follow me on Twitter

    Tuesday, March 20, 2007

    Dekna...??? Lagu???


    Dekna nampak kurang bersemangat terutama dalam kelas motivasi.Dari riak wajah beliau,seperti kurang tidur.Mata membengkak tak tentu pasal.Leo nampak macam nak menangis sahaja muka dekna ini.Si Noni pula dengan gaya selambanya yang tak pernah duduk diam dalam kelas.pot..pet..pot..pet..all the time.(Leo suka tu...attitude).Tapi apa yang begitu ketara sepanjang diari ini berlangsung,tumpuan kamera 80% menjurus kepada perempuan.Mungkinkah ini satu pendekatan untuk menjadikan kaum hawa sebagai juara pada musim ini??.Jarang sekali kita melihat tumpuan sepenuhnya diberikan kepada lelaki oleh jurukamera.

    Berkenaan pemilihan lagu pada minggu ini,nampaknya semua lagu adalah lagu-lagu yang meletup satu ketika dahulu.Lagu kegemaran Leo dari sejak sekolah lagi "Miraie by Kiroro" akan dinyanyikan oleh Noni. Kita berharap persembahan dari segi musik dan tarian mahupun vokal akan menunjukan satu perubahan drastik pada minggu ini.We don't want another "Badut's Concert".(Sila rujuk post sebelumnya).
    Warga KL pula hari seharusnya lebih seronok bercerita setelah gambar Zana diletakkan di muka hadapan Malay Mail.Leo berpendapat ini satu langkah awal untuk menjelaskan lagi keadaan sebenarnya(iye ker??).Daripada sumber yang boleh dipercayai,Diya menyalahkan Tirai Akademi Fantasia dan membuat anggapan bahawa itu adalah punca sebenar beliau tersingkir daripada Akademi Fantasia.Masalah hubungan cinta mereka terheboh satu malaysia.Kononnya masalah tersebut membuatkan beliau kekurangan undi.Kalau ikut pernyataan Diya di Muzik Ria,beliau telah berpisah dengan Boyfriendnya itu(alaaa...dulu mawi dah tunang pun boleh jadi juara dikk oiiii....).Dan sekarang Diya pula sudah ada kekasih baru.Hamdan..(macam nama kampong jer...poyo).
    Ulasan Lagu..Do you believe in second chance????
    Dafi mendapat lagu Pencinta Wanita.Lagu yang menjadi igauan kebanyakkan buta seni di negara kita.Apa tidak jika Lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi bervokal sengau.Leo sendiri tidak pernah meminati lagu ini.Aizat mendapat lagu yang membesarkan saya dahulu.Basketcase by Greenday.Lagu alternative punk ini memang lagu yang enjoy dan senang dibawa.Minggu ini kita dapat melihat Enrique Iglesias wannabe setelah Ebi mendapat tugasan lagu Bailamos.Kita harapkan keajaiban daripada Ebi minggu ini kerana minggu lepas beliau hampir-hampir tersingkir.Akhirnya,untuk mengambil hati pengkritik tetap musim ini Hattan,Astro memberikan lagu Biso Benar kepada Afiq.Mamat poyo ini kalau sekali lagi pakai kaca mata hitam masa membuat persembahan memang hancurlah persembahan tersebut.Lagu tema sitcom Puteri , "Cinta" akan didendangkan oleh Dekna pada minggu ini.Penyanyi asal lagu ini Amy Mastura merupakan juara Asia Bagus.Jangan pula jadi Asia Berambus bila dinyanyikan oleh Dekna(ampun GuRaNgAk....hehehe).
    Heliza pula mendapat lagu makanan kegemaran beliau.Lagu Aku Bukan Untukmu by Rossa.Pelajar yang hampir terkeluar daripada Akademi minggu lalu, Mila mendapat lagu Gotta tell you by Samantha Mumba.Kalau Mila boleh membawa lagu ini seteruk Candy,memang sah Astro perlu mengupah 2 orang Guru bahasa inggeris."Inul Darista wannabe" a.k.a Fatin the Anoreksia Nervosa akan menyanyikan lagu Bila rindu kusebut Namamu.Candy akan menyanyikan lagu Semua Jadi Satu by 3 Diva.Mentang-mentanglah Konsert 3 Diva bakal dilangsungkan di Bukit Jalil.Good Luck Candy.Lagu Miraie..!!!!! buat pertama kali di Akademi Fantasia,Noni menyanyikan Lagu dari Jepun (Aksi Aznil Musim Lepas Tidak Dikira yeee....).Lagu ini memang menjadi siulan semua orang tidak kira besar kecil.We need magic here girl!!!!!.
    Farha bakal mendendangkan lagu Biarkan Aku Menangis daripada Tommy J.Pissa.Leo sendiri tidak begitu familiar dengan lagu ini.Lagu ini daripada Indonesia.Lagu yang merosakkan Irama Rock Asli "Kembali Merindu" akan didendangkan oleh Rizal.Minggu lepas Leo hampir nak makan remote control Astro bila mendengar Rizal menyanyi.Shawal bakal mendapat undian yang banyak daripada Warga Emas pada minggu ini kerana bakal mempersembahkan lagu Kenangan Mengusik Jiwa daripada A.Ramlie dan ditambah pula dengan undi simpati kerana beliau sakit tekak (Konon...).Apa yang menjadi persoalan di sini adalah Aswad???.Semua orang di luar sana tertanya-tanya mengenai kemampuan vokal yang dimiliki oleh jejaka yang berasal daripada Pulau Pinang ini.Jika minggu ini beliau tidak membuat persembahan dan masih dikekalkan,sememangnya pengundi Aswad diperbodohkan di luar sana.I didn't vote for someone who didn't give me their voice.....Aswad mendapat lagu Nak Kahwin Duit Tak Ada by Sweet September.
    Leo kurang bersetuju dengan cara pemberian lagu kepada pelajar di musim ini.Konsep lama telah ditukar dengan konsep "Siapa Cepat Dia Dapat". Ini satu Pembaharuan atau satu Pembunuhan????.Kebanyakkan pembaharuan yang dilakukan oleh Astro rata-rata menaikkan kemarahan peminat-peminat AF di seluruh negara.Bagaimana kalau kitga simpulkan begini, Apa kata Astro kalau peminat-peminat AF membuat Perubahan terhadap Undian??? The voting power in our hands right????...........


    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google