follow me on Twitter

    Thursday, March 29, 2007

    Ketelusan Diari Akademi Fantasia...Sejauh Mana????

    Leo amat tertarik dengan aktiviti yang dibuat oleh Cikgu Fati setelah menonton Diari AF semalam.Pelajar-pelajar diminta mengayakan Lagu hindustan dalam bentuk tarian.Sampai ada yang berguling-guling.Pihak Pelajar perempuan pula buat-buat aksi manja seolah-olah tidak mahu melayan karenah pelajar lelaki.Ini mengingatkan kita kepada persembahan-persembahan pelajar-pelajar yang lepas di mana mereka menyanyikan lagu Hindustan.Tapi apa yang berbeza pada kali ini,ianya dibuat dalam kelas.Perangai sebenar keluar dengan serta merta.Shawal dan Noni pula macam dah tak ngam.Merajuk nampaknya.Tapi kita sedia maklum tabiat Noni yang memang sempoi dan biasanya tak ambil peduli dengan keadaan persekitaran beliau.Kamera pula memainkan peranan.Kamera di Akademi Fantasia sudah menjadi seperti Adik Aznil Nawawi.Tukang kenen-kenen.Tetapi apa yang pasti Shawal buat seperti tak ada pa yang berlaku.Biasalah Lelaki,kontrol macho.
     
    Dekna pula seolah-olah mengikut jejak langkah haziq.Semua lagu dibalunnya dalam bilik latihan Vokal.Ebi pula macam orang hilang akal.Mundar-mandir dalam bilik lepas tension.Nampaknya setelah 3 minggu berlalu,sudah nampak perangai sebenar mereka.Hidup jauh daripada dunia luar,sememangnya tertekan.Leo sendiri tertunggu-tunggu apakah isi kandungan Diari Khas pada hari sabtu ini.Apa yang pasti, kononnya ianya lain dari yang lain.Ini bakal menjadi topik hangat yang akan diketengahkan oleh kebanyakan blogger pada hari sabtu.
     
     
    Mengapa saya memilih tajuk di atas sebagai tajuk utama pada hari ini????? 
     
    Saya mendapat berberapa info yang sememangnya boleh dipercayai daripada seorang street informer(Biarlah Rahsia) yang mengatakan bahawa terdapat ketidaktelusan dalam Diari Akademi Fantasia.Beliau menjelaskan bahawa terdapat berberapa senario yang dilakonkan semata-mata oleh pelajar.Biasanya ianya diarahkan oleh pengurusan Akademi Fantasia.Kadang-kadang Leo sendiri juga kurang percaya pada sesetengah aksi yang dipertontonkan di Diari pada setiap malam.Kononnya permainan ini bermula sejak AF3 lagi.Mungkin untuk memancing undi daripada luar,pihak pengurusan meminta Pelajar melakonkan babak-babak yang pasti menarik perhatian penonton di luar sana .Betapa  bodohnya kita dipermainkan oleh mereka.Sampai ada yang sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit apabila percaya dengan lakonan mereka.Jika info ini benar,hilanglah keseronokan sebenar Akademi Fantasia...Saya tidak tahu samada info ini benar ataupun tidak,apa yang pasti tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dengan anda semua.Tidak ada niat untuk memburukkan Pihak Akademi.So...Don't sue me....!!!
     
     
    ***Tiada sebarang ulasan pada hari Jumaat..Seperti biasa...tunggu ulasan untuk Konsert 3 pada petang Ahad...

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google