follow me on Twitter

    Sunday, March 18, 2007

    Kritikan Konsert AF5 1

    Konsert dimulakan dengan imbasan ringkas di backstage oleh aznil.Nampaknya pelajar tidak sabar-sabar membuat persembahan daripada apa yang kita lihat di kaca tv.Montaj pembukaan membuka tirai konsert pada musim ini.Memang power!!!.Berbeza daripada montaj-montaj sebelumnya.Pengunaan kesan particle yang banyak mencantikkan lagi persembahan montaj.Pentas yang direkabentuk sememangnya menarik dan amat berbeza dengan yang lama.Lebih besar dan ada 3 skrin di atas pentas.Mini tv juga dipasang di hadapan pentas.Lebih menyemarakkan lagi persembahan pelajar nanti.Namu begitu tetap ada hidden agenda oleh astro apabila hanya penonton di rumah sahaja yang dapat melihat kedudukan terkini undian pelajar.hmmm...mungkin kerana penonton di rumah lebih senang mengunakan medium untuk membuat undian,maka hanya mereka yang dapat melihat kedudukan tersebut.Penampilan 3 orang pengkritik tetap pada musim ini dimulakan.Fauziah Latiff,Hattan dan Ogy.Nampaknya format American Idol kena cilok!!!. Tapi memang bagus.Ketiga-tiga memang berpengalaman.Di mana Adlin??? Chatters di @15 mengamuk bila Adlin tidak disenaraikan.Leo pun sama gak..Leo juga amat terkejut apabila Zana menarik diri daripada persaingan AF5.Leo terus menghubungi rakan di Astro untuk mendapat kepastian mengapa Zana menarik diri.Rupanya beliau tidak dapat menahan stress yang melanda di dalam Akademi.Kita hormati keputusan beliau.Dah jumpe kucing ker??

    Aizat - Kasi gegar sket!! (Pangeran Cinta) 5/10

    Mempunyai suara serak-serak basah.Walaubagaimanapun,masih nampak kaku di atas pentas.Seolah-olah tidak tahu macam mana hendak bergerak.Feel nampak kurang dan persembahan nampak mendatar sepenuh masa.Pada pertengahan persembahan aizat nampak semput sedikit.Vokal memang bagus tetapi tiada variation.

    Afiq - Caya beb!! (Janjiku) 4/10

    Tidak menguasai tempo lagu dengan baik.Permulaan sahaja sudah salah.Masuk tak betul.Vokal sangat mendatar.Mungkin disebabkan oleh "key" yang rendah.Afiq juga namapak terlalu nervous sepanjang masa.Bagi Leo,baik buang sahaja cermin mata tu.Cermin mata lebih bagus dari vokal.Gerakan juga kurang.Leo sendiri tak paham apa yang dia nyanyikan.

    Mila - What's up!! What's up!! Check it out guys!! (Bersama) 3/10

    This one is the worse performance among all the students.Leo tidak dapat mendengart dengan jelas low note Mila.Jika kita dengar dari lontaran vokla beliau,nampak sekali Mila nervous.Suara terketar-ketar ketika membuat persembahan.Pitching banyak lari sana-sini.Lagu yang sepatutnya boleh menyerlahkan vokal seseorang menjadi lagu hantu!!.

    Dafi - Baik Punya!! (Uptown Girl) 5/10

    Dafi mempunyai vokal yang lunak berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Namun tidak ada variasi vokal yang ditunjukkan dan "tiada attitude on vocal".Ada 2-3 bahagian di mana pitching Dafi tak tentu arah.Pergerakkan tarian pula seperti diatur-atur.Muka yang keanakan ini memang boleh memancing undi daripada wanita.

    Diya - Cak!! (Aku masih setia) 5.5/10

    Diya memiliki vokal yang bagus tetapi beliau masih tertahan-tahan.Diya tidak mengeluarkan vokal beliau sepenuhnya.Ini menyebabkan kelantangan suara beliau tida dapat ditonjolkan.Diya nampak nervous sehinggakan banyak pitching lari sana-sini.Beliau juga tidak menguasai pentas sepenuhnya.

    Farha - Mantap tu Joe!! (Balada Pemuzik Jalanan) 7/10

    Vokal Farha memang bagus dalam mempersembahkan lagu ini tetapi belum cukup.Ini kerana tidak ada sebarang percubaan untuk mengeraskan lagi vokal menjadi rock.Farha nampak sempoi dalam persembahan beliau.Level of confident memang tinggi dan Farha nampak Enjoy di atas pentas.Satu persembahan yang mantap!!.

