Diari semalam lebih kepada seisi santai di AF.Ketiadaan Dekna mungkin akan memberikan impak besar kepada pelajar-pelajar.Di sini Dr. Love memainkan peranan.Tapi bagi Leo,aktiviti yang dijalankan pada seisi permulaan tidak menunjukkan apa-apa elemen kreativiti sehinggalah pelukis Ujang muncul.Kelakar juga melihat telatah mereka.Banyak-banyak benda yang boleh dilukis,ada member lukis ikan pulak...bedengung betul...Heliza macam ada bakat.Tapi last time masa melukis dengan Aswad dia lukis benda yang sama.
Bercakap mengenai pemberian lagu,nampaknya pelajar-pelajar sudah pandai berbincang sesama sendiri.Tiada lagi nampak perbalahan antara mereka.Mungkin kerana sedar bilangan mereka semakin sedikit dan takut tiada tempat mengadu.Sebenarnya pada musim-musim yang lepas pun,benda yang sama berlaku.Antara lagu yang diberikan adalah
That Thing You Do - The Wonders : Rizal
Peronda Jaket Biru - Awie (Wings) : Shawal
Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi) - Harlem Yu : Dafi
Drama - Ning Baizura (Featuring Nikki & Yanie) : Mila
Nafas Cahaya - Misha Omar : Heliza
Yang Sedang-Sedang Saja - Iwan : Aswad
Jujur - Radja : Ebi
Gadis Dan Bunga - Rahimah Rahim : Candy
Awas - KRU ,G I G - Elite :Bonus Song.
"That Thing You Do" sudah pasti mengingatkan kita pada kumpulan The Wonders.Satu lagu yang membesarkan saya di zaman 90-an dahulu.Ada pulak member dapat lagu cina.Kita tunggu apa kelainan yang bakal diberikan.Tunggu...
1 Comments:
Hmmmmm.. ntah.. What will happen if Dafi nyanyi lagu cina.. mungkin jadi macam Zikir Kasih hari tu.. tapi who knows.. What will happen.. The percentage will go sky rocket.. why? To his fans, he will do the best.. saying it's an imposibble task for a non chinese (What about Noni.. non japanese)They will also say give him a chance to proove himself (cmon minggu brapa sudah ni)They will also say he's talented (sebab pandai lukis ikan).. The will say he is versatile (hmmm.. in terms of ruining a song..yes) alala lama suda teda dengar itu That thing you do.. Ntah la.. what will happen.. happen la
Post a Comment
<< Home