
    Vokal Terbaik -Candy dan Heliza



    Apa-apapun...Di sini Leo Sediakan link untuk para peminat AF memuat turun Video konsert yang pertama minggu lepas.. Enjoy!!!!!!

    Koleksi Video Pelajar AF Konsert 1

    Thursday, March 22, 2007

    Akademi Fantasia is For All Malaysian....Is it???

    Setelah membuat penaakulan dan kajian daripada Musim Pertama hingga Musim Kelima ini,Leo sedar betapa kuatnya pengaruh AF terhadap budaya masyrakat kita........

    Kalau dulu ada yang tidak mampu beli handset,kini ada yang sanggup beli hanya kerana ingin megundi.Trade mark yang dikeluarkan oleh peserta-peserta juga menjadi ikut-ikutan remaja masa kini.Apa yang lebih menarik lagi,Isu mawi sudah sampai ke parlimen!!!!.Pengaruh AF juga menular dan menguasai media-media hiburan tanahair.Tidak kira media elektronik ataupun tidak.Kita lihat sahaja di mana-mana majalah dan stesen-stesen Tv di malaysia,semua terpampang wajah-wajah bintang Akademi Fantasia.Kasihan juga pada artis lama.Media pengiklanan juga tidak kurang hebatnya dalam menerima pengaruh AF.Kebanyakkan banner,papan tanda iklan di Kuala Lumpur dan di seluruh negara terpampang wajah bintang AF sebagai Duta Produk Tempatan.Akademi Fantasia juga membawa kepada lambakan Artis di pasaran.Jumlah bintang AF yang sudah dihasilkan ada 50 orang semuanya dan ini tidak termasuk mereka yang tersingkir di konsert prelude.

    Produk-produk tempatan yang dulunya tidak setanding dengan produk dari luar negara juga kini sudah boleh bersaing dengan adanya Akademi Fantasia.Kita lihat saja pencapaian Hotlink pada hari ini selaku penaja utama AF selam 4 musim.Power Root juga menjadi minuman yang setanding dengan Coca-cola,Pepsi etc.Kalau dulu cuma hanya satu sahaja Program Realiti di Malaysia(AF),kini lambakan program realiti sudah mula membanjiri stesen tv tempatan.Malaysian Idol,One In A Million,Gangstarz,Mentor etc.Artis-artis yang mula tenggelam di dunia seni juga mampu untuk berdiri kembali dengan adanya AF.Contoh Aznil..(Jangan marah bang Aznil....hehehe)

    Sebenarnya bagi Leo, semua pelajar-pelajar AF adalah milik semua masyrakat malaysia.Mengapa???...Kita difahamkan bahawa sistem SMS telah menjadi tradisi dalam menilai pelajar-pelajar AF.Sedar ataupun tidak kita telah melaburkan wang yang banyak semata-mata untuk melihat mereka di kaca TV.Maksudnya kita membayar yuran pengajian mereka di AF!!!.Kemungkinan besar duit yang kita laburkan melalui sms juga digunakan untuk membayar Gaji Tenaga Pengajar di AF.Duit yang kita laburkan melalui sms juga mungkin digunakan untuk perbelanjaan Konsert mingguan.Kos pengangkutan,kos penyelengaraan,Gaji Krew semuanya berdasarkan kepada jumlah pelaburan kita melalui sms.Pernahkah kita sedar semua ini???.Jangan cakap kami tiada hak pada pelajar dan Hak untuk bersuara mengkritik AF...Kami adalah pemilik sebenar Akademi Fantasia....

    Leo amat tertarik berkenaan komen blog di ilove-gurangak.blogspot.com. "Come on la..ini sudah musim yg ke-5..tak kan kamu belum 'masak' dengan tren 'pengundian' SMS di Malaysia ni.. Terimalah kenyataan, inilah 'realiti'.. dan anggaplah ini sebagai 'hiburan semata²'..Ada kebenarannya bukan???. Daripada pernyataan ini,Leo mendapat inspirasi dalam melihat cara pemikiran masyrakat malaysia .Trend sms yang diperkenalkan oleh astro ini sememangnya jika dilihat dari sudut tersirat,banyak isinya.Pelajar yang kurang berbakat berada di kedudukan atas carta pada setiap kali musim bermula.Di sinilah kita menilai masyrakat malaysia.Thanks GuRaNgAk for the inspiration.

    AF juga dikatakan memberi impak besar kepada Keluarga-keluarga di malaysia.Kalau dulu ada yang malas hendak memansang Astro,kini macam kempen pula.Satu Rumah Satu Astro. Ini semata-mata untuk menonton Akademi Fantasia.Ianya juga dikatakan rancangan untuk seisi keluarga.Keluarga dapat berkumpul di rumah pada malam minggu untuk menonton AF.Ini Leo sokong.Kedai-kedai mamak yang dulunya kurang popular,tapi kini dengan Akademi Fantasia..Boleh buka satu lagi cawangan!!!!.

    AF juga membuka jalan kepada masyrakat di Sabah dan Sarawak menonjolkan bakat mereka di serata Malaysia.Kalau dulu kerana kedudukan geografi yang jauh mereka amat susah untuk menunjukkan bakat mereka.

    Kesan-kesan buruk AF...ada banyak sebenarnya.Rujuk sahaja post-post Leo Sebelumya.Ada banyak lagi yang hendak dibincangkan.Apa-apapun tunggu sahaja analisis Leo untuk konsert AF di minggu kedua ini.Lebih Pedas daripada biasa.Cuma satu sahaja...Kembalikan Akademi Fantasia kami.....


    .............seperti biasa Leo tidak akan membuat ulasan pada hari jumaat.Ini adalah untuk persediaan mengulas Konsert Malam Sabtu.

    Wednesday, March 21, 2007

    Carta.....Kelas Vokal....Do La!!!!....

    Tidak banyak ulasan yang dapat dibuat berdasarkan kepada persembahan Diari semalam.Cuma fenomena yang sama berulang seperti diari-diari yang lepas.Tumpuan kamera lebih menjurus kepada kaum Hawa.Berdasarkan kepada kajian Leo,tumpuan kamera lebih memberikan tumpuan kepada pelajar perempuan yang agar getir kedudukannya dalam carta undian SMS.Hmmm...mungkin satu perangkap!!!.Itu cuma satu pendapat.

    Hari ketiga di minggu ke-2 ini,nampaknya astro telah mengambil langkah baru iaitu memaparkan semula kedudukan peratus undian pelajar.Mungkin ini dibuat setelah melihat kebanyakan chatters di @15 mengamuk.Bloggers juga tidak kurang hebatnya memberikan komen mereka.Tidak tahu apa logik dan motif astro???.Harapan pada minggu ini adalah agar kedudukan peratusan undian dipertontonkan secara live di Auditorium MPPJ.Ini baru dinamakan keadilan.Tidak dinafikan bahawa penonton di rumah merupakan medium yang paling pantas dalam menghantarkan undian.Macam-macam ada...