    Ebi - Relaks!! (Milik siapakah gadis itu?) 4/10

    Indah khabar dari rupa.Dari riak muka beliau,Leo merasakan Ebi sememangnya menghayati lagu ini.Tetapi sebutan dan Vokal beliau amat mendatar dan seolah-olah tidak mahu membuka mulut.Macam mana nak lontarkan vokal.Vokal juga tidak begitu kedengaran pada low note.

    Dekna - Wow!! (Tanpamu) 5.5/10

    Memiliki suara serak-serak basah.Permulaan Dekna memang bagus apabila beliau menari sewaktu memulakan persembahan.Tetapi apabila Afiq masuk untuk melakukkan rapping,semuanya hancur.Leo kurang setuju dengan "Puff Daddy Wannabe" ini.Mengacau persembahan.Dekna yang sepatutnya penuh attitude dalam persembahan terpaksa melayan karenah Afiq.

    Shawal - Agogo!! (Harapan) 4/10

    Memiliki suara jantan yang bisa mencairkan wanita.Low note Shawal memang bagus.Jelas sekali.Akan tetapi jika dilihat variasi vokal yang ditunjukkan oleh penyanyi asal,shawal jauh di belakang.Shawal tidak ada attitude dalam melontarkan vokal beliau menyebabkan persembahan vokal nampak mendatar sepanjang persembahan.

    Candy - Miaww!! (Ka Ching) 6/10

    Candy memiliki vokal yang penuh variasi dan ada weight.Kelantangan suara beliau memang terserlah.Candy tiada masalah dari segi pitching dan beliau mampu menari bersama penyanyi latar.Akan tetapi sebutan bahasa inggeris masih perlu diperbaiki.Leo tidak memahami satu pun yang disebutkan oleh candy sepanjang persembahan beliau.Mimik muka Candy memberi satu rangsangan kepada penonton di rumah apabila Close up di lakukkan.

    Rizal - Sik cayak?? (Menanti Sebuah Jawapan) 3/10

    Lagu ini merupakan lagu kegemaran Leo.Tetapi dinyanyikan oleh penyanyi yang dipaksa membuat persembahan.Vokal yang sengau,no weight,tidak sedap sememangnya membingitkan telinga Leo malam tadi.Macam mana dia nie dapat masuk AF??. Klon Amirul Kot??? Pada permulaan persembahan pun dah salah masuk.Pithing pula lari habis.

    Noni - Peace muaahhh!!! (Tak ada logika) 8/10

    Persembahan yang benar-benar memukau mata Leo.Permulaan tarian yang memng bagus!!.Attitude pada muka memang power!!Noni di lihat ada style dan have fun dalam membuat persembahan.Leo sendiri tidak sangka gadis ini begitu lincah dalam membuat persembahan.Noni dilihat seperti sudah profesional.Level of confident memang tinggi.Lagipu noni memang sempoi.Afundi Noni...hehehe..

    Heliza - Beres!! (Kau pergi jua) 9/10

    Memiliki vokal yang mantap dalam persembahan.Lontaran yang memang halus,lenggok suara yang lembut sememangnya menjadikan beliau adalah juara pada malam itu.Heliza ada good variation of vocal.Ada 2-3 bahagian di mana beliau cuma membuat falsetto tetapi kurang menjadi.Vokal heliza adalah yang terbaik dalam konsert semalam.

    Rumusan

    Bagi Leo,music arrangement pada kali ini memang hancurr.Leo sendiri tida tahu apa yang difikirkan oleh Roslan Aziz.Semua muzik berentakkan Techno.Kenapa jadi begini.Music arrangement boleh mempengaruhi vokal pelajar.Mereka tidak dapat memvariasikan vokal mereka.Semua Musik seolah-olah musik karaoke.Apa dah jadi??.Pelajar-pelajar juga masih nampak tidak biasa di atas pentas.Jangan jadikan"first time"sebagai alasan.Ini adalah pertandingan bukan main-main.Leo juga amat bersetuju dengan konsep baru yang ditonjolkan oleh astro.Pelajar yang tersingkir terus dihantar pulang ke rumah.Bermakna mereka tidak menandatangani apa-apa kontrak dengan maestro.Nampaknya Maestro sudah dapat lari dari persepsi "Anak Tiri" daripada masyrakat luar.Hanya Juara sahaja yang akan menjadi artis maestro.

    Persembahan Pilihan - Farha,Candy,Noni,Heliza

    Persembahan Terbaik - Noni
    Vokal Terbaik -Heliza
    Voted Out - Diya


    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google