follow me on Twitter

    Tuesday, March 13, 2007

    Kezzzzzuuutaann Diari Akademi Fantasia Ep 1

    Leo sememangnya menanti-nanti kemunculan diari akademi fantasia yang mana digembar-gemburkan oleh aznil dalam Tirai Akademi Fantasia.Katanya ada kezzzuuttaaann!!!! yang bakal muncul dan mengejutkan para peminat AF5 kali ini.Sememangnya ada kejutan.Dan kejutan ini memang bakal menaikkan kemarahan semua peminat-peminat AF kali ini.Sememangnya belum pernah sekali pun dalam sejarah AF berlaku macam ini.Pada jam 9 malam bersamaan dengan hari isnin,berjuta-juta rakyat malaysia sedang duduk di depan kaca TV masing-masing untuk menonton Diari AF musim pertama.Apa yang muncul???

    Dalam buku rancangan Astro yang kita BAYAR tiap-tiap bulan,jam 9 malam Astro Ria sepatutnya menayangkan Ep 1 Diari Akademi Fantasia.Apa yang berlaku??.Rupa-rupanya Siaran ulangan untuk Tirai AF bahagian 2 pula yang ke udara.Siapa yang harus dipersalahkan?? Pencetak buku tersebut ataupun orang yang menyusun program Astro Ria.Dan 10 minit kemudian, ada pengumuman yang menmberitahu Diari akan ditayangkan pada pukul 10 malam.Adakah ini satu kejutan ataupun kesilapan teknikal Astro sendiri??

    Apa yang Leo tahu, setelah mendapat maklumat daripada klubbkidd.blogdrive.com, kononnya Pihak Produksi tidak dapat menyiapkan Diari tersebut pada masa yang ditetapkan.Macam mana nie?.Tak pernah lagi berlaku lagi hal-hal sedemikian.Astro pakai Staff baru ker??.Apa yang lebih mengejutkan penonton semua, 15 minit sebelum habis diari ep 1,secara tiba-tiba ada cormercial break (Seperti Kebiasaan).Tapi memang pelik kerana rancangan X-tuned terus ke udara.Apa Kejadahnya nie???? Jika ini bentuk persembahan yang dipertontonkan kepada penonton tiap-tiap hari,akademi fantasia akan kehilangan peminatnya.

    Dari maklumat yang diperolehi,kali ini Pelajar AF masih lagi berkampung di Akademi AF4. Adakah ini bermakna Astro tidak lagi mendapat perhatian daripada Syarikat-syarikat gergasi di Malaysia?? Maksud leo,tiada lagi penaja???? Kenapa tempat yang sama dipilih?? Inikah yang dinamakan "Kelainan"?? Inikah yang dinamakan "Kejutan"?? Tepuk dada Tanya Selera.

    Sebenarnya Leo sendiri tidak berminat untuk mengundi pada musim ini.Ini adalah kerana Leo sendiri sedar mengenai satu perkara yang sepatutnya disedari oleh kesemua rakyat Malaysia sejak AF1 lagi.Kita menonton Diari 1 jam sehari.Dari pandangan Leo,kita tidak akan mampu mengenali personaliti seseorang itu sedalam-dalamnya dalam masa 1 jam.Akan tetapi sikap rakyat malaysia kini,mengenali mereka dalam masa satu jam sahaja sudah cukup dan mereka tidak segan silu membelanjakan wang ringgit untuk mengundi.Bayangkan??.Kita mengenali seseorang dalam masa satu jam dan kita sudah pecaya pada mereka dan sanggup menghabiskan wang ringgit kita untuk mereka.Terpulanglah pada individu untuk menilainya sendiri.

    Leo tidak akan membuat sebarang komen mengenai diari pada musim ini.Hanya komen untuk konsert AF dan Gosip-gosip panas AF."Kritikan bukan bermakna menentang."

    Salam Pendita...

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google