    Kelas Vokal semalam menarik perhatian Leo.Terasa macam kasihan pula apabila mendengar Ebi membuat pengakuan."yang paling mengecewakan saya la kan cikgu".Itu sahaja yang Leo sempat dengar.Lantak la...Tapi Leo kurang senang dengan cara pengajaran Cikgu Syafi pada kali ini."Jangan Buang masa saya"...Pernyataan ini sememangnya pedas dan bakal mengundang kemarahan peminat-peminat AF di luar sana..... Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Cikgu Syafi lain..Tidak pasti apa juga penerimaan peminat di luar sana terhadap pernyataan ini...Setelah pernyataan tersebut dilafazkan nampaknya Ebi sudah dapat menguasai nada Do La...Tetapi Leo tidak berpuas hati kepada riak muka Cikgu Syafi sewaktu mengajar Ebi.

    Khabarnya Noni akan memperagakan pakaian tradisi jepun pada minggu ini.Beliau bakal dihiasi dengan Kimono.hmmm..Lagu miraie memerlukan "suara lepas" seperti Kiroro..Contoh penyanyi yang ada di malaysia,Sudirman.Kita sama-sama lihat gaya persembahan beliau sabtu ini.

    Leo ada usha2 Laman Web Rasmi AF pagi ini.Candy dikatakan menukar lagu dengan Fatin.Benar atau tidak,kita lihat malam ini.Isu perebutan lagu sudah bermula nampaknya.Tapi mengenai cara pemberian lagu memang Leo tidak setuju 100%.Nampaknya Cikgu Adnan mula memberikan kepakaran yang ada padanya unutuk pelajar-pelajar.Sememangnya apa yang dikatakan oleh beliau disokong 100% oleh Leo."You have to keep your voice Warm all the time"....

    Tuesday, March 20, 2007

    Dekna...??? Lagu???


    Dekna nampak kurang bersemangat terutama dalam kelas motivasi.Dari riak wajah beliau,seperti kurang tidur.Mata membengkak tak tentu pasal.Leo nampak macam nak menangis sahaja muka dekna ini.Si Noni pula dengan gaya selambanya yang tak pernah duduk diam dalam kelas.pot..pet..pot..pet..all the time.(Leo suka tu...attitude).Tapi apa yang begitu ketara sepanjang diari ini berlangsung,tumpuan kamera 80% menjurus kepada perempuan.Mungkinkah ini satu pendekatan untuk menjadikan kaum hawa sebagai juara pada musim ini??.Jarang sekali kita melihat tumpuan sepenuhnya diberikan kepada lelaki oleh jurukamera.

    Berkenaan pemilihan lagu pada minggu ini,nampaknya semua lagu adalah lagu-lagu yang meletup satu ketika dahulu.Lagu kegemaran Leo dari sejak sekolah lagi "Miraie by Kiroro" akan dinyanyikan oleh Noni. Kita berharap persembahan dari segi musik dan tarian mahupun vokal akan menunjukan satu perubahan drastik pada minggu ini.We don't want another "Badut's Concert".(Sila rujuk post sebelumnya).
    Warga KL pula hari seharusnya lebih seronok bercerita setelah gambar Zana diletakkan di muka hadapan Malay Mail.Leo berpendapat ini satu langkah awal untuk menjelaskan lagi keadaan sebenarnya(iye ker??).Daripada sumber yang boleh dipercayai,Diya menyalahkan Tirai Akademi Fantasia dan membuat anggapan bahawa itu adalah punca sebenar beliau tersingkir daripada Akademi Fantasia.Masalah hubungan cinta mereka terheboh satu malaysia.Kononnya masalah tersebut membuatkan beliau kekurangan undi.Kalau ikut pernyataan Diya di Muzik Ria,beliau telah berpisah dengan Boyfriendnya itu(alaaa...dulu mawi dah tunang pun boleh jadi juara dikk oiiii....).Dan sekarang Diya pula sudah ada kekasih baru.Hamdan..(macam nama kampong jer...poyo).
    Ulasan Lagu..Do you believe in second chance????
    Dafi mendapat lagu Pencinta Wanita.Lagu yang menjadi igauan kebanyakkan buta seni di negara kita.Apa tidak jika Lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi bervokal sengau.Leo sendiri tidak pernah meminati lagu ini.Aizat mendapat lagu yang membesarkan saya dahulu.Basketcase by Greenday.Lagu alternative punk ini memang lagu yang enjoy dan senang dibawa.Minggu ini kita dapat melihat Enrique Iglesias wannabe setelah Ebi mendapat tugasan lagu Bailamos.Kita harapkan keajaiban daripada Ebi minggu ini kerana minggu lepas beliau hampir-hampir tersingkir.Akhirnya,untuk mengambil hati pengkritik tetap musim ini Hattan,Astro memberikan lagu Biso Benar kepada Afiq.Mamat poyo ini kalau sekali lagi pakai kaca mata hitam masa membuat persembahan memang hancurlah persembahan tersebut.Lagu tema sitcom Puteri , "Cinta" akan didendangkan oleh Dekna pada minggu ini.Penyanyi asal lagu ini Amy Mastura merupakan juara Asia Bagus.Jangan pula jadi Asia Berambus bila dinyanyikan oleh Dekna(ampun GuRaNgAk....hehehe).
    Heliza pula mendapat lagu makanan kegemaran beliau.Lagu Aku Bukan Untukmu by Rossa.Pelajar yang hampir terkeluar daripada Akademi minggu lalu, Mila mendapat lagu Gotta tell you by Samantha Mumba.Kalau Mila boleh membawa lagu ini seteruk Candy,memang sah Astro perlu mengupah 2 orang Guru bahasa inggeris."Inul Darista wannabe" a.k.a Fatin the Anoreksia Nervosa akan menyanyikan lagu Bila rindu kusebut Namamu.Candy akan menyanyikan lagu Semua Jadi Satu by 3 Diva.Mentang-mentanglah Konsert 3 Diva bakal dilangsungkan di Bukit Jalil.Good Luck Candy.Lagu Miraie..!!!!! buat pertama kali di Akademi Fantasia,Noni menyanyikan Lagu dari Jepun (Aksi Aznil Musim Lepas Tidak Dikira yeee....).Lagu ini memang menjadi siulan semua orang tidak kira besar kecil.We need magic here girl!!!!!.
    Farha bakal mendendangkan lagu Biarkan Aku Menangis daripada Tommy J.Pissa.Leo sendiri tidak begitu familiar dengan lagu ini.Lagu ini daripada Indonesia.Lagu yang merosakkan Irama Rock Asli "Kembali Merindu" akan didendangkan oleh Rizal.Minggu lepas Leo hampir nak makan remote control Astro bila mendengar Rizal menyanyi.Shawal bakal mendapat undian yang banyak daripada Warga Emas pada minggu ini kerana bakal mempersembahkan lagu Kenangan Mengusik Jiwa daripada A.Ramlie dan ditambah pula dengan undi simpati kerana beliau sakit tekak (Konon...).Apa yang menjadi persoalan di sini adalah Aswad???.Semua orang di luar sana tertanya-tanya mengenai kemampuan vokal yang dimiliki oleh jejaka yang berasal daripada Pulau Pinang ini.Jika minggu ini beliau tidak membuat persembahan dan masih dikekalkan,sememangnya pengundi Aswad diperbodohkan di luar sana.I didn't vote for someone who didn't give me their voice.....Aswad mendapat lagu Nak Kahwin Duit Tak Ada by Sweet September.
    Leo kurang bersetuju dengan cara pemberian lagu kepada pelajar di musim ini.Konsep lama telah ditukar dengan konsep "Siapa Cepat Dia Dapat". Ini satu Pembaharuan atau satu Pembunuhan????.Kebanyakkan pembaharuan yang dilakukan oleh Astro rata-rata menaikkan kemarahan peminat-peminat AF di seluruh negara.Bagaimana kalau kitga simpulkan begini, Apa kata Astro kalau peminat-peminat AF membuat Perubahan terhadap Undian??? The voting power in our hands right????...........


