follow me on Twitter

    Saturday, March 24, 2007

    Ulasan Konsert 2 Akademi Fantasia.....




    Nampaknya Akademi Fantasia telah kembali.Susunan musik yang dipersembahkan di konsert kedua semalam memang bertaraf lima bintang.Thank you Astro.Inilah yang para peminat di luar sana mahukan.Walaubagaimanapun,terdapat juga elemen-elemen lain yang masih lagi mencacatkan gaya persembahan konsert semalam.Antaranya adalah koreagrafi tarian lagu menuju puncak.Still the same old shit...Persembahan konsert dimulakan oleh aznil daripada luar Auditorium MPPJ sementara para pelajar bersedia dengan aksi robotik di atas pentas.Cara pengenalan pelajar memang bagus dan satu pembaharuan.Aksi robotik yang dilakukan oleh setiap pelajar mengingatkan kita semasa AF3 di mana pelajar mengenalkan diri dengan cara ala-ala askar.


    Dari pandangan mata dan pendengaran telinga Leo,inilah skor yang dapat Leo berikan kepada kesemua pelajar yang membuat persembahan semalam.


    Candy - 9/10
    Mila - 4/10
    Rizal - 6/10
    Afiq - 6.5/10
    Ebi - 6/10
    Noni - 8/10
    Heliza - 8/10
    Dekna - 8/10
    Aizat - 9/10
    Dafi - 5/10
    Fatin - 7/10
    Aswad - 8/10
    Farha - 7/10
    Shawal - 8/10


    Kejutan pertama pada musim ini dimulakan oleh Candy di mana beliau mendapat sokongan dariapda 3 Diva daripada Indonesia.Leo tidak begitu terkejut semasa 3 Diva menyanyi lagu tersebut kerana semua orang tahu Indonesia memang terkenal dengan kekuatan vokalnya.Tahap konfiden yang tinggi dan persembahan mimik muka yang baik serta kekuatan vokal yang lantang membuatkan pesembahan Candy ada ummphh..Dengan tarian seakan-akan style Diva lagi.Variasi Vokal yang ditunjukkan memang cemerlang.Leo merasakan Rizal sememangnya membuat perubahan terhadap gaya persembahan beliau semalam.Tetapi seakan-akan "Over Do It".Walaupun mengusai gerak persembahan yang baik,Rizal kurang dinamik dalam melontarkan vokal beliau.Nampaknya beliau juga sedikit semput pada akhir persembahan.Lagipun cara persembahan adalah 100% seperti Zamani.


    Lontaran vokal yang agak seksi pada pembukaan membuatkan kita menantikan kelainan yang bakal diberikan oleh Ebi.Dengan mengayakan lenggok badan yang agak seksi memang menguatkan lagi persembahan tersebut.Tetapi pada pertengahan lagu,seksi itu sudah menjadi seksa.Vokal yang mendatar dan sebutan inggeris yang tidak menentu mencacatkan lagi persembahan beliau.Pelajar yang tidak dapt dipertikaikan lagi kemampuan Vokal iaitu Heliza memang menjadi salah satu persembahan yang berjaya dalm konsert semalam.Kelunakan Vokal,Lontaran Lembut,Projection dan Remify yang menguatkkan lagi Tone beliau.Tetapi bagi Leo,Heliza kurang permainan soul dalam persembahan.Sudah 2 minggu Heliza mendapat lagu yang hampir sama variasinya.Bagaimana kalau diberikan lagu Rock???? Pasti Hancurrrrr....Aizat sememangnya menyerikan lagi konsert semalam.Mimik muka yang seakan-akan Vokalis Green Day.Kemunculan "The Gegar" tidak menganggu Aizat dalm membuat persembahan.Aizat tidak kekok di atas pentas dan tidak Semput.Peyampaian Vokal dan variasi aksi persembahan memang membuatkan persembahan beliau di taraf 4 bintang.


