follow me on Twitter

    Sunday, April 29, 2007

    Ulasan Konsert AF5.........

    Mempertaruhkan Salih Yacob sebagai pengkritik jemputan pada kali ini sememangnya satu percaturan yang baik daripada astro.Sesekali kena ada lawak jenaka daripada pengkritik.Asyik serius sahaja sampai Leo sendiri naik bosan.Namun begitu,Astro tetap tidak lupa dengan kelainan yang akan diberikan pada setiap konsert.Ada klassssss you.....

    Heliza - Lagu Rindu Merindu 6/10
    -
    Nothing special about the vocal.Like i mention before,still the clone of Siti Nurhaliza.It was an average
    performance.Penghayatan juga bagus.Heliza memang kontrol Ayu menyebabkan pergerakan beliau terhad.Masih lagi takder Killer.


    Shawal - Joget Kaki Lima 7.5/10
    -Pada tahap ini Leo fikirkan Shawal sudah berjaya.Beliau dapat memeriahkan konsert.Keyakinan beliau lebih terserlah di mana shawal mempertaruhkan gerak tari yang amat berani.Ada pula sorang tu jadi back-up vocal...Anak sapa la tu???

    Aswad - Penyu Menangis 7/10
    -Pada permulaan memang bagus.Tapi asyik terpacak kat tengah pentas macam lembu kena ikat kat tengah bendang.Aswad menunjukkan peningkatan yang baik dari segi vokal.Cuma Leo kurang bersetuju dengan kritikan OGY di mana beliau mengkritik pelajar untuk mengikut acuan artis masa kini.Juz let them be themselves OGY.

    Ebi - Berdendang Dalam Tangisan 5/10
    -Tone yang berbeza berbanding dengan minggu-minggu lepas.I wonder what happend to EBI.Where is the killer part man???.

    Dafi - Joget Angan Tak Sudah 7/10
    -This Duck never give up.Nice tempo.Everything at the right timing.Percubaan yang amat berani.Mengunakan key yang tinggi sedikit berbanding dengan minggu-minggu lepas.Good delivery at the same time.Selalunya mendatar sahaja.

    Candy - Tari Silat Melayu 8/10
    -Very nice tone.Memang semua suara keluar habis.Penekanan vokal yang tinggi.Ada lembut,garang,lenggok manis.Candy juga dilihat pandai bermain-main dengan penonton.Penyelamat konsert pada malam tersebut.

    Mila - Dondang Dendang 8/10
    - Tone yang memang tajam.Lenggok yang tepat dan kelihatan seperti profesional.No more sumbang-sumbang.Mila berjaya menarik perhatian penonton dengan vokal dan senyuman beliau.This girl have a big potential...She's improve day by day...

    Persembahan Terbaik - Candy
    Vokal Terbaik - Candy n Mila
    Pelajar Tersingkir - Tiada Pelajar Tersingkir !!!!!!

    i wonder what viewers think when aznil mention something about Fasha Sandha and Erra Fazira."Takkan tak tahu nak pilih mana satu yang dara??".....Not all people can accept your jokes Aznil....Be Profesional Next time....Although you are already a pro....

    Politik dan Wang sememangnya bukan segalanya.....Did i forget someone????....Don't ask such a stupid question....

    Wednesday, April 25, 2007

    Tinggal 7 orang lagi....

    Tinggal 7 orang lagi pelajar dalam AF...Bermacam-macam isu timbul untuk menjadikan seseorang itu seorang Juara.Apa yang pasti,kita sememangnya mengharapkan sesuatu kelainan berbanding dengan Juara pada musim yang lepas.Hari ini leo ingin bertukar angin.Hari ini Leo ingin mengulas kekuatan 7 orang pelajar AF....
     
    Mila
    - Kekuatan Mila adalah dari segi peningkatan Vokal yang ketara sejak minggu pertama lagi.Kita dapat lihat perkembangan yang ketara Mila.Ini adalah sesuatu yang harus ada dalam setiap pelajar yang bakal bergelar artis.
     
    Candy
    - Memiliki Vokal yang ada "Weight" dan penuh variasi.Candy sering mempertaruhkan vokal beliau dalam setiap persembahan.Sikap Low Profile Candy juga menjadi satu aset di dalam rancangan Diari.
     
    Heliza
    - Memiliki tone yang serupa dengan Siti Nurhaliza yang mana memberikan kelebihan beliau menyanyikan lagu-lagu balada.Imej bertudung beliau juga merupakan satu imej yang menjadikan beliau Artis Contoh di kalangan pelajar AF.
     
    Aswad
    - Bagi Leo,kekuatan Aswad terletak di sikap selambanya.Beliau tidak kisah dengan keadaan sekeliling beliau.Loghat Penang beliau sudah cukup membuktikan kekuatan ini.Beliau berjaya menyesuaikan Comfort Zone beliau dengan keadaan persekitaran.
     
    Shawal
    - Memiliki Vokal Jantan itu sudah semestinya kekuatan utama Shawal.Shawal juga dilihat sebagai seorang yang versatile dalam membuat persembahan beliau.Kita lihat saha pilihan Genre lagu yang dinyanyikan oleh shawal.Semuanya berlainan di setiap konsert.
     
    Dafi
    - Bagi Leo,kekuatan Dafi terletak di raut wajahnya yang memiliki "Comercial Value".Jika dibentuk dengan betul mungkin Dafi mampu mengunakan kelebihan ini untuk pergi lebih jauh di luar sana.
     
    Ebi
    - Kekuatan Ebi tidak pada Vokal beliau sebenarnya.Akan tetapi kejujuran dan juga kerendahan hati Ebi membuatkan orang di sekeliling Ebi teruja dengan karakter beliau.Kita lihat sahaja kisah hidup keluarga beliau.Memang sedih.Seperti Dafi, Ebi juga ada "Cormercial Value" pada raut wajah.
     
     
    Pertaruhan Leo ke Final
     
    1. Candy
    2. Mila
    3. Shawal
    4. Ebi
    5. Heliza
     
    Siapa pilihan anda???? Undi dengan bijak....Politik dan Wang bukanlah segalanya........
     
    Ulasan lain...
     
     
     

    Tuesday, April 24, 2007

    Pemberian Ganjaran......

    Terasa pula kebosanan menonton Diari semalam.Macam tiada apa-apa yang istimewa.Mungkin kerana semasa menonton diari,Leo dalam kelaparan.Sehari suntuk tak makan.Apa-apapun,nampaknya Astro did it once again.Pemberian hadiah kepada para pelajar adalah berdasarkan kepada bilangan lampu biru yang diberikan oleh pengkritik tetap dan jemputan.Bagi Leo ini memang adil.
     
    Ini kerana hadiah yang diberikan adalah hasil daripada analisis terperinci oleh mereka yang profesional dan bukannya yang buta seni seperti pengundi di luar sana.Entah macam mana,setiap kali konsert si Dafi Duck pula yang selalu kat atas.Ada pula seisi urut mengurut.Leo tidak kisah jika aksi lelaki dan perempuan diurut dipertontonkan.Hmmm...ramai pula chatters di @15 yang mengamuk.Katanya adengan perempuan diurut tidak patut dipertontonkan.Siapa-siapa yang mengatakan demikian memang betul-betul ketinggalan zaman!!!!!!. Bandingkan aksi urut-mengurut semalam dengan iklan shampoo di malaysia yang mendedahkan tubuh badan mereka.Now Who's Your Daddy?????
     