    Monday, March 19, 2007

    Give Us Back What We Want......

    Setelah meneliti kebanyakan blog-blog yang ditulis oleh blogger dari malaysia,Leo dapat membuat satu kesimpulan bahawa Konsert Pertama Akademi Fantasia 5 telah gagal sama sekali.Leo bukannya suka-suka membuat kesimpulan ini tetapi atas alasan dan pendapat yang kuat daripada kebanyakkan blogger,kesimpulan ini dapat dibuat.Rata-rata peminat-peminat AF inginkan keseronokan yang mereka rasai daripada musim-musimlepas.Ini adalah rumusan yang dapat dibuat setelah meninjau kesemua pendapat-pendapat mereka.

    1. Tukar pengarah muzik yang baru.Kami tidak kisah jika Roslan Aziz dikekalkan sebagai pengetua AF,tetapi kordinasi muzik yang dipersembahkan pada konsert lalu sangat menghampakan peminat-peminat AF.Inikah kelainanyang dijanjikan setelah para peminat membuang wangringgit mereka di luar sana semata-mata untuk melihat rancangan ini berterusan???. Semua susunan muzik yang dipersembahkan seolah-olah tidak mengambil kira susunan asal lagu tersebut.Main Hentam sahaja.Ada blogger yang mengatakan susunan muzik pada malam itu sama dengan bunyi polyphonic handset.U decide..Bring us Back Sham Kamikaze or Ramli Ms!!!!

    2. Gerak tarian lagu Menuju Puncak perlu dibuat rombakan serta merta.Apa yang kami lihat pada konsert yang lepas adalah seperti persembahan Sport Aerobik.Tiada aksi tarian robotic sepertimana yang direka bentuk oleh Corrie pada musim lepas.Kita tidakboleh salahkan Linda Jasmine kerana beliau mengikut lagu yang diberikan.(Iye Ker??)

    3. Kembalikan Adlin Aman Ramlie ke kerusi panas pengkritik tetap AF.Fauziah latiff tidak memainkan apa-apa peranan di situ.Komen macam budak sekolah.Heloo..We don't need another Kudsia Kahar!!!

    4. Kalau seseorang tidak dapat membuat persembahan kerana sakit,lebih jika kita singkirkan sahaja mereka daripada persaingan AF.Kita tidak membuang wang ringgit semata-mata kerana mereka sakit.Adakah Akademi Fantasia ini pertandingan Orang sakit???.Siapa yang kena kuarantin harus diundi??.Bila masa kita tukar format???.Undi simpati??? U decide....

    5. Gimik poyo yang ditunjukkan semasa penyingkiran pelajar.Kata Aznil terus dihantar pulang dan tidak akan muncul di mana-mana lagi program berkaitan.Semalam saya melihat Diya ditemuramah di Muzik Ria.

    6. Astro perlu membantu Zana membersihkan namanya.Isu gambar bogel Zana yang kini sedang merebak dengan cepat melalui medium internet.Saya berpendapat astro perlu membuat kenyataan rasmi apa sebab sebenar Zana menarik diri daripada AF.Saya kurang bersetuju jika "Stress" dijadikan alasan utama.Astro perlu membantunya kerana astro yang membawa nama zana ke dunia seni ini.

    7. Jutaan peminat kini sedang mengamuk di @15 kerana konsep yang ditunjukkan oleh Astro.Setiap 0.50 sen yang dibuang amat bermakna.Dengan harapan rayuan mereka didengar.

    8. Apa logik dan motif sebenar Kedudukan Undian tidak dipertontonkan di Dewan Sivik??.Mengapa untuk penonton di rumah sahaja??.Ingin menarik lebih banyak undian daripada luar memandangkan penonton di Auditorium malas hendak mengundi.We pay for the tickets man!!!!!

    Kembalikan Akademi Fantasia Kami.......Kita sama-sama lihat Diari malam ini.Apa yang pasti,sudah tentu isu panas bakal membakar Blog ini di keesokkan hari....Kita Tunggu......Kritikan bermakna menegur,Bukan menentang.....

    Kenapa Zana Menarik Diri?

    Ini adalah info terbaru yang Leo terima.Tidak tahu samada betul ataupun tidak.Sebenarnya Zana sudah memaklumkan dari hari khamis lagi bahawa beliau ingin menarik diri daripada AF.Disebabkan stress???.Khabarnya pihak akademi memberitahu beliau berkenaan isu gambar bogel yang mirip muka beliau yang kini sedang berleluasa di internet.Leo Sendiri ada menerima gambar ini.Memang mirip tetapi tidak tahu samada itu Zana ataupun bukan.Mungkin disebabkan oleh hal ini Zana menarik diri daripada persaingan di Akademi Fantasia??? Kita sendiri tidak dapat menilai....

    Khabarnya Zana suda membuat laporan polis pada hari Jumaat lepas dan kes ini menjadi kes polis sekarang.

    Sunday, March 18, 2007

    Kritikan Konsert AF5 1

    Konsert dimulakan dengan imbasan ringkas di backstage oleh aznil.Nampaknya pelajar tidak sabar-sabar membuat persembahan daripada apa yang kita lihat di kaca tv.Montaj pembukaan membuka tirai konsert pada musim ini.Memang power!!!.Berbeza daripada montaj-montaj sebelumnya.Pengunaan kesan particle yang banyak mencantikkan lagi persembahan montaj.Pentas yang direkabentuk sememangnya menarik dan amat berbeza dengan yang lama.Lebih besar dan ada 3 skrin di atas pentas.Mini tv juga dipasang di hadapan pentas.Lebih menyemarakkan lagi persembahan pelajar nanti.Namu begitu tetap ada hidden agenda oleh astro apabila hanya penonton di rumah sahaja yang dapat melihat kedudukan terkini undian pelajar.hmmm...mungkin kerana penonton di rumah lebih senang mengunakan medium untuk membuat undian,maka hanya mereka yang dapat melihat kedudukan tersebut.Penampilan 3 orang pengkritik tetap pada musim ini dimulakan.Fauziah Latiff,Hattan dan Ogy.Nampaknya format American Idol kena cilok!!!. Tapi memang bagus.Ketiga-tiga memang berpengalaman.Di mana Adlin??? Chatters di @15 mengamuk bila Adlin tidak disenaraikan.Leo pun sama gak..Leo juga amat terkejut apabila Zana menarik diri daripada persaingan AF5.Leo terus menghubungi rakan di Astro untuk mendapat kepastian mengapa Zana menarik diri.Rupanya beliau tidak dapat menahan stress yang melanda di dalam Akademi.Kita hormati keputusan beliau.Dah jumpe kucing ker??

