Sebelum saya memulakan ulasan,saya ingin mennegaskan pendapat saya iaitu...Tolong buang perkataan "Cabaran" setiap kali menjawab persoalan-persoalan berkenaan Akademi Fantasia.Saya sendiri sudah muak dengan perkataan ini sejak AF1 lagi.Apakah tiada lagi perkataan dan alasan lain untuk diketengahkan???
Debat semalam lebih menjurus kepada persembahan pelajar di Konsert Mingguan.Daripada pemilihan lagu sehinggalah kepada ktirikan para pengktirik.Setelah mentelaah semua pendapat pendebat semalam, ini adalah pendapat saya.....
Persembahan - Ilmu Memilih Lagu...
-Apa yang diperkatakan oleh Khir Rahman semalam adalah betul secara logik dan juga praktikal.Pendapat saya....Pelajar biasanya akan memilih lagu setiap minggu untuk dipersembahkan.Dalam masa yang sama satu ilmu baru iaitu Ilmu Memilih Lagu akan masuk secara automatik.Ini adalah pasti.Tetapi apabila membuat persembahan, pelajar dihentam cukup-cukup dan kadangkala pengkritik mengatakan Vokal Pelajar tidak serasi dengan lagu.Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini sedangkan cara penyampaian lagu diajar oleh tenaga profesional??? Bagi Leo,kembali kepada pendapat asal,apa salahnya kalau tenaga pengajar sendiri memberikan lagu tersebut kepada pelajar.Walaupun berlainan genre,seseorang cikgu pasti tahu apa yang terbaik untuk anak muridnya.Sehingga ada pelajar yang dikatakan tidak maskulin dalam membuat persembahan.Salah siapakah ini??? Peljar tidak berbakat??? Tenaga Profesional??? Pengkritik???.....
Pelajar Blurrrr.....
-Ini adalah satu lagi fenomena yang baru sahaja kita sedar.Sedangkan Leo sendiri baru sedar perkara ini semalam setelah menonton Debat.Pelajar blurrr dalam merekabentuk persembahan mereka."Pengkritik suruh buat macam ini,tapi bila kita buat minggu depan dia marah pulak.Kami sendiri tidak tahu apa yang merekan mahukan". Bagi Leo,sebenarnya pada peringkat ini pengkritik perlu mengenepikan pendapt peribadi mereka dalam mengkritik persembahan pelajar.Kita lihat pada kritikan Hattan pada minggu lepas,Hattan nampak moody sahaja berbanding dengan minggu-minggu lepas sehinggakan tidak menyedari kritikan beliau amat tidak sopan.Sebagai pengkritik perofesional,mereka perlu mengenepikan keresahan peribadi dan menumpukan perhatian pada konsert.Inikah yang dikatakan "Pengkritik Profesional"??? Bila teringat Adlin Aman Ramlie,baru saya tahu siapa yang profesional sebenarnya....u rock Adlin..
Tarian....
-Pendebat juga memberikan pendapat berkenaan tarian pelajar semalam.Sepatutnya jika persembahan vokal seseorang pelajar itu diganggu oleh gerakan-gerakan mereka,Leo rasa mereka tidak perlu menari.Sekarang ini persoalannya,what's the point of dancing????...Sememangnya untuk memeriahkan suasana tetapi apabila vokal terjejas,kena hentam dengan pengkritik lagi...Salah siapa...u decide....
Persembahan Ketinggalan Zaman.....
-Topik ini terlalu subjektif untuk diperkatakan sebenarnya.Ada sesetengah orang yang suka dengan elemen-elemen lama dalam persembahan dan mereka akan lebih terhibur jika orang baru menghidupkannya dalam cara yang baru.Pendapat yang mengatakan terlalu lapuk itu sebenarnya tidak masuk akal."Bagaimana kalau saya katakan Style topi koboi itu sudah ketinggalan zaman??? Cilok dari barat pulak tu..."
Pendapat keseluruhan dalam Debat semalam menjurus lebih kepada Pengkritik.Rasanya sesuatu perlu dibuat pada pengkritik-pengkritik ini.Dari awal lagi musim lagi saya berpendapat segala yang keluar dari mulut OGY amatlah tidak PROFESIONAL....Nak tahu kenapa??? Cuba review kembali apa yang diperkatakan oleh Khatijah Ibrahim semalam dalam Debat."Buat apa lagi kita nak gali-gali,all you have to do is just sing the song and prove your vocal is fantastic!!!!" Saya ada mendengar berberapa lagu yang dinyanyikan oleh OGY pada zaman mudanya.Tentu dia nak dengar komen dari saya berkenaan dengan cara nyanyiannya...Bagus atau tidak,u decide....Suruh orang gali tapi masa muda sendiri tak gali...apa barang???
2 Comments:
saya lebih merasakan OGY tidak mempunya objektif dalam kritikannya.
dia lebih menjurus untuk membentuk pelajar2 kepada bagaimana untuk menjadi artis dengan mencontohi atau menggunakan acuan OGY, instead of membina identiti untuk pelajar2 tersebut.
sungguh mengecewakan.
that's the right word to describe what i'm trying to say....u rock tenno.....
Post a Comment
<< Home