    Lagu Bonus - Joget Pahang (Siti Nurhaliza)/Joget Si Pinang Muda (Noraniza Idris)
    Aswad - Penyu Menangis (Sudirman)
    Candy - Tari Silat Melayu (Aishah)
    Heliza - Rindu Merindu ( Fauziah Idris)
    Mila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
    Ebi - Berdendang Dalam Tangisan (Jamal Abdillah)
    Dafi - Joget Angan Tak Sudah (Jay Jay)
    Shawal - Joget Kaki Lima (Dahlan Zainuddin)

    Sunday, April 22, 2007

    Ulasan Konsert 6 AF5.....

    Setiap kali konsert mingguan berlangsung,pasti ada kelainan yang diberikan.Pada kali ini style koboi.Nasib baik tak ada kuda dibawa masuk.Kalu tidak.Pasti huru hara pentas MPPJ.Memasukkan elemen kanak-kanak dalam Konsert AF pada kali ini memang seronok dan nampak sekali impaknya.Kita lihat sahaja kejayaan program Macam-macam Aznil.Memang kelakar sewaktu Aizat Junior masuk.Hahahahaha...Mengayakan trademark setiap pelajar adalah satu idea yang baik.Antara kelainan lain adalah peerwujudan butang biru dan merah dan juga penyampai amanat daripada artis-artis senior.
    Daripada pandangan Leo, ini adalah ranking yang dapat Leo berikan berdasarkan kepada persembahan para pelajar.Leo tidak ingin mengulas panjang lebar dan berharap dengan ranking ini,pembaca dapat membuat penilaian sendiri....

    Aizat (Perpisahan) 9.5/10

    Candy (Gadis & Bunga) 9/10
    Mila (Drama) 9/10


    Shawal (Peronda Jaket Biru) 8/10

    Aswad ( Yang sedang-sedang saja) 7/10
    Ebi (Jujur) 7/10

    Heliza (Nafas Cinta) 5/10



    Dafi Duck (Kujua Mencintaimu) 4/10


    Rizal (That Thing You Do) 3/10


    Secara keseluruhan, Leo membuat kesimpulan bahawa ini adalah konsert yang terbaik sekali pada musim ini.Malah lebih baik daripada konsert kedua lagi.Rata-rata pelajar menunjukkan peningkatan yang ketara kecuali Heliza dan Rizal.Seperti post Leo yang lepas,vokal heliza memang serupa Siti Nurhaliza.
    Leo ada terbaca satu komen blog yang mengatakan begini,
    "Apakah musim ini juga menjanjikan satu lagi kejutan ? Perbincangan masih lagi berlanjutan sama ada untuk meneruskan atau memikirkan kaedah lain. Tengah pening kepala !"
    Leo sendiri kurang memahami apakah tujuan sebenar penulis blog tersebut menulis sebegini rupa.Beliau merupakan salah seorang Krew Produksi AF.Adakah ada penyingkiran yang dirancang ??? Ataupun beliau sengaja menulis sedemikian agar lebih ramai peminat AF terus setia dengan AF.Beliau adalah otai semua Entertainment Bloggers di malaysia.Kita gali di sultanmuzaffar.blogspot.com.......

    Friday, April 20, 2007

    Debat AF...Persembahan...

    Sebelum saya memulakan ulasan,saya ingin mennegaskan pendapat saya iaitu...Tolong buang perkataan "Cabaran" setiap kali menjawab persoalan-persoalan berkenaan Akademi Fantasia.Saya sendiri sudah muak dengan perkataan ini sejak AF1 lagi.Apakah tiada lagi perkataan dan alasan lain untuk diketengahkan???
     
    Debat semalam lebih menjurus kepada persembahan pelajar di Konsert Mingguan.Daripada pemilihan lagu sehinggalah kepada ktirikan para pengktirik.Setelah mentelaah semua pendapat pendebat semalam, ini adalah pendapat saya.....
     
    Persembahan - Ilmu Memilih Lagu...
    -Apa yang diperkatakan oleh Khir Rahman semalam adalah betul secara logik dan juga praktikal.Pendapat saya....Pelajar biasanya akan memilih lagu setiap minggu untuk dipersembahkan.Dalam masa yang sama satu ilmu baru iaitu Ilmu Memilih Lagu akan masuk secara automatik.Ini adalah pasti.Tetapi apabila membuat persembahan, pelajar dihentam cukup-cukup dan kadangkala pengkritik mengatakan Vokal Pelajar tidak serasi dengan lagu.Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini sedangkan cara penyampaian lagu diajar oleh tenaga profesional??? Bagi Leo,kembali kepada pendapat asal,apa salahnya kalau tenaga pengajar sendiri memberikan lagu tersebut kepada pelajar.Walaupun berlainan genre,seseorang cikgu pasti tahu apa yang terbaik untuk anak muridnya.Sehingga ada pelajar yang dikatakan tidak maskulin dalam membuat persembahan.Salah siapakah ini??? Peljar tidak berbakat??? Tenaga Profesional??? Pengkritik???.....
     
    Pelajar Blurrrr.....
    -Ini adalah satu lagi fenomena yang baru sahaja kita sedar.Sedangkan Leo sendiri baru sedar perkara ini semalam setelah menonton Debat.Pelajar blurrr dalam merekabentuk persembahan mereka."Pengkritik suruh buat macam ini,tapi bila kita buat minggu depan dia marah pulak.Kami sendiri tidak tahu apa yang merekan mahukan". Bagi Leo,sebenarnya pada peringkat ini pengkritik perlu mengenepikan pendapt peribadi mereka dalam mengkritik persembahan pelajar.Kita lihat pada kritikan Hattan pada minggu lepas,Hattan nampak moody sahaja berbanding dengan minggu-minggu lepas sehinggakan tidak menyedari kritikan beliau amat tidak sopan.Sebagai pengkritik perofesional,mereka perlu mengenepikan keresahan peribadi dan menumpukan perhatian pada konsert.Inikah yang dikatakan "Pengkritik Profesional"??? Bila teringat Adlin Aman Ramlie,baru saya tahu siapa yang profesional sebenarnya....u rock Adlin..
     
    Tarian....
    -Pendebat juga memberikan pendapat berkenaan tarian pelajar semalam.Sepatutnya jika persembahan vokal seseorang pelajar itu diganggu oleh gerakan-gerakan mereka,Leo rasa mereka tidak perlu menari.Sekarang ini persoalannya,what's the point of dancing????...Sememangnya untuk memeriahkan suasana tetapi apabila vokal terjejas,kena hentam dengan pengkritik lagi...Salah siapa...u decide....
     
    Persembahan Ketinggalan Zaman.....
    -Topik ini terlalu subjektif untuk diperkatakan sebenarnya.Ada sesetengah orang yang suka dengan elemen-elemen lama dalam persembahan dan mereka akan lebih terhibur jika orang baru menghidupkannya dalam cara yang baru.Pendapat yang mengatakan terlalu lapuk itu sebenarnya tidak masuk akal."Bagaimana kalau saya katakan Style topi koboi itu sudah ketinggalan zaman??? Cilok dari barat pulak tu..."
     