    Aizat - Kasi gegar sket!! (Pangeran Cinta) 5/10

    Mempunyai suara serak-serak basah.Walaubagaimanapun,masih nampak kaku di atas pentas.Seolah-olah tidak tahu macam mana hendak bergerak.Feel nampak kurang dan persembahan nampak mendatar sepenuh masa.Pada pertengahan persembahan aizat nampak semput sedikit.Vokal memang bagus tetapi tiada variation.

    Afiq - Caya beb!! (Janjiku) 4/10

    Tidak menguasai tempo lagu dengan baik.Permulaan sahaja sudah salah.Masuk tak betul.Vokal sangat mendatar.Mungkin disebabkan oleh "key" yang rendah.Afiq juga namapak terlalu nervous sepanjang masa.Bagi Leo,baik buang sahaja cermin mata tu.Cermin mata lebih bagus dari vokal.Gerakan juga kurang.Leo sendiri tak paham apa yang dia nyanyikan.

    Mila - What's up!! What's up!! Check it out guys!! (Bersama) 3/10

    This one is the worse performance among all the students.Leo tidak dapat mendengart dengan jelas low note Mila.Jika kita dengar dari lontaran vokla beliau,nampak sekali Mila nervous.Suara terketar-ketar ketika membuat persembahan.Pitching banyak lari sana-sini.Lagu yang sepatutnya boleh menyerlahkan vokal seseorang menjadi lagu hantu!!.

    Dafi - Baik Punya!! (Uptown Girl) 5/10

    Dafi mempunyai vokal yang lunak berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Namun tidak ada variasi vokal yang ditunjukkan dan "tiada attitude on vocal".Ada 2-3 bahagian di mana pitching Dafi tak tentu arah.Pergerakkan tarian pula seperti diatur-atur.Muka yang keanakan ini memang boleh memancing undi daripada wanita.

    Diya - Cak!! (Aku masih setia) 5.5/10

    Diya memiliki vokal yang bagus tetapi beliau masih tertahan-tahan.Diya tidak mengeluarkan vokal beliau sepenuhnya.Ini menyebabkan kelantangan suara beliau tida dapat ditonjolkan.Diya nampak nervous sehinggakan banyak pitching lari sana-sini.Beliau juga tidak menguasai pentas sepenuhnya.

    Farha - Mantap tu Joe!! (Balada Pemuzik Jalanan) 7/10

    Vokal Farha memang bagus dalam mempersembahkan lagu ini tetapi belum cukup.Ini kerana tidak ada sebarang percubaan untuk mengeraskan lagi vokal menjadi rock.Farha nampak sempoi dalam persembahan beliau.Level of confident memang tinggi dan Farha nampak Enjoy di atas pentas.Satu persembahan yang mantap!!.

    Ebi - Relaks!! (Milik siapakah gadis itu?) 4/10

    Indah khabar dari rupa.Dari riak muka beliau,Leo merasakan Ebi sememangnya menghayati lagu ini.Tetapi sebutan dan Vokal beliau amat mendatar dan seolah-olah tidak mahu membuka mulut.Macam mana nak lontarkan vokal.Vokal juga tidak begitu kedengaran pada low note.

    Dekna - Wow!! (Tanpamu) 5.5/10

    Memiliki suara serak-serak basah.Permulaan Dekna memang bagus apabila beliau menari sewaktu memulakan persembahan.Tetapi apabila Afiq masuk untuk melakukkan rapping,semuanya hancur.Leo kurang setuju dengan "Puff Daddy Wannabe" ini.Mengacau persembahan.Dekna yang sepatutnya penuh attitude dalam persembahan terpaksa melayan karenah Afiq.

    Shawal - Agogo!! (Harapan) 4/10

    Memiliki suara jantan yang bisa mencairkan wanita.Low note Shawal memang bagus.Jelas sekali.Akan tetapi jika dilihat variasi vokal yang ditunjukkan oleh penyanyi asal,shawal jauh di belakang.Shawal tidak ada attitude dalam melontarkan vokal beliau menyebabkan persembahan vokal nampak mendatar sepanjang persembahan.

    Candy - Miaww!! (Ka Ching) 6/10

    Candy memiliki vokal yang penuh variasi dan ada weight.Kelantangan suara beliau memang terserlah.Candy tiada masalah dari segi pitching dan beliau mampu menari bersama penyanyi latar.Akan tetapi sebutan bahasa inggeris masih perlu diperbaiki.Leo tidak memahami satu pun yang disebutkan oleh candy sepanjang persembahan beliau.Mimik muka Candy memberi satu rangsangan kepada penonton di rumah apabila Close up di lakukkan.

    Rizal - Sik cayak?? (Menanti Sebuah Jawapan) 3/10

    Lagu ini merupakan lagu kegemaran Leo.Tetapi dinyanyikan oleh penyanyi yang dipaksa membuat persembahan.Vokal yang sengau,no weight,tidak sedap sememangnya membingitkan telinga Leo malam tadi.Macam mana dia nie dapat masuk AF??. Klon Amirul Kot??? Pada permulaan persembahan pun dah salah masuk.Pithing pula lari habis.

    Noni - Peace muaahhh!!! (Tak ada logika) 8/10

    Persembahan yang benar-benar memukau mata Leo.Permulaan tarian yang memng bagus!!.Attitude pada muka memang power!!Noni di lihat ada style dan have fun dalam membuat persembahan.Leo sendiri tidak sangka gadis ini begitu lincah dalam membuat persembahan.Noni dilihat seperti sudah profesional.Level of confident memang tinggi.Lagipu noni memang sempoi.Afundi Noni...hehehe..

    Heliza - Beres!! (Kau pergi jua) 9/10

    Memiliki vokal yang mantap dalam persembahan.Lontaran yang memang halus,lenggok suara yang lembut sememangnya menjadikan beliau adalah juara pada malam itu.Heliza ada good variation of vocal.Ada 2-3 bahagian di mana beliau cuma membuat falsetto tetapi kurang menjadi.Vokal heliza adalah yang terbaik dalam konsert semalam.

    Rumusan

    Bagi Leo,music arrangement pada kali ini memang hancurr.Leo sendiri tida tahu apa yang difikirkan oleh Roslan Aziz.Semua muzik berentakkan Techno.Kenapa jadi begini.Music arrangement boleh mempengaruhi vokal pelajar.Mereka tidak dapat memvariasikan vokal mereka.Semua Musik seolah-olah musik karaoke.Apa dah jadi??.Pelajar-pelajar juga masih nampak tidak biasa di atas pentas.Jangan jadikan"first time"sebagai alasan.Ini adalah pertandingan bukan main-main.Leo juga amat bersetuju dengan konsep baru yang ditonjolkan oleh astro.Pelajar yang tersingkir terus dihantar pulang ke rumah.Bermakna mereka tidak menandatangani apa-apa kontrak dengan maestro.Nampaknya Maestro sudah dapat lari dari persepsi "Anak Tiri" daripada masyrakat luar.Hanya Juara sahaja yang akan menjadi artis maestro.

