follow me on Twitter

    Monday, March 12, 2007

    Tirai Akademi Fantasia 5


    Selama 2 hari Leo melihat kelainan yang ingin ditonjolkan oleh Pihak Pengurusan AF kali ini,sememangnya ada kelainan yang ada.Ini terbukti bahawa memang ada perubahan yang dibuat oleh pihak Astro pada musim ini.Promosi AF pada kali ini nampaknya suram berbanding dengan musim yang lepas.Jika dari segi pandangan Leo,AF2 sememangnya lebih besar promosinya berbanding dengan AF selepas itu.Kenapa???...Kita lihat sahaja melonjaknya naik peserta ujibakat daripada 300 orang pada AF1 ke leboh kurang 2000 peserta pada musim kedua.

    Kelainan

    Apa kelainan yang dibuat oleh pihak Astro pada kali ini dalam Tirai AF.Bagi Leo,kejutan yang dibuat memang gempak berbanding dengan musim-musim yang lalu.Terutamanya kejutan yang diterima oleh Farha dan juga Ebi.Farha hampir pengsan kerana ingatkan rumahnya kena masuk perompak.Ebi pula diserang hantu.Apa yang peliknya adalah,adakah ini rancangan Astro sendiri ataupun Krew AF sendiri.Ini kerana ada sesetengah pihak yang menganggap kejutan ini terlalu melampau dan boleh menimbulkan kemarahan sesetengah pihak.Seperti contoh kita lihat pada kejutan yang Dafi terima.Krew AF seolah-olah tidak menghormati privasi keluarga Dafi.Adakah patut kita perlu memberitahu pihak luar yang adanya CCTV di rumah beliau.Kejutan memang gempak tapi di mana maruah dan Privasi rumah tersebut setelah rahsia keselamatan digembar-gemburkan oleh krew AF sendiri??.

    Bagi Leo,kejutan untuk pelajar-pelajar baru ini memang mencapai tahap 5 bintang.Lebih gempak berbanding dengan musim-musim lalu.Terpulang lah pada penonton untuk menilainya.Sultan Muzaffar ada menulis dalam blog beliau berkenaan dengan pengunaan warna merah sebagai Tema AF pada kali ini.Sememangnya sewaktu pertama kali Leo mengunjungi Lama Web Rasmi AF,sakit mata dibuatnya.Tema yang dipilih sememangnya cantik.Tetapi adakah ianya menepati citarasa penonton?? Tepuk dada Pereka Laman Web Tersebut,Tanya Selera beliau.Sesetengah blogger menyatakan pemilihan warna ini adalah berkaitan dengan Feng Shui.Agak kelakar juga.Sultan Muzaffar juga ada menyatakan dalam blog beliau.Saya juga berketurunan Cina,sememangnya warna merah berkaitan dengan Duit,Keceriaan,Kebangaan dan sebagainya.

    Sultan Muzzafar menyatakan pendapat beliau mengenai Tagline yang digunakan pada setiap musim AF. AF1-nak cuba? AF2-Dah Demam? AF3-Dah Jatuh hati? AF4-Bahana AF5-Mungkinkah ini peluang terakhir anda?. Leo amatlah bersetuju dengan idea daripada Sultan Muzzafar di mana beliau menyatakan itu hanyalah untuk menarik peserta datang ke uji bakat.Pada pendapat Leo,ada sebabnya mengapa tagline ini digunakan.Kita lihat pada lokasi ujibakat pada kali ini.Astro memilih sedikit sahaja lokasi berbanding dengan musim-musim lepas.Mungkin kerana takut berkurangnya jumlah peserta,Astro mengunakan tagline ini!!!!.

    Pengunaan CGI ataupun "Computer Generated Image" sebagai latar belakang di Tirai Akademi Fantasia memang sesuatu yang lain dari yang lain.Ini dipanggil Chroma-key iaitu penukaran satu warna statik kepada imej yang lain. Tetapi,sampai bilakah ianya akan diteruskan?? Adakah untuk Tirai sahaja?? Bagaimana dengan Debat AF?? Kita tunggu dan lihat nanti. Cukup ker Bajet???

    Pelajar

    Pada kali ini Leo berpendapat, pihak astro memilih wajah-wajah yang jauh lebih matang berbanding dengan AF4.Pelajar-pelajar yang dipilih semasa musim ke-4 nampaknya kebudak-budakan dan tidak matang dari segi raut wajah.Bagi Leo,cuma AF1 dan AF3 sahaja yang benar-benar dikatakan pelajar AF.Musim yang selebihnya,nampak kebudak-budakan.Nampaknya Astro benar-benar inginkan kelainan pada kali ini.

    Dari segi komen yang diberikan oleh Roslan Aziz, Leo sememangnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau.Ini menunjukkan beliau serius dengan peranan beliau dalam Musim ini."Kita tampar dia sekali,kita tengok dia datang balik atau tidak".Leo semangnya suka pada pernyataan ini.Dalam sekali maksudnya.
    Dari segi vokal,kita tidak tahu lagi.Kita mengharapkan agar perkara lama tidak berulang kembali.Lihat saja pada peserta seperti Amirul pada Musim lepas,harap pada muka yang keanak-anakan saja untuk meraih undi daripada peminat AF tetapi suara tidak ke mana.Leo sendiri tidak tau apa yang ingin dilakukan oleh Astro.Adalah ini satu pertandingan Mr Hero malaysia ataupun Pertandingan Nyanyian.Katanya mencari pakej yang lengkap,tetapi tidak selengkap mana pun.Adakah ini yang dicari untuk mewarnai Dunia seni kita??
    Jika dilihat di dalam tirai,Astro tidak memperlihatkan kita semua pelajar-pelajar musim ini menyanyi.Cuma berberapa pelajar perempuan saja yang dipertontonkan.Leo tertarik dengan suara Dekna dan juga Candy.Ada keistimewaan sendiri.Kita lihat nanti apa yang bakal mereka tonjolkan.Jangan harap pada rupa sahaja.
    MAMPUKAH PELAJAR PEREMPUAN MENJADI JUARA PADA KALI INI???

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google