    Pendapat keseluruhan dalam Debat semalam menjurus lebih kepada Pengkritik.Rasanya sesuatu perlu dibuat pada pengkritik-pengkritik ini.Dari awal lagi musim lagi saya berpendapat segala yang keluar dari mulut OGY amatlah tidak PROFESIONAL....Nak tahu kenapa??? Cuba review kembali apa yang diperkatakan oleh Khatijah Ibrahim semalam dalam Debat."Buat apa lagi kita nak gali-gali,all you have to do is just sing the song and prove your vocal is fantastic!!!!" Saya ada mendengar  berberapa lagu yang dinyanyikan oleh OGY pada zaman mudanya.Tentu dia nak dengar komen dari saya berkenaan dengan cara nyanyiannya...Bagus atau tidak,u decide....Suruh orang gali tapi masa muda sendiri tak gali...apa barang???

    Thursday, April 19, 2007

    Geliga Asrul.....

    Semalam pelajar-pelajar lelaki berlakon suasana konsert yang bakal berlangsung hujung minggu ini.Pelajar jadi juri dan pelajar jadi pelajar.Apa yang kelakar, apabila Asrul menjadi pengacara pada seisi penyingkiran.memang kelakar gila.Dengan gaya tangan dan nada-nada suara yang dicilok dari Aznil,memang kelakar lah.Lepas itu Si Dafi pula yang terkeluar.Kalau betul-betul Dafi keluar minggu nie...pasti ramai tersenyum..Dengar khabar,musim ini adalh musim terakhir Aznil bersama Akademi Fantasia.Perkhabaran ini telah digembar-gemburkan di majalah Aksi AF.Tetapi tidak pasti lagi.
     
    Geliga Asrul....
     
    Memang pandai asrul menyingkap rahsia daripada pelajar-pelajar semalam.Dari satu pelajar ke satu pelajar.Satu-satu kena korek.Kadang-kadang ramai penonton yang suka.Ada yang tak suka.Hmmmm....Nampaknya Heliza memang seorang yang kontrol cantik.Dari analisis Leo,heliza mengatur semua gerak laku beliau di Akademi.Poyo la kau Heliza!!!!!!.....Semua pelajar meluahkan isi kepala dengan tanpa segan silu...Sekali masuk part si heliza..hancuQQQQQ!!!!!!....U decide....Apa-apapun,ini sebenarnya caru Asrul untuk lebih dekat dengan para pelajar.Mungkin dengan cara ini Asrul dapat menyingkap semua karakter pelajar secara peribadi.

    Wednesday, April 18, 2007

    Pontianak Menjerit......

    Nampaknya cuma Rizal dan @%^& Duck sahaja yang bersungguh mempelajari lagu mereka berdasarkan kepada Diari semalam.Memang nampak payah bagi Rizal menyebut setiap perkataan BI tersebut.Hmmm..Setahu Leo,Rizal pernah bekerja di Syarikat Swasta.Biasanya mereka yang bekerja di syarikat memang fasih berbahasa BI.Hmmmm.....
     
    Seronok melihat pelajar-pelajar mempelajari BI melalui perbualan telefon.Cara seperti ini memang banyak dipraktikkan di setiap-setiap sekolah.Cuma adakah sesuai bagi mereka yang sudah meningkat remaja ini???...Huhuhu...
     
    Apa kena dengan Mata Ebi..Biasanya kata orang-orang tua,kalau mengendap mesti kena sakit mata....lantak La..Mila pula berlatih untuk mendapatkan "Whistle"..Jarang-jarang ada pelajar yang boleh dapat...Last time...Cuma Idayu sahaja...Dah macam pontianak pula mereka nie menjerit...
     
    Apa-apapun....Di sini disediakan pautan untuk download semua video dan mp3 Konsert...Credit to www.asscrewz.com......
     
     
    Enjoy...!!!!!!!!!

    Tuesday, April 17, 2007

    Kreativiti....

     

    Diari semalam lebih kepada seisi santai di AF.Ketiadaan Dekna mungkin akan memberikan impak besar kepada pelajar-pelajar.Di sini Dr. Love memainkan peranan.Tapi bagi Leo,aktiviti yang dijalankan pada seisi permulaan tidak menunjukkan apa-apa elemen kreativiti sehinggalah pelukis Ujang muncul.Kelakar juga melihat telatah mereka.Banyak-banyak benda yang boleh dilukis,ada member lukis ikan pulak...bedengung betul...Heliza macam ada bakat.Tapi last time masa melukis dengan Aswad dia lukis benda yang sama.
     
    Bercakap mengenai pemberian lagu,nampaknya pelajar-pelajar sudah pandai berbincang sesama sendiri.Tiada lagi nampak perbalahan antara mereka.Mungkin kerana sedar bilangan mereka semakin sedikit dan takut tiada tempat mengadu.Sebenarnya pada musim-musim yang lepas pun,benda yang sama berlaku.Antara lagu yang diberikan adalah

    That Thing You Do - The Wonders : Rizal
    Peronda Jaket Biru - Awie (Wings) : Shawal
    Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi) - Harlem Yu : Dafi
    Drama - Ning Baizura (Featuring Nikki & Yanie) : Mila
    Nafas Cahaya - Misha Omar : Heliza
    Yang Sedang-Sedang Saja - Iwan : Aswad
    Jujur - Radja : Ebi
    Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim : Candy
     
    Awas - KRU ,G I G - Elite :Bonus Song.
     
    "That Thing You Do" sudah pasti mengingatkan kita pada kumpulan The Wonders.Satu lagu yang membesarkan saya di zaman 90-an dahulu.Ada pulak member dapat lagu cina.Kita tunggu apa kelainan yang bakal diberikan.Tunggu... 

    Sunday, April 15, 2007

    Ulasan Konsert 5 AF......

    Konsert dimulakan dengan aksi cicakman.Kelakar gila...Ingatkan promosi untuk hari jumaat ini.Sekali tiba-tiba dia menyanyi lagu menuju puncak.Hahaha..Memang kelakar.Pembukaan juga disusuli dengan tarian lagu Aakhein Khuli.Sememangnya pada musim ini,phak pengurusan AF mencari kelainan di setiap konsert.Cara pengenalan pelajar pada setiap konsert memang berbeza.Tahniah Astro.Semua aksi Aznil pada lagu tersebut sememangnya mengiktiraf beliau sebagai pengacara nombor satu di negara kita.Bravo Aznil.You are the best.Pengkritik jemputan pada kali ini pula adalah Syafinaz.Memang cuak pelajar-pelajar ini bila ternampak Syafinaz.

    Aizat - Itu Kamu 5.5/10

    -Persembahan yang diringi oleh Estranged.Nyanyian Aizat memang kelam kabut.Terdapat flat di bahagian chorus.Tempo juga banyak lari.Vokal tidak mencerminkan "rock". Walaupun pandai berinteraksi dengan penonton,Leo rasa Rich is better!!!! Now u tell me Aizat,Who is Better!!!.

    Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah 3/10

    - Gerak pentas memang ok.Tetapi vokal Dafi Duck memang mencacatkan persembahan.No attitude on vokal,Pitch banyak lari sana sini.Nampaknya penonton amat suka apabila pengkritik menghentam Dafi.Mati la ko Dafi Duck...