    Persembahan Pilihan - Farha,Candy,Noni,Heliza

    Persembahan Terbaik - Noni
    Vokal Terbaik -Heliza
    Voted Out - Diya


    Friday, March 16, 2007

    Fatin And Aswad..2nd Chance...????

    Nampaknya Pihak Pengurusan Akademi Fantasia telah membuat keputusan.Fatin dan juga Aswad diberikan peluang dan tidak perlu membuat persembahan pada Konsert yang pertama.Akhirnya terjawab juga persoalan samada mereka perlu dikekalkan atau tidak.Leo berpendapat akan berlakunya "Undi Simpati" terhadap kedua-dua pelajar ini.Kita lihat nanti.Tapi masih belum pasti samada untuk minggu hadapan sahaja ataupun tidak.Kalau sampai 2-3 minggu tidak membuat persembahan,kontroversi lagi.Anak Emas????

    Leo berpendapat Debat AF semalam masih lagi di peringkat percubaan.Ianya dibuat di dalam Studio.Tapi mulai minggu hadapan,Debat AF akan disiarkan dari Dewan Sivik.Ini yang kita mahukan.Mungkin para penonton juga boleh megambil bahagian.Walaubagaimanapun,banyak isu-isu panas yang dibincangkan semalam.Hot!!!!. Saya terbaca komen seorang blogger yang mengatakan Debaf AF semalam boleh disimpulkan sebagai cerita-cerita kosong di kedai kopi.Dengan Waiter (Aznil) yang berpakaian kemas dan rapi melayan 4 orang pelanggan yang hanya mengenakan T-shirt dan Jeans.Ada kebenarannya.Dan ada yang mengatakan Hasil Undian sms semalam sebenarnya digunakan untuk "menanggung kos perubatan Fatin dan Aswad".Macam-macam.....Hidden Agenda by Astro.

    Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai,ada perubahan yang akan dilakukkan di Laman Web Rasmi Akademi Fantasia.Ada satu laman yang akan memaparkan Klip Video Eksklusif Pelajar dan Blog Pelajar!!!!.Ini boleh dikatakan satu pembaharuan.Ini yang pertama selain Episod 1 Diari AF.Kejutan Bodoh tu.

    Leo tidak akan membuat apa-apa ulasan pada setiap hari jumaat.Sila lawati blog ini pada hari ahad kerana saya akan post komen dan kritikan saya terhadap Konsert mingguan.Nampaknya semua tidak sabar-sabar untuk menonton konsert pada esok hari.

    Leo banyak bertanya kepada rakan-rakan blogger yang lain yang mana juga memberikan kritikan dan memantau AF pada kali ini.90% mengatakan suda bosan dengan Akademi Fantasia.Mereka sendiri sudah muak dan inginkan satu pembaharuan dalam AF.Ada yang mahu supaya AF dihentikan!!!!.Melalaikan masyrakat malaysia dan menguntungkan pihak yang mengeksplotasi masyrakat malaysia.Sendiri Mau Ingat la!!!!.Leo sendiri tidak mahu komen.Ada kebenaran juga di sebalik semua pendapat mereka.

    Bagi Leo,Akademi Fantasia Musim Pertama adalah yang paling telus sekali.Tidak berlaku unsur-unsur penipuan dari Astro dan pelajar-pelajar nampaknya jujur dalam perlakuan di depan kamera.Tabik Spring pada semua pelajr AF1.

    Thursday, March 15, 2007

    Main-main...Kucing???...Pembantu Linda Jasmine???...Debat...???

    Ini lagi satu isu hangat yang sangat dibincangkan.Memang selalu berlaku dan tak tahulah samada perangai mereka ini dibuat-buat atau sudah menjadi kebiasaan pelajar-pelajar musim baru.Nampaknya pelajar perempuan banyak bermain-main berbanding dengan Pelajar lelaki musim ini. Mengapa saya berkata demikian??.Mereka tidak serius dalam latihan mereka di Akademi.Dengan selamba menyanyikan lagu-lagu pelajar lain lagi.Krew Produksi Astro pula menayangkan senario tersebut begitu lama.Ini nak pancing undi ker nak membunuh pelajar-pelajar perempuan??.Ini hanya membuang masa orang awam yang mengundi mereka di luar sana.Kita mati-mati nak undi mereka,mereka pula bermain-main di dalam sana.Bagi pandangan saya,kita lupakan hasrat untuk menjadikan kaum Hawa sebagai juara pada musim ini.

    Zana pula secara tiba-tiba masuk ke dalam Bilik Pengakuan.Pelik bukan??.Sepanjang minggu Leo sendiri nampak pelajar ini happy di samping pelajar-pelajar yang lain.Tapi tiba-tiba hari lain pulak.Rindukan kucing!!!!!.Apa kejadahnya ini???.Rakan-rakan yang lain pula enjoy dan bermain-main tanpa memperdulikan si Zana ini.Leo sendiri tinggal berjauhan dengan ibu bapa.Tak pula menangis-nangis macam si Zana ini.Mungkin kalau jauh boleh dipertimbangkan lagi.Kucing zana berada di KL sahaja.HHMMM...bermulanya lakonan memancing undi.Nak jadi 2nd Amylea(AF3) ker??.

    5 6 7 8!!!!!!....itulah yang sering dengar setiap kali Cikgu Linda Jasmine mula mengajar.Nampaknya pelajar lelaki cuba untuk mempelajari dengan bersungguh-sungguh gerak tari Lagu "Menuju Puncak".Itu yang Leo sendiri nampak.Pelajar lelaki nampak lebih bersungguh-sungguh menari.Tapi yang peliknya pembantu baru Linda Jasmine.Nampak lebih over berbanding Linda Jasmine.Nak ganti Linda Jasmine kat Akademi ker??.Dulu Corrie tidak over berbanding pembantu baru ini.Adakah sengaja mencuri perhatian Astro?? Supaya mengambil alih tempat Linda Jasmine di musim akan datang??.Bagaimanapun kita lihat sendiri bagaimana pelajar-pelajar ini mengayakan gerak tari ini pada malam konsert nanti.

    Leo sendiri tidak sabar-sabar untuk menyaksikan Debat AF pada malam ini.Mungkin banyak isu-isu hangat akan diperbincangkan.Salah satu tetamu jemputan,Zainal Alam.Kita tunggu.

    Wednesday, March 14, 2007

    Fatin And Aswad...What Happend???

    Berdasarkan kepada maklumat yang boleh dipercayai,Pihak pengurusan Akademi Fantasia kini dalam perbincangan samada Aswad dan Fatin harus dikekalkan ataupun tidak.Sesiapa yang ada menonton Diari Akademi Fantasia semalam,Aswad kena Chicken Pox.Manakali Fatin pula Bibir pecah-pecah dan menghadapi kesukaran untuk menyanyi.Masalah seperti ini sememangnya di luar jangkaan Pihak Pengurusan.Leo sendiri tidak berani komen apa-apa sebab tiada siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini.

