follow me on Twitter

    Thursday, March 22, 2007

    Akademi Fantasia is For All Malaysian....Is it???

    Setelah membuat penaakulan dan kajian daripada Musim Pertama hingga Musim Kelima ini,Leo sedar betapa kuatnya pengaruh AF terhadap budaya masyrakat kita........

    Kalau dulu ada yang tidak mampu beli handset,kini ada yang sanggup beli hanya kerana ingin megundi.Trade mark yang dikeluarkan oleh peserta-peserta juga menjadi ikut-ikutan remaja masa kini.Apa yang lebih menarik lagi,Isu mawi sudah sampai ke parlimen!!!!.Pengaruh AF juga menular dan menguasai media-media hiburan tanahair.Tidak kira media elektronik ataupun tidak.Kita lihat sahaja di mana-mana majalah dan stesen-stesen Tv di malaysia,semua terpampang wajah-wajah bintang Akademi Fantasia.Kasihan juga pada artis lama.Media pengiklanan juga tidak kurang hebatnya dalam menerima pengaruh AF.Kebanyakkan banner,papan tanda iklan di Kuala Lumpur dan di seluruh negara terpampang wajah bintang AF sebagai Duta Produk Tempatan.Akademi Fantasia juga membawa kepada lambakan Artis di pasaran.Jumlah bintang AF yang sudah dihasilkan ada 50 orang semuanya dan ini tidak termasuk mereka yang tersingkir di konsert prelude.

    Produk-produk tempatan yang dulunya tidak setanding dengan produk dari luar negara juga kini sudah boleh bersaing dengan adanya Akademi Fantasia.Kita lihat saja pencapaian Hotlink pada hari ini selaku penaja utama AF selam 4 musim.Power Root juga menjadi minuman yang setanding dengan Coca-cola,Pepsi etc.Kalau dulu cuma hanya satu sahaja Program Realiti di Malaysia(AF),kini lambakan program realiti sudah mula membanjiri stesen tv tempatan.Malaysian Idol,One In A Million,Gangstarz,Mentor etc.Artis-artis yang mula tenggelam di dunia seni juga mampu untuk berdiri kembali dengan adanya AF.Contoh Aznil..(Jangan marah bang Aznil....hehehe)

    Sebenarnya bagi Leo, semua pelajar-pelajar AF adalah milik semua masyrakat malaysia.Mengapa???...Kita difahamkan bahawa sistem SMS telah menjadi tradisi dalam menilai pelajar-pelajar AF.Sedar ataupun tidak kita telah melaburkan wang yang banyak semata-mata untuk melihat mereka di kaca TV.Maksudnya kita membayar yuran pengajian mereka di AF!!!.Kemungkinan besar duit yang kita laburkan melalui sms juga digunakan untuk membayar Gaji Tenaga Pengajar di AF.Duit yang kita laburkan melalui sms juga mungkin digunakan untuk perbelanjaan Konsert mingguan.Kos pengangkutan,kos penyelengaraan,Gaji Krew semuanya berdasarkan kepada jumlah pelaburan kita melalui sms.Pernahkah kita sedar semua ini???.Jangan cakap kami tiada hak pada pelajar dan Hak untuk bersuara mengkritik AF...Kami adalah pemilik sebenar Akademi Fantasia....

    Leo amat tertarik berkenaan komen blog di ilove-gurangak.blogspot.com. "Come on la..ini sudah musim yg ke-5..tak kan kamu belum 'masak' dengan tren 'pengundian' SMS di Malaysia ni.. Terimalah kenyataan, inilah 'realiti'.. dan anggaplah ini sebagai 'hiburan semata²'..Ada kebenarannya bukan???. Daripada pernyataan ini,Leo mendapat inspirasi dalam melihat cara pemikiran masyrakat malaysia .Trend sms yang diperkenalkan oleh astro ini sememangnya jika dilihat dari sudut tersirat,banyak isinya.Pelajar yang kurang berbakat berada di kedudukan atas carta pada setiap kali musim bermula.Di sinilah kita menilai masyrakat malaysia.Thanks GuRaNgAk for the inspiration.

    AF juga dikatakan memberi impak besar kepada Keluarga-keluarga di malaysia.Kalau dulu ada yang malas hendak memansang Astro,kini macam kempen pula.Satu Rumah Satu Astro. Ini semata-mata untuk menonton Akademi Fantasia.Ianya juga dikatakan rancangan untuk seisi keluarga.Keluarga dapat berkumpul di rumah pada malam minggu untuk menonton AF.Ini Leo sokong.Kedai-kedai mamak yang dulunya kurang popular,tapi kini dengan Akademi Fantasia..Boleh buka satu lagi cawangan!!!!.

    AF juga membuka jalan kepada masyrakat di Sabah dan Sarawak menonjolkan bakat mereka di serata Malaysia.Kalau dulu kerana kedudukan geografi yang jauh mereka amat susah untuk menunjukkan bakat mereka.

    Kesan-kesan buruk AF...ada banyak sebenarnya.Rujuk sahaja post-post Leo Sebelumya.Ada banyak lagi yang hendak dibincangkan.Apa-apapun tunggu sahaja analisis Leo untuk konsert AF di minggu kedua ini.Lebih Pedas daripada biasa.Cuma satu sahaja...Kembalikan Akademi Fantasia kami.....


    .............seperti biasa Leo tidak akan membuat ulasan pada hari jumaat.Ini adalah untuk persediaan mengulas Konsert Malam Sabtu.

    1 Comments:

    Blogger markiekadus said...

    i do agree yang AF nie sudah menjadi macam satu "virus" dalam hidup Rakyat Malaysia. Everytime bila sampai musim dia, smua urang macam lupa dunia uda... tapi bukan semua. and bukan smua tu termasuk sia.
    Tapi ni lah realiti yang sebenarnya. uda nama realiti TV kan... terima saja dengan "sogokan" derang. And one more thing, AF belongs to MalaysianS!!! (including People from Sabah n Sarawak)

    March 22, 2007 at 2:42 PM  

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google