    Mila - Puncak Kasih 7/10

    - Mila sekali lagi membuktikan kita bahawa dia telah meningkat dari segi vokal pada tiap-tiap konsert.Chord juga telah diubahsuai mengikut range Mila.Cuma pada low note,ada 2-3 part lari pitch.Tapi memang still the best.

    Aswad - 60's TV - [^%$*&*( ] X O = U decide!!!!!

    - Budak ini memang sengaja cari pasal.Leo dapat simpulkan bahawa Aswad seperti Budak Africa cakap Bahasa Inggeris.Vokal tidak sesuai dengan lagu.Gerak pentas tidak menentu seperti tiada koreagrafi.Aswad cuba berinteraksi dengan penonton tetapi tidak dilayan.Pitch banyak lari.Sesekali terdengar "Bahasa Inggeris Dialek Penang"....heehehe...

    Heliza - Diam-diam Jatuh Cinta 5/10

    -Another clone of Siti Nurhaliza.Heliza masih tidak menukar identiti vokal beliau.Sama macam Siti Nurhaliza.Menumpukan Drama daripada vokal membuatkan vokal beliau Flat.Terlalu kontrol cantik!!!!!...Lepas tu ada pula seisi "Jual baju Ramlah Ram"...

    Ebi - Layu sebelum berkembang 4/10

    -What's wrong with Ebi?? Susunan muzik diubahsuai menjadi Romantic Classic Jazz.Susunan Muzik berlawanan dengan mesej lagu.Penghayatan kurengssss...Ebi tidak menumpukan pada Vocal Sustain membuatkan vokal beliau tidak bermaya.Persembahan menjadi average sahaja.

    Candy - Berdua lebih Baik - 7/10

    - Candy berjaya menukar cara nyanyian Asal lagu ini.Menumpukan pada lontaran tenaga pada vokal.Vokal yang mempunyai weight tetapi masih di tahap selamat.Ada Variasi vokal tetapi masih kurang.Candy menjadikan lagu ini lebih bertenaga.

    Rizal - Pada syurga di wajahmu 4/10

    - Persembahan yang di"Enter Frame" oleh Elie Suriaty.Tak sangka,Rizal pandai berlakon.Ada penigkatan yang ketara dari segi vokal.Tapi masih kedengaran bunyi sengau.Bagi Leo,Vokal Rizal ada feel pada kali ini berbanding dengan konsert yang lepas.

    Shawal - Cinta tidak keruan - 6/10

    - Kejantanan vokal terserlah pada permulaan lagu.The dangdut feel is there but still not enough.Shawal Perlu lebih lincah.Gelek pun cara biasa.Leo sebenarnya mengharapkan sesuatu daripada Shawal tapi hamphesss.

    Dekna - Unfaithful 5/10

    - Tone yang sangat dasyat daripada Dekna.Memang sesuai dengan lagu.Tetapi sebutan Dekna kurengssss...Beliau nampak terlau relaks...Variasi vokal yang kasar daripada Dekna.

    Vokal Terbaik - Mila n Candy

    Persembahan Terbaik - Tiada Yang Layak.

    Voted Out - Dekna...Bila la si Dafi tu nak keluar????

    Apa komen anda pada konsert kali ini??? Leo di tahap Puas Hati.....

    Friday, April 13, 2007

    View From The Eyes OF Leo Fantasia.......

    Remy Poyo.....
     
    Melihat kepada Diari semalam,semuanya ok.Tapi Leo macam kurenggssss sikit bila melihat gelagat Remy dalam Kelas Tarian.Masa Remy marah pada bebudak tu,Leo tak kisah sebab memang tugas seorang tenaga pengajar untuk mendidik anak muridnya.Tapi masa Remy keluar untuk melepaskan Tension, pegi dekat bilik tu pulak...Siap tendang-tendang punching bag plak tu...Sebenarnya dia pun sendiri tau ada kamera kat situ..Saja jer nak cari perhatian daripada penonton daripada luar.Agaknya dia nie kepingin sangat nak jadi Pelajar AF kot...Remy kau memang Poyo la beb!!!!!...
     
    Debat AF...
     
    Debat AF semalam melihat kepada topik "Adilkah Pemberian Lagu Pada Musim Ini?" Sebenarnya merujuk kepada post-post Leo yang lepas,Leo tidak bersetuju langsung dengan cara ini dan begitu juga dengan pelgulas-pengulas yang lain.Cara Seperti ini lebih melihat banyaknya unsur-unsur negatif daripada Positif.Sememangnya kemasukan ke dalam AF adalah untuk belajar,tetapi kita mahu menonjolkan potensi pelajar dalam persembahannya dan bukannya menenggelamkan potensi mereka.Walaupun mendapat lagu dalam genre yang berlainan,pelajar sering tidak berpuas hati dengan lagu yang mereka dapat.Unsur negatif yang jelas dilihat adalah apabila mereka berebut lagu terutamanya pelajar perempuan.Sesetengah pengulas mengatakan itu adalah cabaran mereka di dalam AF tetapi bagi Leo ini adalah satu pembaziran.
     
    Jika benar ianya satu cabaran,mengapa tenaga pengajar sendiri tidak memberikan lagu tersebut??? Mengapa pelajar sendiri harus memilihnya??? Apa yang kita hendak selesaikan di sini adalah konflik yang wujud di kalangan pelajar sebenarnya.Tidak kisahlah apa jenis genre lagu yang diberikan tetapi apa yang harus dilakukan oleh Astro adalah memberikan sendiri lagu kepada pelajar.Bukannya pelajar itu sendiri harus memilihnya.Dengan cara seperti kita pastinya dapat menjawab persoalan "Cabaran lagu" dan lari dari persepsi negatif "Konflik Pelajar".Apa Macam???..Bagi Leo ini sebenar hidden agenda oleh Astro...Asrto tahu Pemilihan seperti ini akan menimbulkan konflik dan ini akan menjejaskan permainan undian sms di luar sana....Bijak..Bijak...
     
    Bercakap mengenai pemberian lagu-lagu lama,sebenarnya topik ini terlalu subjektif untuk dibincangkan.Bagi Leo, sebenarnya cara pembawaan lagu adalah penting.Kita flashback pada musim pertama di mana Vince mendapat lagu "Bunyi Gitar".Dengan teknik RnB dan Falsetto yang betul,Lagu tersebut mendapt satu nafas baru oleh Vince.Apa kata Anda???
     
    Sesetengah pendebat juga mengatakan yang AF tidak perlu memasukkan lagu-lagu daripada luar negeri sebagai tugasan pelajar.Ada yang mengatakan ianya tidak bersikap patriotik.Adakah patriotik boleh dilihat daripada pemilihan lagu??? U decide....Leo tertarik kepada komen Sham Kamikaze yang mengatakan "Pemikiran orang luar sebenarnya yang harus diubah.Masyrakat malaysia selalu takut apabila lagu-lagu daripada luar masuk ke negara kita.Sebenarnya kita mempelajari budaya mereka.lenggok dan cara nyanyian itu sebenarnya budaya mereka.Tidak mustahil suatu hari nanti bila mereka terdengar kita menyanyikan lagu mereka, mereka juga akan turut menyanyikan lagu kita"......Leo rasa ini lagi patriotik.....U decide.....