    Berdasarkan kepada maklumat Diari,Aswad perlu direhatkan selama 3-5 minggu.Sememangnya Chicken Pox memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Dan sememangnya dia perlu dikuarantinkan kerana penyakit ini mudah berjangkit kepada orang lain.Bagi pendapat Leo,memang dia akan di singkirkan daripada persaingan musim ini.Bagi Fatin pula,sememangnya kalau bibir-bibir pecah memang sukar untuk menyanyi.Rasa sakitnya macam kena ulser.

    Mengenai bilik R&R,bilik rehat dan tempat membaling pinggan.Unsur ganas dipertontonkan kepada masyrakat malaysia yang berbudi bahasa dan bersopan santun.Inikah cara kita melepaskan tension???...Beginikah budaya masyrakat malaysia??..Mungkin ianya dapat diterima oleh sesetengah pihak.Tetapi bagaimana dengan penkritik-pengkritik di Parlimen nanti???...Nanti berulang kembali seperti isu Mawi diperdebatkan di Parlimen.Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang menonton Diari setiap hari.Silap-silap ianya akan mempengaruhi mereka.Astro nak jawab ker nanti???

    Mengenai Debat AF pula,dengar cerita Zainal Alam Kadir akan digandingkan dengan ????(Belum Tau Lagi) dalam rancangan tersebut malam khamis ini.Isunya pula mengenai pelajar sakit.Rasanya kurang menarik isu ini kerana masalah ini memang di luar jangkaan.Tidak diminta dan tidak tau bila ianya akan berlaku.


    Angkat Kaki - Sheeda : Dinyanyikan oleh Fatin
    Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak : Dinyanyikan oleh Zana
    Tak Ada Logika - Agnes Monika : Dinyanyikan oleh Noni
    Bersamamu - Siti Sarah : Dinyanyikan oleh Mila
    Kau Pergi Jua - Adam Ahmad : Dinyanyikan oleh Heliza
    Aku Masih Setia - Dia Fadila : Dinyanyikan oleh Diya
    Tanpamu - Farawahida : Dinyanyikan oleh Dekna
    Ka-Ching - Shania Twain : Dinyanyikan oleh Candy
    Harapan - Fazli Zainal : Dinyanyikan oleh Shawal
    Menanti Sebuah Jawaban - Padi : Dinyanyikan oleh Rizal
    Balada Pemuzik Jalanan - Search : Dinyanyikan oleh Farha
    Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman Hj Arshad : Dinyanyikan oleh Ebi
    Uptown Girl - Westlife : Dinyanyikan oleh Dafi
    Janjiku - Sofaz : Dinyanyikan oleh Afiq
    Pangeran Cinta - Dewa : Dinyanyikan oleh Aizat
    Aku Hanya Serangga - BPR : Dinyanyikan oleh Aswad

    Tuesday, March 13, 2007

    Kezzzzzuuutaann Diari Akademi Fantasia Ep 1

    Leo sememangnya menanti-nanti kemunculan diari akademi fantasia yang mana digembar-gemburkan oleh aznil dalam Tirai Akademi Fantasia.Katanya ada kezzzuuttaaann!!!! yang bakal muncul dan mengejutkan para peminat AF5 kali ini.Sememangnya ada kejutan.Dan kejutan ini memang bakal menaikkan kemarahan semua peminat-peminat AF kali ini.Sememangnya belum pernah sekali pun dalam sejarah AF berlaku macam ini.Pada jam 9 malam bersamaan dengan hari isnin,berjuta-juta rakyat malaysia sedang duduk di depan kaca TV masing-masing untuk menonton Diari AF musim pertama.Apa yang muncul???

    Dalam buku rancangan Astro yang kita BAYAR tiap-tiap bulan,jam 9 malam Astro Ria sepatutnya menayangkan Ep 1 Diari Akademi Fantasia.Apa yang berlaku??.Rupa-rupanya Siaran ulangan untuk Tirai AF bahagian 2 pula yang ke udara.Siapa yang harus dipersalahkan?? Pencetak buku tersebut ataupun orang yang menyusun program Astro Ria.Dan 10 minit kemudian, ada pengumuman yang menmberitahu Diari akan ditayangkan pada pukul 10 malam.Adakah ini satu kejutan ataupun kesilapan teknikal Astro sendiri??

    Apa yang Leo tahu, setelah mendapat maklumat daripada klubbkidd.blogdrive.com, kononnya Pihak Produksi tidak dapat menyiapkan Diari tersebut pada masa yang ditetapkan.Macam mana nie?.Tak pernah lagi berlaku lagi hal-hal sedemikian.Astro pakai Staff baru ker??.Apa yang lebih mengejutkan penonton semua, 15 minit sebelum habis diari ep 1,secara tiba-tiba ada cormercial break (Seperti Kebiasaan).Tapi memang pelik kerana rancangan X-tuned terus ke udara.Apa Kejadahnya nie???? Jika ini bentuk persembahan yang dipertontonkan kepada penonton tiap-tiap hari,akademi fantasia akan kehilangan peminatnya.

    Dari maklumat yang diperolehi,kali ini Pelajar AF masih lagi berkampung di Akademi AF4. Adakah ini bermakna Astro tidak lagi mendapat perhatian daripada Syarikat-syarikat gergasi di Malaysia?? Maksud leo,tiada lagi penaja???? Kenapa tempat yang sama dipilih?? Inikah yang dinamakan "Kelainan"?? Inikah yang dinamakan "Kejutan"?? Tepuk dada Tanya Selera.

    Sebenarnya Leo sendiri tidak berminat untuk mengundi pada musim ini.Ini adalah kerana Leo sendiri sedar mengenai satu perkara yang sepatutnya disedari oleh kesemua rakyat Malaysia sejak AF1 lagi.Kita menonton Diari 1 jam sehari.Dari pandangan Leo,kita tidak akan mampu mengenali personaliti seseorang itu sedalam-dalamnya dalam masa 1 jam.Akan tetapi sikap rakyat malaysia kini,mengenali mereka dalam masa satu jam sahaja sudah cukup dan mereka tidak segan silu membelanjakan wang ringgit untuk mengundi.Bayangkan??.Kita mengenali seseorang dalam masa satu jam dan kita sudah pecaya pada mereka dan sanggup menghabiskan wang ringgit kita untuk mereka.Terpulanglah pada individu untuk menilainya sendiri.

    Leo tidak akan membuat sebarang komen mengenai diari pada musim ini.Hanya komen untuk konsert AF dan Gosip-gosip panas AF."Kritikan bukan bermakna menentang."

    Salam Pendita...

    Monday, March 12, 2007

    Tirai Akademi Fantasia 5


    Selama 2 hari Leo melihat kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Pihak Pengurusan AF kali ini,sememangnya ada kelainan yang ada.Ini terbukti bahawa memang ada perubahan yang dibuat oleh pihak Astro pada musim ini.Promosi AF pada kali ini nampaknya suram berbanding dengan musim yang lepas.Jika dari segi pandangan Leo,AF2 sememangnya lebih besar promosinya berbanding dengan AF selepas itu.Kenapa???...Kita lihat sahaja melonjaknya naik peserta ujibakat daripada 300 orang pada AF1 ke leboh kurang 2000 peserta pada musim kedua.

