Carta.....Kelas Vokal....Do La!!!!....
Hari ketiga di minggu ke-2 ini,nampaknya astro telah mengambil langkah baru iaitu memaparkan semula kedudukan peratus undian pelajar.Mungkin ini dibuat setelah melihat kebanyakan chatters di @15 mengamuk.Bloggers juga tidak kurang hebatnya memberikan komen mereka.Tidak tahu apa logik dan motif astro???.Harapan pada minggu ini adalah agar kedudukan peratusan undian dipertontonkan secara live di Auditorium MPPJ.Ini baru dinamakan keadilan.Tidak dinafikan bahawa penonton di rumah merupakan medium yang paling pantas dalam menghantarkan undian.Macam-macam ada...
Kelas Vokal semalam menarik perhatian Leo.Terasa macam kasihan pula apabila mendengar Ebi membuat pengakuan."yang paling mengecewakan saya la kan cikgu".Itu sahaja yang Leo sempat dengar.Lantak la...Tapi Leo kurang senang dengan cara pengajaran Cikgu Syafi pada kali ini."Jangan Buang masa saya"...Pernyataan ini sememangnya pedas dan bakal mengundang kemarahan peminat-peminat AF di luar sana..... Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Cikgu Syafi lain..Tidak pasti apa juga penerimaan peminat di luar sana terhadap pernyataan ini...Setelah pernyataan tersebut dilafazkan nampaknya Ebi sudah dapat menguasai nada Do La...Tetapi Leo tidak berpuas hati kepada riak muka Cikgu Syafi sewaktu mengajar Ebi.
Khabarnya Noni akan memperagakan pakaian tradisi jepun pada minggu ini.Beliau bakal dihiasi dengan Kimono.hmmm..Lagu miraie memerlukan "suara lepas" seperti Kiroro..Contoh penyanyi yang ada di malaysia,Sudirman.Kita sama-sama lihat gaya persembahan beliau sabtu ini.
Leo ada usha2 Laman Web Rasmi AF pagi ini.Candy dikatakan menukar lagu dengan Fatin.Benar atau tidak,kita lihat malam ini.Isu perebutan lagu sudah bermula nampaknya.Tapi mengenai cara pemberian lagu memang Leo tidak setuju 100%.Nampaknya Cikgu Adnan mula memberikan kepakaran yang ada padanya unutuk pelajar-pelajar.Sememangnya apa yang dikatakan oleh beliau disokong 100% oleh Leo."You have to keep your voice Warm all the time"....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home