    Thursday, April 12, 2007

    Jalan macam Itik....

    Melihat kepada Diari semalam, memang seronok melihat pelajar berlatih lakonan mereka dalam kelas cikgu Fatimah.klaassss....Mila memang tidak boleh menumpukan perhatian pada mula.Asyik nak ketawa sahaja.Leo tertarik dengan Aksi Dekna semasa lakonan semalam.Pandai berlakon rupanya budak ini.Lakonan Dekna dengan Rizal lebih nampak real berbanding Mila.Rizal memang power la...Biasa lah,Lelaki....
     
    Segmen paling hamphes pada minggu ini adalah seisi bermain bersama tin Power Root.Entah aper2 game nie..Kena ambik tin dan terus jalan macam itik..Siap kena cakap Motto Penaja lagi...Hmmm...mungkin takut takder penaja untuk musim depan kot....lagipun game ini macam untuk budak Tadika....
     
    Masuk pula segmen berbedak bersama pelajar lelaki.Memang kelam kabut diaorang nie...
     
    Melihat kepada tabiat Aizat, sememangnya penonton di luar sana pun kadang-kadang kurang berpuas hati dengan cara "Malaysian Nacho" ini.Memang kerek budak nie....Diari semalam juga melihat kepada Candy berduet bersama Dafi Duck.Yaikssss....!!!!!!
     
    Leo tidak mahu member sebarang komen terhadap apa yang dibincangkan oleh Rizal dan Dafi bersama Sherry (RA)..Sepatutnya astro tidak menayangkan segmen tersebut...Apa yang pasti,ini adalah satu "point" untuk blogger memanaskan lagi penulisan mereka...Perlukah mereka tayangkan segmen tersebut???...Bukankah itu sesuatu yang sangat peribadi????..Anda ada komen???

    Wednesday, April 11, 2007

    AF View From Kedai Mamak.....

    Nampaknya tekanan semakin dirasai oleh pelajar-pelajar AF setelah berada 5 minggu di Akademi.Siapa saja akan merasakan benda yang sama kalau berada di tempat mereka.Semalam Leo mencari kelainan menonton Diari.Melepak di kedai mamak di Syed Bistro,Serdang Perdana.Memang banyak dengar pendapat dari orang-orang yang melihat diari di sana.Macam-macam...Yang mengutuk tidak kurang hebatnya....
     
    Aizat seperti biasalah..Tukang masak akademi.Dari masak telur hinggalah potong buah-buahan."Who is better? Rich or Aizat" Takkan baru 5 minggu dah kerek beb....Member tu dah ada album pun....
     
    Diari semalam lebih menumpukan kepada konflik-konflik yang timbul di AF.Aswad memang rasa terpinggir di kalangan pelajar lelaki.Sama seperti Candy,mereka kurang menonjol di dalam Diari.Kamera pula seperti biasa lah...Nampak sahaja pelajar berkepit,terus buat kerja...Manja pula si Shawal dengan si Heliza...
     
    Bro Asrul menjalankan tugas seperti biasa..Si Dekna pula macam talam dua muka...Beliau nampak seperti menyokong dan tidak menyokong tindak tanduk heliza..hmmm...True colours nampaknya telah keluar...Selepas menonton Diari,Leo usha-usha pula di @15...Memang banyak gosip yang kita boleh nampak..Antaranya ada pelajar yang sudah berkahwin dan ada 2 anak.Ada pelajar yang sudah bertunang...Penyokong Ebi tidak kurang hebatnya...Kita Gali....

    Tuesday, April 10, 2007

    AF Diary WitHoUt NoNi...FireFighter????

    Sememangnya ketiadaan Noni dalam Diari AF semalam memberikan impak yang amat ketara.Leo sendiri nampak keceriaan yang hilang setelah ketiadaan Noni.Macam malas pula hendak menonton Diari semalam tetapi harap-harap perasaan sebegini akan hilang.Kita difahamkan dengan berita kontrak selama 6 bulan bersama dengan Maestro bagi pelajar-pelajar yang terkeluar awal.Hmmm..Di mana kebenaran kenyataan Aznil semasa konsert pertama lepas??? Katanya terus dihantar pulang.....Poyo....
     
    Kini, Pelajar lelaki pula mula berselisih berkenaaan pemilihan Lagu.Leo melihat Aswad semalam main ambik jer lagu.Tak ada perbincangan seperti pelajar-pelajar lain.Aswad...You suppose to be the eldest brother man...Where is your leadership???.Rizal dan Aizat menunjukan ketidakpuashatian yang amat ketara terhadap Aswad.Hello???...Tak reti-reti lagi ker...???
     
    Nampaknya sebahagian kecil pelajar-pelajar dibawa ke balai bomba.Naik tali turun tali...Masuk lubang keluar lubang.....Tarik pin keluar asap....Jika difikirkan secara logik,program ini memang bagus...tetapi kenapa Bomba????...Mereka adalah kakitangan Kerajaan beb!!!! Don't they have anything Much Better to Do????? Kalau masa tu tiba-tiba ada kebakaran???? U decide...Sedar atau tidak, gaji kakitangan kerajaan berasal daripada duit rakyat.We didn't pay them to get involved in AF....Bergantung kepada persepsi kita sendiri...Ada yang suka,ada yang tidak....
     

    ▪ Bibir Mesra Jiwa Parah - Zam Zam : Dafi
    ▪ Diam-Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram :  Heliza
    ▪ Cinta Tak Karuan - Amigos : Shawal
    ▪ Aakhein Khuli - Lata M., Shweta Pandit, Sonali Bhatawdekar, Pritha Mazumdar,Udit N, Udhbav : Semua Pelajar
    ▪ Unfaithful - Rihanna : Dekna
    ▪ Pada Syurga Di Wajah Mu - Nash :  Rizal
    ▪ Puncak Kasih - Ziana Zain :  Mila
    ▪ Layu Sebelum Berkembang - Broery Marantika :  Ebi
    ▪ 60's TV - OAG :  Aswad
    **
    ▪ Itu Kamu - Estranged :  Aizat
    **
    ▪ Berdua Lebih Baik - Acha Septriasa :  Candy **
     
    ** Leo's Favorite Song....

    Sunday, April 8, 2007

    Ulasan Konsert 4 AF5........