    Kelainan

    Apa kelainan yang dibuat oleh pihak Astro pada kali ini dalam Tirai AF.Bagi Leo,kejutan yang dibuat memang gempak berbanding dengan musim-musim yang lalu.Terutamanya kejutan yang diterima oleh Farha dan juga Ebi.Farha hampir pengsan kerana ingatkan rumahnya kena masuk perompak.Ebi pula diserang hantu.Apa yang peliknya adalah,adakah ini rancangan Astro sendiri ataupun Krew AF sendiri.Ini kerana ada sesetengah pihak yang menganggap kejutan ini terlalu melampau dan boleh menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.Seperti contoh kita lihat pada kejutan yang Dafi terima.Krew AF seolah-olah tidak menghormati privasi keluarga Dafi.Adakah patut kita perlu memberitahu pihak luar yang adanya CCTV di rumah beliau.Kejutan memang gempak tapi di mana maruah dan Privasi rumah tersebut setelah rahsia keselamatan digembar-gemburkan oleh krew AF sendiri??.

    Bagi Leo,kejutan untuk pelajar-pelajar baru ini memang mencapai tahap 5 bintang.Lebih gempak berbanding dengan musim-musim lalu.Terpulang lah pada penonton untuk menilainya.Sultan Muzaffar ada menulis dalam blog beliau berkenaan dengan pengunaan warna merah sebagai Tema AF pada kali ini.Sememangnya sewaktu pertama kali Leo mengunjungi Lama Web Rasmi AF,sakit mata dibuatnya.Tema yang dipilih sememangnya cantik.Tetapi adakah ianya menepati citarasa penonton?? Tepuk dada Pereka Laman Web Tersebut,Tanya Selera beliau.Sesetengah blogger menyatakan pemilihan warna ini adalah berkaitan dengan Feng Shui.Agak kelakar juga.Sultan Muzaffar juga ada menyatakan dalam blog beliau.Saya juga berketurunan Cina,sememangnya warna merah berkaitan dengan Duit,Keceriaan,Kebangaan dan sebagainya.

    Sultan Muzzafar menyatakan pendapat beliau mengenai Tagline yang digunakan pada setiap musim AF. AF1-nak cuba? AF2-Dah Demam? AF3-Dah Jatuh hati? AF4-Bahana AF5-Mungkinkah ini peluang terakhir anda?. Leo amatlah bersetuju dengan idea daripada Sultan Muzzafar di mana beliau menyatakan itu hanyalah untuk menarik peserta datang ke uji bakat.Pada pendapat Leo,ada sebabnya mengapa tagline ini digunakan.Kita lihat pada lokasi ujibakat pada kali ini.Astro memilih sedikit sahaja lokasi berbanding dengan musim-musim lepas.Mungkin kerana takut berkurangnya jumlah peserta,Astro mengunakan tagline ini!!!!.

    Pengunaan CGI ataupun "Computer Generated Image" sebagai latar belakang di Tirai Akademi Fantasia memang sesuatu yang lain dari yang lain.Ini dipanggil Chroma-key iaitu penukaran satu warna statik kepada imej yang lain. Tetapi,sampai bilakah ianya akan diteruskan?? Adakah untuk Tirai sahaja?? Bagaimana dengan Debat AF?? Kita tunggu dan lihat nanti. Cukup ker Bajet???

    Pelajar

    Pada kali ini Leo berpendapat, pihak astro memilih wajah-wajah yang jauh lebih matang berbanding dengan AF4.Pelajar-pelajar yang dipilih semasa musim ke-4 nampaknya kebudak-budakan dan tidak matang dari segi raut wajah.Bagi Leo,cuma AF1 dan AF3 sahaja yang benar-benar dikatakan pelajar AF.Musim yang selebihnya,nampak kebudak-budakan.Nampaknya Astro benar-benar inginkan kelainan pada kali ini.

    Dari segi komen yang diberikan oleh Roslan Aziz, Leo sememangnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau.Ini menunjukkan beliau serius dengan peranan beliau dalam Musim ini."Kita tampar dia sekali,kita tengok dia datang balik atau tidak".Leo semangnya suka pada pernyataan ini.Dalam sekali maksudnya.
    Dari segi vokal,kita tidak tahu lagi.Kita mengharapkan agar perkara lama tidak berulang kembali.Lihat saja pada peserta seperti Amirul pada Musim lepas,harap pada muka yang keanak-anakan saja untuk meraih undi daripada peminat AF tetapi suara tidak ke mana.Leo sendiri tidak tau apa yang ingin dilakukan oleh Astro.Adalah ini satu pertandingan Mr Hero malaysia ataupun Pertandingan Nyanyian.Katanya mencari pakej yang lengkap,tetapi tidak selengkap mana pun.Adakah ini yang dicari untuk mewarnai Dunia seni kita??
    Jika dilihat di dalam tirai,Astro tidak memperlihatkan kita semua pelajar-pelajar musim ini menyanyi.Cuma berberapa pelajar perempuan saja yang dipertontonkan.Leo tertarik dengan suara Dekna dan juga Candy.Ada keistimewaan sendiri.Kita lihat nanti apa yang bakal mereka tonjolkan.Jangan harap pada rupa sahaja.
    MAMPUKAH PELAJAR PEREMPUAN MENJADI JUARA PADA KALI INI???

    Saturday, March 10, 2007

    Akademi Fantasia Kembali

    ...Musim ke 5 kembali melanda malaysia.Dari Tua ke muda..dari kecil hingga besar..dari
    golongan kaya hinggalah miskin.Semua tidak akan melupakan peluang untuk melihat
    pelajar-pelajar kegemaran mereka di kaca TV.Fenomena ini mula melanda minda masyrakat
    malaysia sejak tahun 2004 lagi.Banyak tomahan yang kita dengar dari para pengkritik
    seni tanahair mengatakan program ini boleh melalaikan masyrakat negara.Sejauh mana
    kebenarannya,kita lihat diri kita sendiri.Tepuk dada tanya selera.
    Dari sudut pandangan saya,sebenarnya ada beberapa persoalan yang timbul berkenaan
    program realiti ini.Persoalan ini timbul setelah bermulanya AF2.Ini adalah pandangan
    saya sahaja.Tidak ada niat untuk memburukkan mana-mana pihak.Buat-buat faham sahaja la.
    Tak Paham buat-buat paham.
    AF2
    Tersingkirnya peserta Norlinda Nanuwil ataupun Linda menjadi satu kontroversi
    masyrakat malaysia terutamanya sabah.Jika dilihat dari segi corak undian.Linda
    tidak pernah jatuh daripada TOP 3.Ini menjadi satu persoalan apabila beliau
    terkeluar pada Konsert ketujuh AF2.Linda yang menduduki tangga pertama pada awal
    konsert tiba-tiba terkeluar daripada persaingan.Pada pendapat saya sendiri,ini
    sebenarnya adalah satu "Strategi Bisnes" Astro.Para penonton tidak pernah mengetahui
    jumlah undian sebenar sepanjang Akademi Fantasia mula diperkenalkan.Apa yang
    kita tahu hanyalah peratusan undi.Jika dilihat peratusan undian linda sememangnya
    melebihi pelajar-pelajar lain setiap minggu.Astro melihat ini sebagai satu batu
    loncatan untuk meraih lebih banyak undi daripada sabah.Mereka sengaja menyingkir
    Linda dan membuat satu lagi sistem baru "AFMASUK".Ini dibuat berdasarkan banyak
    kontroversi yang timbul setelah tersingkirnya linda.Bayangkan undian yang diraih
    oleh astro pada waktu itu.Bayangkan keuntungan yang diraih!!!!.Rumusannya peyingkiran
    Linda adalah satu rancangan astro untuk mereka "AFMASUK".Berdasarkan kepada corak
    undian,astro tahu undian akan datang berlipat kali ganda jika AFMASUK diadakan.
    AF3
    Pada musim ketiga,kemasukkan Mawi dan juga Marsha adalah satu lagi kontroversi.
    Berdasarkan kepada chat yang dibaca di @15,ramai chatters yang mahu agar 2 orang ini
    diserap masuk ke dalam akademi.Bukan sahaja di @15,seluruh masyrakat malaysia menyuarakan
    rasa tidak puas hati mereka setelah Mawi dan Marsha tidak masuk ke TOP 12.Melihat kepada fenomena
    yang luar biasa ini,astro megambil langkah untuk menyerap masuk kedua-dua pelajar ini.Lihat
    saja apa yang terjadi kepada undian mawi selepas itu.Melonjak tinggi sehingga tidak pernah
    jatuh ke tempat kedua sekalipun.Inilah yang dikatakan "Bisnes Strategi".Akademi Fantasia bukan
    lagi satu landasan untuk mencari bakat baru dalam dunia seni tetapi untuk mencari keunntungan semata
    -mata.
    AF4
    Fenomena AF2 berulang kembali.Penyingkiran Lotter adalah satu rancangan yang direka-reka.Kemudian
    adanya AFMASUK.

