Ulasan Dan Kritikan Konsert 3 AF5.....
Heliza (Melodi Ahlan) 5/10
-Susunan musik ala-ala latin ini menguatkan tahap keyakinan heliza pada berberapa verse pertama.Walaubagaimanapun, Heliza tidak mengunakan penarinya sebaiknya.Dia seolah-olah kaku sepanjang masa di atas pentas.Feel tidak ada dan persembahan yang mendatar sepanjang masa.Heliza juga tidak menguasai sebutan lagu sepenuhnya.
Farha (Insan) 6/10
-Persembahan dimulai dengan kejantanan vokal yang sangat menyerlah.Gerakan tubuh dan juga mimik muka menunjukan beliau menjiwai sepenuhnya lagu ini.Walaupun ada 2-3 bahagian di bahagian chorus yang hancur,Farha tetap dengan gerakan tubuh yang seimbang.Cuma kurang feel dalam lontaran vokal.Satu penyampaian yang baik.
Noni (Ode to my family) 5/10
-Persembahan yang disertai dengan pentomen.Noni seperti tertahan-tahan vokal beliau dan seterusnya menjadikanya mendatar sepanjang masa.Walaupun mengusai "props" dengan baik, kekeluargaan hanya dapat dilihat pada penghujung lagu.Feel sampai tetapi cuma kureeengssss....
Aswad (Hijau Bumi Tuhan) 5/10
-Persembahan yang sederhana.Tempo pada 2nd verse memang sah ke laut.Penguasaan pentas yang tidak baik pada minggu ini.Pitching memang banyak lari sana sini.Fauziah Latiff and Ogy was right..Wake up!!!!!!
Fatin (Erti Hidup) 5.5/10
-Memiliki vokal yang lunak,lembut,jelas dan terang sememangnya menjadikan lagu ini satu batu loncatan untuk Fatin menunjukan kemampuan vokalnya.Walaupun tidak menguasai pentas sepenuhnya,Fatin adalah antara pelajar yang memberikan persembahan yang baik pada malam itu.
Aizat (Warisan) 5/10
-Pada permulaan,tenaga yang dilemparkan memang cukup kuat secara vokal.Akan tetapi pada 20 saat seterusnya memang hancurrrr...Aksi Aizat pada pertengahan lagu seolah-olah orang kaya kena loteri.Persembahan yang mendatar.Walaubagaimanapun,Aizat bagus secara vokal.
Mila (Melukut di tepi gantang) 5.5/10
-Peningkatan yang sememangnya ketara dri segi vokal setelah 2 minggu tidak memberikan persembahan yang baik.Feel yang sememangnya bagus.Tone yang tajam dan lantang membuatkan kita dapat merasakan emosi sebenar lagu ini.
Dafi (Aku tanpa Cintamu) 0 x 100/10 = u decide!!!!!
- Persembahan yang Leo ibaratkan seperti budak tadika yang belajar menyanyi.Tiada sebarang jiwa dalam lagu.Vokal yang hancur!!!!!.Lontaran vokal seperti Chipmunks menyanyi.Tersangat kaku sepanjang masa.Leo tidak tahu samada Dafi sedng menyanyi atau sedang mencarut.Kata-kata Hattan Leo support 100%.Kalau dirujuk pada post Leo yang lepas,Leo was right!!!!!!! Dafi sememangnya merugikan dan memalukan industri muzik tanahair.
Dekna - (Kembara di taman gersang) 5/10
-Dinamik vokal yang cukup baik ada awal persembahan.Walau begitu,tiada percubaan seperti minggu lepas.Penceritaan yang tidak mempunyai jiwa.Satu persembahan yang sederhana sahaja.
Rizal (Permaidani) 3/10
-Kensengauan vokal Rizal menyerlahkan lagi kebangangan vokal Rizal.Pitch banyak lari sana sini.Tiada tenaga langsung dalam vokal dan gerak pentas.Pada akhir persembahan,brulah Rizal dapat pick-up kembali.Sudah terlambat.
Shawal 5/10
-Lagu ini membawa sedikit keceriaan pada konsert yang suram itu.Leo merasakan key yang digunakan terlalu rendah membuatkan vokal Shawal tidak tercabar sama sekali sepanjang beliau menyanyi.Aizat menutup sama-sekali persembahan Shawal sewaktu Enter Frame beliau.Persembahan pentas yang agak bagus tetapi nampk sempu di penghabisan.
Candy (Terlalu Istimewa) 9/10
-Penyelamat Konsert 3 AF5!!!!!!.Vokal yang dinamik,Variasi vokal yang cukup baik,lontaran yang lantang dan Falsetto yang mengetarkan jiwa membuatkan Candy adalah juara pada malam itu.Persembahan yang mempunyai jiwa yang sangat ketara.Cuma Candy nampak terlalu relaks..
Ebi - (Al Jannah) 6/10
-Ebi menunjukkan penjiwaan yang baik dari segi gerak bdan dan penguasaan pentas.Walaupun terkucil semasa melontarkan vokal,terdpat peningkatan yang ketara pada konsert kali ini.
Secara keseluruhannya,Konsert pada kali ini di tahap "Hampir Sederhana".Leo berpendapat tema yang digunakan memang menjadi salah satu sebab utama.Konsep yang terus berubah dan akan menghantui semua peminat-peminat AF.Jika dibandingkan dengan Konsert pertama,lebih kurang.Leo sudah dapat menjangka bahawa tiada penyingkiran pada kali ini.Konsert Amal ler katakan....Padahal carik duit lebih...mengeksplotasi Sambutan dengan menjadikanya duitl....u decide!!!!!! pastikan semua menunggu komen Leo pada hari selasa....Lebih Peds daripada biasa....
3 Comments:
Dafi (Aku tanpa Cintamu) 0.0/10
Leo, pemurah juga ko sanggup bagi dia 0/10.. kalau saya -1/10 pun susah tu.. mmg hancur habis..
hehehe....sya pun hairan macam mana dia buli msuk AF..!!!!!!
sya dengar anak datuk bah tu...
satu sualan sia disini :
- % EBI meningkat kerana apa? cua bagi sia sebab² yang munasabah?
Post a Comment
<< Home