Sebenarnya tiada sebarang ulasan pada setiap hari jumaat.Disebabkan Debat AF yang disiarkan semalam betul-betul satu toik yang hangat untuk diulas.Ini "Special Case".Antara topik yang hangat diperbincangkan dalam Debat AF semalam adalah Bercinta adalah punca Peyingkiran Pelajar??.Leo amat bersetuju dengan pendapat Zubir dalam kenyataan beliau yang menyatakan bahawa sememangnya Astro yang memperbesarkan hal-hal seperti ini sebenarnya.Memang tidak dinafikan.Mengapa Leo menyokong pendapat ini???.Kita sedia maklum bahawa di Akademi Fantasia memang tersembunyi banyak kamera.Kamera ini memantau setiap perlakuan pelajar di dalam Akademi setiap hari.Aznil menyatakan bahawa adegan-adegan Cinta ini adalah apa yang berlaku dalam realiti dan inilah yang kita sajikan pada penonton.Zubir pula mempetahankan bahawa media hanya membuat susulan daripada bahan yang disajikan oleh Astro dalam Diari.Sebenar Astro boleh lebih bersikap Profesional dalam hal ini.Bagi Leo hanya ada satu sahaja sebab utama mengapa adegan-adegan seperti ini dipetontonkan.BiZnEs Strategy!!!!!!!!!!.Astro tidak melihat ini sebagai permintaan peminat tetapi melihatnya sebagai satu batu loncatan untuk menaikkan lagi rating Diari AF dan secara langsung menarik undian daripada peminat di luar.Sepatutnya banyak lagi adegan lain yang boleh dipertontonkan.Astro harus berfikir panjang di mana mereka harus sedar bahawa adegan-adegan cinta ini boleh menimbulkan persepsi-persepsi negatif di luar sana.Ini terbukti semalam dalam Diari AF.Pelajar-pelajar tidak bersikap profesional dalam membina karier mereka di dalam akademi.Seperti mana yang leo katakan dalam post yang lepas bahawa,peminat di luar sanalah yang sebenarnya menanggung dan membiayai Yuran pengajian mereka di AF.Adakah ini yang harus mereka lakukkan sebagai membalas kembali segala undian yang dibuang oleh peminat untuk mereka????U decide.....
Media yang semangnya cukup sensitif dengan isu-isu seperti ini pasti akan membuat liputan di majalah mereka.Dan sememangnya Astro sendiri yang memulakan hal-hal bercinta ini.Semua rakaman yang dibuat dipetontonkan tetapi dalm bentuk percintaan pula.Media tidak akan memulakan hal seperti ini jika Astro tidak memberikan bahan kepada mereka.Ini adalah 100% pasti.Saya hanya menyokong isu ini sebenarnya bermula daripada Astro.Diorang nak bercinta kat dalam tu lantak diorang lah.....
Isu kedua menjurus kepada pemberian hadiah kepada pelajar yang mendapat undian tertinggi dalam peratusan undi setiap kali tamat konsert.Ini memang sesuatu yang hamphessss!!!!!!.Kita sedia maklum dalam tradisi Akademi Fantasia bahawa pelajar yang memiliki vokal yang terbaik jarang-jarang sekali dapat naik hingga ke tangga pertama.Contohnya dalam AF3 Idayu & Akma,AF4 Farhan & Velvet.Apa yang berlaku??? Pelajar yang kureeennngggssss bakat nyanyian pula berada di kedudukan teratas.Kita lihat pada Dafi sendiri,power ker vokal dia tu?????.Jika dibandingkan dengan Noni,Dekna dan Candy memang jauh berbeza.Dafi mendapat undian tertinggi hasil daripada undian peminat buta seni yang hanya melihat kepada rupa paras semata-mata.Adakah ini pencapaian namanya???.Setiap pelajar di sekolah akan diberikan hadiah oleh guru mereka setiap semester hasil daripada pencapaian cemerlang mereka dalam Akademik.Bagi Leo, pencapaian Dafi dan Mawi adalah pencapaian cemerlang undian buta seni dan bukan pencapaian cemerlang persembahan vokal mereka.Ada yang mengatakan undian itulah sebenarnya bukti mereka cemerlang - tetapi apa sudah terjadi pada Idayu,Linda,Velvet, Amylea,Akma,Farha???? Memiliki vokal yang tinggi tetapi tidak berada di kedudukan atas dan tidak layak mendapat Hadiah!!!!!!!. Kita dapat lihat sendiri dalam Debat semalam di mana 31% mengatakan ya dan 69% mengatakan Tidak.Apa lagi point lain!!!!!! Ini adalah pertandingan nyanyian bukannya pertandingan paras rupa.Maka dengan itu JANGAN BERI HADIAH PADA MEREKA YANG BERADA DI ATAS JIKA PERSEMBAHAN VOKAL MACAM HAMPESSSSS!!!!! THIS IS NOT FAIR....TENAGA PENGAJAR PROFESIONAL SEBENARNYA YANG HARUS MELIHAT DAN MENILAI.......
*Leo akan mengubahsuai layout blog esok...Pautan lain telah dibuang.....harap sabar hingga minggu depan...
1 Comments:
wahai rakan seblog ku .. hehehhe .. aku amat menyokong penuh pendapat ko ... sekian
p/s: tak tgk pon diari @ debat .. malesh .. tak besh .. tgk konsert jer ... ;)
Post a Comment
<< Home