    Lagu yang didendangkan oleh Fatin sebenarnya berentak Cha-cha tetapi cara lontaran vokal seperti lagu Dangdut.Lenggok dangdut memang jelas kedengaran di satu dua bahagian lagu.Tiada sebarang percubaan-percubaan vokal yang menarik ditonjolkkan.Cara Farha memulakan persembahan kurang baik pada minggu ini.Banyak tempo lari di sana sini dan nampak kelam kabut dalam menyebut setiap satu perkataan.Walaupun disertai dengan sedikit feel sedih tetapi kejantanan lagu tersebut kurang terserlah.Feel yang kurang walaupun ada sedikit.Sememangnya lagu seperti ini tidka memerlukan dinamik vokal yang banyak.Persembahan paling hancurr pada konsert semalam diketuai oleh Mila.Vokal sememangnya out of pitch,No attitude,No Umpphhh,Falsetto out of pitch!!,Low note yang kurang jelas semangnya membuatkan lagu Gotta Tell You menjadi Gotta Kill You.Terdapat sedikit perubahan kepada persembahan Afiq.Beliau lebih yakin berbanding dengan minggu lepas walaupun kurangnya "awang-awangan" seperti yang dikatakan oleh Hattan.Persembahan yang disertai dengan tarian kangkang-kangkang itu tidak membuat sebarang percubaan berbahaya seperti Aizat.


    Dengan pakaian ala-ala Kimono moden dan rambut kerinting sememangnya meyerlahkan lagi Lagu Mirai-E yang dinyanyikan oleh Noni.Sebenarnya bagi Leo,ini adalah Killer Song pada minggu ini.Kemunculan Mr. Yamada memang mengamatkan lagi suasana di Auditorium semalam.Walaupun kelihatan sedikit gementar pada permulaan tetapi semua itu harus dimaafkan kerana aksi manja daripada Noni yang memukau mata penonton.Sebutan Jepun yang jelas.Tetapi masih lagi kurang lantang dan kurang feel.Dekna memang terkenal dengan suara serak-serak basah beliau memulakan persembahan beliau dengan penuh gaya seksi,mengoda dan gaya rambut ala-ala Sipkey gitu youuu!!!...Persembahan yang menonjolkan karakter beliau seperti ala-ala "Naughty Girl" menguatkan lagi lagu ini.Tidak ada sebarang elemen yang istimewa dalam persembahan Dafi semalam.Tiada percubaan vokal yang berbahaya dan terlalu mendatar.Nampak begitu takut mendendangkan lagu ini.Mungkin kerana lagu ini popular di kalangan buta seni tanah air, Dafi begitu diminati.Sebenarnya,Personaliti Dafi yang menguatkan lagu ini.Bukannya Lagu ini yang menguatkan Dafi.Cuba kita bagi dia lagu rock...Tapi Dafi tidak akan terkeluar..Mak Bapak Kaya....


    Aswad memiliki vokal yang berjiwa rakyat bagi pandangan Leo.Vokal yang jelas,Jantan dan lantang membuatkan beliau begitu yakin dengan persembahan beliau walaupun pertama kali membuat persembahan.Denga gaya bersahaja dan aksi kejantanan,Aswad namapak terlalu menjiwai lagu ini.Rambut Shawal meningatkan Leo kepada filem AI.hahahahaha.....Shawal pandai berinteraksi dengan penonton dan kamera.Beliau menjiwai lagu ini dengan baik di mana ianya terserlah apabila Shawal menari ala-ala 60-an.


    Leo masih tidak berpuas hati terhadap Gerak Tari lagu Menuju Puncak.Astro sendiri membuat tinjauan melalui poll di Laman Web Rasmi Akademi Fantasia tetapi tiada sebarang perubahan dilakkukan.Leo juga meragui ketelusan Ogy dalam memberikan komen....Macam dibayar-bayar...Astro ada membuat tinjauan sms berkenaan "Perlu atau tidak kita mengambil Pengkritik Jemputan??" di Debat AF minggu ini.Tetapi pengkritik masih juga sama.Mana pergi duit sms tu??? Bayar sewa Auditorium ker bang...??? Kalau buat tinjauan pastikan tunaikan permintaan penonton.Ini Malaysia..Negara Demokrasi...
    Persembahan Pilihan - Aizat dan Candy
    Vokal Terbaik -Candy dan Heliza



    Apa-apapun...Di sini Leo Sediakan link untuk para peminat AF memuat turun Video konsert yang pertama minggu lepas.. Enjoy!!!!!!

    Koleksi Video Pelajar AF Konsert 1

    1 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    lawa la leo! candy juga jadi pilihan..she is the best! undi da kurang maybe sbb personaliti da d dlm, tp kalo sya apa mau kisah..yg penting bakat. af mau cari bakat bukan personaliti..hehee

    March 27, 2007 at 7:08 PM  

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google