follow me on Twitter

    Friday, March 16, 2007

    Fatin And Aswad..2nd Chance...????

    Nampaknya Pihak Pengurusan Akademi Fantasia telah membuat keputusan.Fatin dan juga Aswad diberikan peluang dan tidak perlu membuat persembahan pada Konsert yang pertama.Akhirnya terjawab juga persoalan samada mereka perlu dikekalkan atau tidak.Leo berpendapat akan berlakunya "Undi Simpati" terhadap kedua-dua pelajar ini.Kita lihat nanti.Tapi masih belum pasti samada untuk minggu hadapan sahaja ataupun tidak.Kalau sampai 2-3 minggu tidak membuat persembahan,kontroversi lagi.Anak Emas????

    Leo berpendapat Debat AF semalam masih lagi di peringkat percubaan.Ianya dibuat di dalam Studio.Tapi mulai minggu hadapan,Debat AF akan disiarkan dari Dewan Sivik.Ini yang kita mahukan.Mungkin para penonton juga boleh megambil bahagian.Walaubagaimanapun,banyak isu-isu panas yang dibincangkan semalam.Hot!!!!. Saya terbaca komen seorang blogger yang mengatakan Debaf AF semalam boleh disimpulkan sebagai cerita-cerita kosong di kedai kopi.Dengan Waiter (Aznil) yang berpakaian kemas dan rapi melayan 4 orang pelanggan yang hanya mengenakan T-shirt dan Jeans.Ada kebenarannya.Dan ada yang mengatakan Hasil Undian sms semalam sebenarnya digunakan untuk "menanggung kos perubatan Fatin dan Aswad".Macam-macam.....Hidden Agenda by Astro.

    Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai,ada perubahan yang akan dilakukkan di Laman Web Rasmi Akademi Fantasia.Ada satu laman yang akan memaparkan Klip Video Eksklusif Pelajar dan Blog Pelajar!!!!.Ini boleh dikatakan satu pembaharuan.Ini yang pertama selain Episod 1 Diari AF.Kejutan Bodoh tu.

    Leo tidak akan membuat apa-apa ulasan pada setiap hari jumaat.Sila lawati blog ini pada hari ahad kerana saya akan post komen dan kritikan saya terhadap Konsert mingguan.Nampaknya semua tidak sabar-sabar untuk menonton konsert pada esok hari.

    Leo banyak bertanya kepada rakan-rakan blogger yang lain yang mana juga memberikan kritikan dan memantau AF pada kali ini.90% mengatakan suda bosan dengan Akademi Fantasia.Mereka sendiri sudah muak dan inginkan satu pembaharuan dalam AF.Ada yang mahu supaya AF dihentikan!!!!.Melalaikan masyrakat malaysia dan menguntungkan pihak yang mengeksplotasi masyrakat malaysia.Sendiri Mau Ingat la!!!!.Leo sendiri tidak mahu komen.Ada kebenaran juga di sebalik semua pendapat mereka.

    Bagi Leo,Akademi Fantasia Musim Pertama adalah yang paling telus sekali.Tidak berlaku unsur-unsur penipuan dari Astro dan pelajar-pelajar nampaknya jujur dalam perlakuan di depan kamera.Tabik Spring pada semua pelajr AF1.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google