    Gali..gali..gali.. lubang...itulah yang kita dengar sebagai pembuka selera pada konsert AF semalam.Dimulakan dengan Fail Sulit AF oleh Kak Mah Gali dan Saleh Yakob.Leo ingatkan Astro sengaja cari pasal tak nak siarkan Konsert.hahahaha...Walau bagaimanapun...Pada kali ini Astro sekali lagi mencari kelainan.Mempertaruhkan irama lagu joget sebagai tirai pembukaan konsert.Cara seperti ini memang best.Leo sendiri berasa terhibur dan membuatkan kita ternanti-nanti persembahan yang bakal dipersembahkan oleh pelajar-pelajar.Nampaknya lagu asal Menuju Puncak telah kembali ke landasan yang betul.Thank You Astro.Nampaknya Astro juga mengambil kira undian sms pada Debat AF yang lalu dengan menjemput Pengkritik Jemputan (Prof Madya Khairil Johari Johar) ke Kerusi panas pengkritik.Persembahan yang sepatutnya dimulakan oleh Ebi ditunda.Kena tukar dressing pula.
    Fatin - (Joget Gila Bayang) 7/10
    Memiliki vokal yang lunak sememangnya kekuatan Fatin sejak awal kemunculannya.Vokal Fatin sangat sesuai dengan lagu ini.Walaubagaimana pun kurangnya penekanan tenaga menyebabkan persembahan Fatin kurang meriah.Tetapi persembahan vokal memang bagus.
    Shawal - (IzinKu Pergi) 5/10
    Shawal cuba menyerlahkan kejantanan vokalnya pada awal persembahan.Kemudian dicemari dengan "out of pitch".Bagi Leo,sebenarnya Fatin yang menghidupkan persembahan ini.Gaya beliau memang betul-betul menyentuh perasaanLagu yang sepatutnya berentak RnB ini menjadi lagu balada bila dinyanyikan oleh syawal.Tiada variasi vokal seperti Kaer.
    Candy - (Setiaku Korban) 5.5/10
    Candy seakan-akan kurang bersemangat minggu ini.Salah masuk pada permulaan terus menganggu persembahan vokal beliau.Sebutan kurang jelas dan tiada kawalan dalam lontaran vokal.Pitch juga lari di part-part tertentu.
    Farha - (As Long As You Love Me) 5/10
    Pada permulaan persembahan,Wow!!!!.Koreagrafi yang bagus!!!.Tapi bila mula persembahan memang hancur.Gerakan Farha cuma ke hulu ke hilir sahaja.Leo sendiri kurang jelas dengan sebutan Farha.Lagu ini sepatutnya lebih bersifat manja-manja lelaki.Kalau Lotter yang dapat lagu ini,memang gempaq beb!!!!!.Vokal Farha memang sumbang pada last part.
    Aswad - (Hakikat Sebuah Cinta) 6/10
    Bagi Leo,persembahan Aswad berada di tahap selamat sahaja.Key n vokal adalah average.Apa yang ingin Leo tekankan di sini adalah susunan muzik untuk lagu ini.Hancurrrrr beb!!!!!
    Mila - (Benci Tapi Rindu) 8/10
    Wow!!!! What a outstanding vocal performance by Mila!!!.Peningkatan dari segi vokal yang paling ketara.RnB style yang dipersembahkan memang tip top!!!!Mila seakan-akan memberi nafas baru kepada lagu ini.Leo suka mimik muka yang ditunjukkan,benci tapi rindu.Tahniah Mila.
    Heliza - (Torn) 5/10
    Di sini Leo melihat lagu Torn versi Siti Nurhaliza.Sememangnya lagu ini tidk sesuai dengan vokal heliza.Lagu ini memerlukan Naughty Rock VocalTempo banyak lari sana sini.Baju juga tidak sesuai.Macam baju kahwin jer....
    Rizal (Di Ambang Sore) 3/10
    Lenggok bagus pada permulaan tapi kensengauan vokal mencacatkan persembahan.Ekspresi muka nampak lebih berhati-hati.Pitch banyak lari sana sini.Leo hampir mati tergelak melihat mimik muka menangis dri Rizal.
    Aizat - (La Camisa Negra) 9/10
    Inilah dia Nacho versi malaysia.Dengan iringan daripada OTD,Aizat memang "born for the stage".Vokal memang bagus tetapi nafas kurang.Sebutan spain yang sempurna.Sangat menghiburkan.Tetapi bila dah seronok Aiyaya pun jadi Aiyoyoyo.Seksi gitu you....
    Dekna - (Salam Untuk Kekasih) 5.5/10
    Dekna si mata kuyu ini melontarkan vokal yang flat pada permulaan.Tetapi Dekna manage to pick up masa chorus.Walaubagaimanapun,pada low note banyak out of pitch.Dekna tidak mengunakan sepenuhnya "Husky Vocal" Yang dimilikinya.
    Dafi - (Zikir Kasih) 1/10
    Pada permulaan Dafi ke tengah-tengah pentas,Leo dah cakap,Hancurrrr la lagu nie...Memang betul.Leo malas nak komen.I got a new name for you Dafi. Dafi Duck...!!!!!
    Noni - (Pastikan) 4.5/10
    Permulaaan pun dah salah masuk.Vokal Noni memang bagus kerana tidk meniru siti nurhaliza.Tetapi banyak sangat pitching lari sana-sini.Poor control of the vocal dan terlalu nervous.Noni got the power but she juz can't control it.
    Ebi - (Kasihnya Laila) 10/10
    Leo tidak ingin mengulas mengenai persembahan Ebi.I juz wanna say Wow!!!! Fantastic!!!!! Bravo!!!!!!!!!!.
    Vokal Pilihan - Mila
    Persembahan Pilihan - Ebi n Aizat.
    Leo kurang berpuas hati dengan penyingkiran Fatin dan juga Noni.Dafi n Rizal is suppose to be voted out.Diari pada minggu hadapan pasti tiada serinya lagi tanpa kehadiran Noni.Lagipun pelajar ini pelajar pebret Leo...Ahaks....All the best to you Noni.....

    Friday, April 6, 2007

    Jari Jadi Juri??????

    Melihat kepada tajuk utama Debat  AF semalam, ianya sama juga dengan pernyataan "Astro Berani Mati".Mengapa saya berkata sedemikian, terang-terang semua yang diperbincangkan itu menjurus kepada keburukan sistem sms yang diperkenalkan oleh astro.Sebenarnya bagi Leo, Leo akan bersetuju jika sistem ini diubah.Seperti mana yang leo katakan dalam post yang lepas,Satu Suara Satu Sms.Sila rujuk post Logik dan Rasional Afundi sebelum ini.Apabila kita mendengar kesemua hujah-hujah yang dibentangkan oleh pengulas Debat semalam,nyata sekali golongan profesional juga tidak menyokong sama sekali sistem ini.Jika Leo dijemput dalam Debat AF semalam,satu sahaja yang Leo ingin tanya kepada Astro....Adakah sistem sms itu benar-benar sistem untuk mencari bakat atau astro nak dapat duit lebih?????...Leo sangat pasti Astro pasti pengsan kalau Leo tanya.
     
    Leo sendiri tertarik dengan semua idea-idea yang diperdebatkan oleh Sabri Yunus...You Rock Man!!!!!...Antara yang diperkatakan olehnya ialah...
     
    - Mengapa kita perlu libatkan orang luar dalam proses memilih bakat???...Kebanyakan mereka bukan golongan profesional...Budak-budak...
    - Astro menjual "mee segera"...Penonton tidak tahu baik dan buruknya semasa membeli mee segera ini....
    - Pemenang yang dipilih dalam sistem undian sms tidak akan sampai ke peringkat antarabangsa...
    - Akademi Fantasia ada satu Biznesssss....
    - ada banyak lagi...Leo lupa...
     
