Melihat kepada tajuk utama Debat AF semalam, ianya sama juga dengan pernyataan "Astro Berani Mati".Mengapa saya berkata sedemikian, terang-terang semua yang diperbincangkan itu menjurus kepada keburukan sistem sms yang diperkenalkan oleh astro.Sebenarnya bagi Leo, Leo akan bersetuju jika sistem ini diubah.Seperti mana yang leo katakan dalam post yang lepas,Satu Suara Satu Sms.Sila rujuk post Logik dan Rasional Afundi sebelum ini.Apabila kita mendengar kesemua hujah-hujah yang dibentangkan oleh pengulas Debat semalam,nyata sekali golongan profesional juga tidak menyokong sama sekali sistem ini.Jika Leo dijemput dalam Debat AF semalam,satu sahaja yang Leo ingin tanya kepada Astro....Adakah sistem sms itu benar-benar sistem untuk mencari bakat atau astro nak dapat duit lebih?????...Leo sangat pasti Astro pasti pengsan kalau Leo tanya.
Leo sendiri tertarik dengan semua idea-idea yang diperdebatkan oleh Sabri Yunus...You Rock Man!!!!!...Antara yang diperkatakan olehnya ialah...
- Mengapa kita perlu libatkan orang luar dalam proses memilih bakat???...Kebanyakan mereka bukan golongan profesional...Budak-budak...
- Astro menjual "mee segera"...Penonton tidak tahu baik dan buruknya semasa membeli mee segera ini....
- Pemenang yang dipilih dalam sistem undian sms tidak akan sampai ke peringkat antarabangsa...
- Akademi Fantasia ada satu Biznesssss....
- ada banyak lagi...Leo lupa...
Sebenarnya, pemenang yang dipilih oleh peminat tidak akan sampai ke mana.Setakat jadi jaguh kampung sahaja kerana kualiti juara yang dipilih oleh pihak penonton tidak akan dan jangan mimpi hendak menembusi pasaran antarabangsa!!!!!!.Kita lihat sahaja apabila golongan perofesional memilih wakil malaysia ke "Voice Of Asia"...Semasa AF2, Zahid dinobatkan sebagai pemenang.Tidak lama selepas itu, Linda AF2 dan Jaclyn Victor dipilih untuk mewakili malaysia ke "Voice of Asia"...Memandangkan Linda AF2 belum menerbitkan Album,Farah AF2 mengantikan tempat beliau.Kenapa mereka tidak memilih Zahid ke "Voice Of Asia"?????...Kita sendiri dapat menilai....Pemikiran Golongan Profesional dalam membuat pilihan sememangnya tepat...Jadi mengapa dipertikaikan jika ada cadangan kita mengunakan Juri Profesional sepenuhnya dalam membuat pilihan Juara???....Apa pula yang pengundi tahu????...potong la jari tu....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home