    Friday, March 9, 2007

    4 Of Them....Sabahan Finalist






    Daripada Top 72...Inilah dia 4 orang peserta dari sabah yang berjaya masuk ke Akademi Fantasia musim ke 5...ada 16 orang pelajar musim ini....sila masuk www.astro.com/akademifantasia/v5/ untuk senarai penuh.Go Sabahan!!!!!!
    Empat musim telah berlalu tanpa ada seorang pun Juara daripada Sabah...Harap2 kali ini..Ada seorang...

    Thursday, March 8, 2007

    New Sabahan Hope..Akademi Fantasia Season 5





    5 orang finalist Top 72 dari sabah....mungkin antara mereka suda berada di KL sekarang...Go Sabahan.,..!!!!!!

    Wednesday, March 7, 2007

    Arghhh!!!! Jeles nya......

    Sya baru terima berita dari kampung....M.Nasir datang p kampung sya untuk mencari bakat baru pelakon tambahan dalam filem paling baru dia "Aduhai Saleha"....then ini 2 kazen sya terpilih..si Tama and si Dimin(and his wife)....kurang asam betul2....macam mana si M.Nasir buli pilih durang nie....!!!!!!!

    lepas tu..lokasi pengambaran di Rumah OKK Sedomon and Taman Bandukan....di kampung sya!!!!!!! kampung Bingkor Baru keningau....wargghhh....kalau sya ada di sana sya yang kana pilih tu....silaka betul2..... !!!!!!!

    lepas tu pelakon utama untuk ini filem....MAWI AND ERRA FAZIRA....WAAHHHH.....2 nama yang besar di Malaysia....silaka betul...akhirnya durang masuk juga p kampung kami....hehehhehe...berlakon di sana lagi tu...waow.......jeles gila siooollll!!!!!!!

    Dengar kabar...M.nasir punya krew sedang sibuk buat props di bingkor sekarang..di tanah si justin sedomon..hehehhe....alangkah bertuahnya kampung sya nie....pemes nanti nie...hehehhe...

    AKADEMI FANTASIA - SEASON 5

    Mulai minggu depan...sya akan buat ulasan sepenuhnya berkenaan Konsert Akademi Fantasia - Season 5....

    Saya akan mengkritik dan menganalisis semua persembahan peserta dari hujung kaki sampai hujung rambut...

    Jadi....kalau berminat mo tau apa pendapat sya pasal AF5 kali nie,rajin2 la masuk ini blog...hehehe...promo...promo...

    Dengar rumors di @15....ada satu peserta dari keningau (my home town)....tida tau betul ka tidak...kalau betul..wahhh....bagus la...at least AF suda nampak bakat2 kami yang ada di sana...salah seorang daripadanya ialah orang yang menulis blog ini tapi tiada peluang...hehehe...

    Cheers...!!!!

    Tuesday, March 6, 2007

    Pheewwwwiiitttttt.......

    hhahahahaha...ini sumandak mantad bingkor keningau....taken last year masa sya balik kampung...hehehehe...tiba2 semalam dia kol sya....hampir 30 minit becakap...hehehe..actually ini my ex-gf punya kazen...hehehehe...silap2 sangkut sama dia nie....wakakakaka

    2nd Project...Done....

    Kelmarin...2nd draft presentation untuk Montaj Pelancaran Buku Kewangan JPA....phewww.....then...after they see it...the management Division Director said.."wow!!!"...this is much better...diffrent compare to the last one...pheewwww....buli la sya rilek start hari 2...all i have to do is prepare for my Bengkel Digital Video di IKWAS Kluang,Johor nanti...hehwehehe....

    But still ada rehearsal hari nie....alaaaa....simple...sya datang jak p auditorium then pasang my laptop...present....heheheh...senang....

    i wonder what kind of material that i will present next week at the Bengkel Digital Video....last time..i concerntrate more on Video Animation....tapi macam mo gila mo ajar...ada ka urang2 yang teda background multimedia durang hantar p sana...macam mo gila sya mo ajar...ada yang cuma tau pakai Microsoft Word jak...alalala...mati la nie macam....macam mana mo belajar software yang complicated macam Canopus Edius Pro 4....

    banyak bingung oooooo....then...at the same time...my boss(SA) pigi medan,indonesia pula...so...unit sya teda urang selama 1 minggu...mati la...director belum tau lagi nie....kalau dia tau mati la....suda la ada problem itu server web kelmarin...kalau jadi apa2 nanti masa kami teda mati la....

    Monday, March 5, 2007

    My New HandSet.....





    Last Saturday...my Handset (Sony Ericcson Z520i) meragam...silaka butul2...berapa kali restart tu hp punmacam tu juga...tida dapat detect my sim card...so....i went to The Mines Shopping Fair...beli handset baru loorrrrr....gambat di atas tu my new hp...i buy along with 512 Mb Memory Card....heheheh....banyak features...Nokia 5300....ingat mo beli N95...tapi belum sampai di Mines lagi...terpaksa beli Nokia 5300....hehehehe...

    Friday, March 2, 2007

    Bah...Biris!!!!!!!

    (Taken at "Leo Furniture"...Celebrating New Year Party 2007)

    Untuk tidak mengecewakan rakan-rakan seper"biris"san.....kamurang pilih la mana kamurang mo biris...durang ok jak semua tu.....hehehehe....happy weekend guys...

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google