    Sebenarnya, pemenang yang dipilih oleh peminat tidak akan sampai ke mana.Setakat jadi jaguh kampung sahaja kerana kualiti juara yang dipilih oleh pihak penonton tidak akan dan jangan mimpi hendak menembusi pasaran antarabangsa!!!!!!.Kita lihat sahaja apabila golongan perofesional memilih wakil malaysia ke "Voice Of Asia"...Semasa AF2, Zahid dinobatkan sebagai pemenang.Tidak lama selepas itu, Linda AF2 dan Jaclyn Victor dipilih untuk mewakili malaysia ke "Voice of Asia"...Memandangkan Linda AF2 belum menerbitkan Album,Farah AF2 mengantikan tempat beliau.Kenapa mereka tidak memilih Zahid ke "Voice Of Asia"?????...Kita sendiri dapat menilai....Pemikiran Golongan Profesional dalam membuat pilihan sememangnya tepat...Jadi mengapa dipertikaikan jika ada cadangan kita mengunakan Juri Profesional sepenuhnya dalam membuat pilihan Juara???....Apa pula yang pengundi tahu????...potong la jari tu....

    Thursday, April 5, 2007

    Ebi....Shakespeare Wanna be......

    Leo amat tertarik dengan kelas seni persembahan yang dikendalikan oleh Cikgu Fatimah yang mana menampilkan Ebi,Shawal dan juga Candy.Leo sendiri tidak dapat menahan gelak di kala Ebi dan Shawal berlakon.Aksi Shawal yang macam kena paksa berlakon menguatkan lagi aksi mereka ini.Antara skrip yang memang membuatkan kita ketawa ialah di mana Ebi mengatakan "Marilah Mengemis Bersama Ku"....Entah dari ceruk mana dia dapat skrip ini...Candy pula seakan-akan menjiwai wataknya sebagai laila semasa berlakon bersama Ebi..."Mari Kita Lari Pigi Sabah,Kita Kahwin Di Sana"....Memang kelakar.....
     
    Nampaknya Astro mengambil langkah drastik dalam produksi Diari pada kali ini.Aksi Gedik Dekna ditapis sepenuhnya.Mungkin ini untuk lari daripada persepsi negatif daripada masyrakat luar.Lebih-lebih lagi,Astro sendiri mempromosikan rancangan ini adalah untuk seisi keluarga.Carta kedudukan undian SMS pula melihat kepada perubahan drastik kepada jumlah undian Ebi.Undian Ebi melonjak naik ke tempat pertama sejak berakhirnya konsert ke-3.Cikgu Shafi nampak OK sikit hari ini.Walapun sesetengah hilai ketawanya macam dibuat-buat...(Takkan Astro Sound kot....)

    Wednesday, April 4, 2007

    Konsert Pengampunan......Dafi....It's Time....

    Melihat kepada diari AF semalam,semua pelajar nampaknya bakal mengalas tugas penting pada minggu ini.Persembahan yang betul-betul mengecewakan semua peminat-peminat AF.Bukan sahaja mengecewakan,kebanyakan blogger mengambil peluang ini untuk menghentam AF!!!!!.Nampaknya pada musim ini sememangnya belum ada aura menunjukkan seseorang pelajar itu bakal menjadi juara.Compare to last seasons,aura Vince dan Mawi memang sudah dapat dirasakan pada awal kemunculan mereka.Pelajar-pelajar semalam sememangnya membuat perjanjian dengan penonton di luar bahawa mereka akan buat sehabis baik pada konsert ke-4 ini.Rata-rata mereka mengatakan mereka akan "GALI" semua maksud tersurat dan tersirat lagu tidak kira dari segi persembahan pentas mahupun vokal.Kecuali seorang pelajar, DAFI.
     
    Dafi amat berani mengatakan bahawa ada berberapa kenyataan OGY tidak benar...Hello...???...Dah berapa lame menyanyi dikk???...Adakah dengan pengalaman 3 minggu di AF itu menjadi satu passport untuk membantah kritikan golongan profesional yang berpengalaman???...Leo masih ingat kenyataan DAFi "Ada benda yang dia cakap itu tidak betul...Dia tidak boleh expect more sebab kita masih pelajar".Sebelum Ogy jawab,LeoFantasia jawab.Lagi-lagi alasan pelajar dijadikan sebab.Bagi pendapat Leo, pelajar-pelajar AF sama tarafnya pada individu-individu di luar sana yang juag mengikuti pertandingan nyanyian.Apa bezanya??..cuma pelajar AF ini dididik oleh tenaga pengajar yang profesional dan sepatutnya lebih bagus mutu persembahannya.Dafi harus ingat,ini adalah pertandingan nyanyian dan mereka telah diberikan masa seminggu untuk membuat persiapan berbanding mereka di luar sana yang tidak mendapat didikan tenaga profesional.Bagi Leo apa yang OGY katakan memang benar keseluruhannya.Dafi,apa bakat yang kau ada???....Sememangnya kenyataan yang dibuat adalah oleh Dafi kenyataan cari mati!!!!!!...Merujuk kepada @15..Nampaknya kebanyakan pengundi sudah beralih arah.Kebanyakkna penyokong Dafi suda beralih arah..Dafi..It's time for you to get FIRED!!!!!!!!......
     

    Tuesday, April 3, 2007

    Logik Dan Rasional Afundi...?????

    Sekali lagi proses pemberian lagu melalui proses yang sama.Kita dapat lihat di diari AF5 semalam.Semasa melihat diari tersebut,Leo perasan melihat kelibat SM (sultanmuzaffar) di belakang pentas AF.Adakah SM salah seorang daripada Production Crew AF?????.Patut lah semua info yang diberikan tepat dan selalu terkini berkenaan dengan AF.

    Hari ini Leo ingin mengulas berkenaan dengan sistem undian sms yang semakin lama semakin teruk.Leo merasakan berlakunya ketidakadilan dalam sistem ini.Ini disebabkan oleh setiap individu boleh membuat undian lebih daripada sekali.Kewujudan AFUNDI SAKAN pada kali ini pula membuatkan para pengundi boleh menghantar undian secara pukal dengan lebih cepat.Bagi Leo ini adalah salah satu strategi astro meningkatkan lagi jumlah undian setelah berlakunya penurunan jumlah undi sejak AF3 lagi.

    Mengapa saya katakan sistem ini tidak adil.Mari kita ulas.....Jika kita lihat dalam sistem pilihanraya di negara kita,setiap warganegara melaysia yang berumur 21 tahun ke atas diwajibkan mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.Setiap pengundi pula hanya boleh mengundi sekali sahaja dalam satu masa.Ini dinamakan keadilan.Satu undi untuk satu suara rakyat.Berbanding dengan sistem SMS AF,setiap pengundi boleh mengundi lebih daripada satu undi.Kita buat contoh, Jika ada 2 orang pelajar X dan pelajar Y dalam AF dan kedua-dua pelajar ini mempunyai jumlah penyokong seperti di bawah :-

    Pelajar X = 10 orang peyokong
    Pelajar Y = 8 orang penyokong

    Melihat kepada contoh di atas, jelas sekali Pelajar X adalah pilihan pengundi dan Pelajar X adalah juara dalam AF (sebagai contoh).Akan tetapi jika setiap seorang penyokong Pelajar Y memiliki 3 kertas undi (sms), siapakah yang bergelar pemenang??? tentu sekali pelajar Y.Inikah yang dinamakan keadilan???? U decide...!!!!! Ini bukan lagi pilihan peminat di luar sana tetapi sesiapa yang memiliki sumber kewangan yang kuat, pasti dia menang.Bagaimana pula dengan pelajar yang berbakat dan mempunyai penyokong yang tidak kuat sumber kewangannya???? Adil ker macam nie....Di sini kita melihat AF bukan lagi satu pencarian bakat atas pilihan rakyat tetapi BIZNES beb!!!!!!!!!.....

    4 musim sudah berlalu....Adakah kita sedar dengan permainan ini?????? Apakah Rasional setiap pengundi boleh menhantarkan lebih daripada satu undian????

    Sunday, April 1, 2007

    Ulasan Dan Kritikan Konsert 3 AF5.....

    Konsert pada minggu ini dimulakan dengan bacaan sajak oleh Aznil dan seterusnya dikuti dengan pelajar-pelajar AF5.Sajak yang diberi nama Kita Ini Tetamu Senja yang juga ditulis oleh Datuk A.Samad Said disinambungi dengan pukulan gendang oleh Hassan Ali N Daughters.Leo sendiri sudah merasakan pasti ada kepincangan pada konsert kali ini.Konsep kemanusiaan dan keTuhanan yang dibawa oleh astro sememangnya bagus tapi pelajar-pelajar seakan-akan tertekan dengan tema ini memandangkan lagu yang diberikan tidak menguji vokal mereka sepenuhnya.Bukan itu sahaja,biasanya Aznil akan memulakan sesuatu persembahan pelajar dengan memanggil mereka dan berborak seketika sebelum mereka membuat persembahan.Kali ini tiada.Pincang habisss!!!!! Konsert sudah menjadi suram dengan tiadanya lawak jenaka Aznil.Apa sudah jadi!!!!! Mimpi ngeri menjelma kembali!!!!!!!.

    Heliza (Melodi Ahlan) 5/10

    -Susunan musik ala-ala latin ini menguatkan tahap keyakinan heliza pada berberapa verse pertama.Walaubagaimanapun, Heliza tidak mengunakan penarinya sebaiknya.Dia seolah-olah kaku sepanjang masa di atas pentas.Feel tidak ada dan persembahan yang mendatar sepanjang masa.Heliza juga tidak menguasai sebutan lagu sepenuhnya.

    Farha (Insan) 6/10

    -Persembahan dimulai dengan kejantanan vokal yang sangat menyerlah.Gerakan tubuh dan juga mimik muka menunjukan beliau menjiwai sepenuhnya lagu ini.Walaupun ada 2-3 bahagian di bahagian chorus yang hancur,Farha tetap dengan gerakan tubuh yang seimbang.Cuma kurang feel dalam lontaran vokal.Satu penyampaian yang baik.

    Noni (Ode to my family) 5/10

    -Persembahan yang disertai dengan pentomen.Noni seperti tertahan-tahan vokal beliau dan seterusnya menjadikanya mendatar sepanjang masa.Walaupun mengusai "props" dengan baik, kekeluargaan hanya dapat dilihat pada penghujung lagu.Feel sampai tetapi cuma kureeengssss....

    Aswad (Hijau Bumi Tuhan) 5/10

    -Persembahan yang sederhana.Tempo pada 2nd verse memang sah ke laut.Penguasaan pentas yang tidak baik pada minggu ini.Pitching memang banyak lari sana sini.Fauziah Latiff and Ogy was right..Wake up!!!!!!

    Fatin (Erti Hidup) 5.5/10

    -Memiliki vokal yang lunak,lembut,jelas dan terang sememangnya menjadikan lagu ini satu batu loncatan untuk Fatin menunjukan kemampuan vokalnya.Walaupun tidak menguasai pentas sepenuhnya,Fatin adalah antara pelajar yang memberikan persembahan yang baik pada malam itu.

    Aizat (Warisan) 5/10

    -Pada permulaan,tenaga yang dilemparkan memang cukup kuat secara vokal.Akan tetapi pada 20 saat seterusnya memang hancurrrr...Aksi Aizat pada pertengahan lagu seolah-olah orang kaya kena loteri.Persembahan yang mendatar.Walaubagaimanapun,Aizat bagus secara vokal.

    Mila (Melukut di tepi gantang) 5.5/10

    -Peningkatan yang sememangnya ketara dri segi vokal setelah 2 minggu tidak memberikan persembahan yang baik.Feel yang sememangnya bagus.Tone yang tajam dan lantang membuatkan kita dapat merasakan emosi sebenar lagu ini.

    Dafi (Aku tanpa Cintamu) 0 x 100/10 = u decide!!!!!

    - Persembahan yang Leo ibaratkan seperti budak tadika yang belajar menyanyi.Tiada sebarang jiwa dalam lagu.Vokal yang hancur!!!!!.Lontaran vokal seperti Chipmunks menyanyi.Tersangat kaku sepanjang masa.Leo tidak tahu samada Dafi sedng menyanyi atau sedang mencarut.Kata-kata Hattan Leo support 100%.Kalau dirujuk pada post Leo yang lepas,Leo was right!!!!!!! Dafi sememangnya merugikan dan memalukan industri muzik tanahair.

    Dekna - (Kembara di taman gersang) 5/10

    -Dinamik vokal yang cukup baik ada awal persembahan.Walau begitu,tiada percubaan seperti minggu lepas.Penceritaan yang tidak mempunyai jiwa.Satu persembahan yang sederhana sahaja.

    Rizal (Permaidani) 3/10

    -Kensengauan vokal Rizal menyerlahkan lagi kebangangan vokal Rizal.Pitch banyak lari sana sini.Tiada tenaga langsung dalam vokal dan gerak pentas.Pada akhir persembahan,brulah Rizal dapat pick-up kembali.Sudah terlambat.

    Shawal 5/10

    -Lagu ini membawa sedikit keceriaan pada konsert yang suram itu.Leo merasakan key yang digunakan terlalu rendah membuatkan vokal Shawal tidak tercabar sama sekali sepanjang beliau menyanyi.Aizat menutup sama-sekali persembahan Shawal sewaktu Enter Frame beliau.Persembahan pentas yang agak bagus tetapi nampk sempu di penghabisan.

    Candy (Terlalu Istimewa) 9/10

    -Penyelamat Konsert 3 AF5!!!!!!.Vokal yang dinamik,Variasi vokal yang cukup baik,lontaran yang lantang dan Falsetto yang mengetarkan jiwa membuatkan Candy adalah juara pada malam itu.Persembahan yang mempunyai jiwa yang sangat ketara.Cuma Candy nampak terlalu relaks..

    Ebi - (Al Jannah) 6/10

    -Ebi menunjukkan penjiwaan yang baik dari segi gerak bdan dan penguasaan pentas.Walaupun terkucil semasa melontarkan vokal,terdpat peningkatan yang ketara pada konsert kali ini.

    Secara keseluruhannya,Konsert pada kali ini di tahap "Hampir Sederhana".Leo berpendapat tema yang digunakan memang menjadi salah satu sebab utama.Konsep yang terus berubah dan akan menghantui semua peminat-peminat AF.Jika dibandingkan dengan Konsert pertama,lebih kurang.Leo sudah dapat menjangka bahawa tiada penyingkiran pada kali ini.Konsert Amal ler katakan....Padahal carik duit lebih...mengeksplotasi Sambutan dengan menjadikanya duitl....u decide!!!!!! pastikan semua menunggu komen Leo pada hari selasa....Lebih Peds daripada biasa....


    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google