follow me on Twitter

    Monday, May 28, 2007

    Coming Home....

    Saya akan bercuti selama seminggu untuk melawat kampung halaman....Sometimes i think i have to get away from my job....It's been 6 months since the last time i take off from my job..i have too much preasure on my job....i need to take off sometimes......maybe the update will be a bit late for this week....Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.....Aramai Tie

    Gangstarz Tiru AFMASUK.....

    wakakaka....i watched Gangstarz SemiFinal last night...Last week the most popular group among the ladies had been voted out...Infinatez...Then last night,they pick the top three to the Final which will be held at Stadium Melawati Shah Alam.The other 2 group will compete once again with the other group which had been voted out at the past weeks.Then the voters will vote for the another last group.As i mentioned before...Infinatez is popular among those Crazy chicks.....Believe it or not, they will absolutely head to the final....Juz like AF....voted out one week before the semifinal and then voted in to the final....What a cheap business Strategy!!!!!!....Suck on that Gangstarz.....!!!!...wakakaka....

    Anyway...i had visited SM blog's this morning....i found this pictures...AF5 Wrap Party....this is their latest pictutres....Credit goes to Sultan Muzaffar.....








    Friday, May 25, 2007

    It's getting worse man....


    I can't take this anymore...my cough is getting worse...got to go the clinic...My health is a bit worse for the past few days...i have to recover my health so my holiday will be great next week...argghhhh....i hate this cough....i can't smoke...

    Jordin Sparks...Youngest American Idol.....

    Saja hendak menukar mood ulasan pada hari ini.Semalam Leo menonton American Idol Finale yang menampilkan 2 orang bakat besar iaitu Jordin Sparks dan Blake Lewis.Jordin yang berusia 17 tahun dinobatkan sebagai juara American Idol yang baru setelah mendapat undian 74 juta daripada seluruh rakyat America.Kalau hendak dibandingkan dengan Akademi Fantasia kita, seluruh top 12 untuk American Idol memang layak untuk menjadi juara.

    Leo difahamkan bahawa Jordin ialah anak kepada pemain NFL Philipi Sparks.Selepas ini gerenti bertambah murah lah rezeki mereka.Jorsin juga ditawarkan untuk merakamkan sebuah album sebagai hadiah kemenangan beliau.....




    Thursday, May 24, 2007

    Review On Mila's Performance.....

    Kesihatan saya terjejas 2-3 hari kebelakangan ini.Mungkin kerana cuaca panas yang melanda KL saban hari.mari kita review semua Kritikan saya kepada Mila sebelum beliau bergelar Juara AF5....You can see clearly how improved she is....
     
    Konsert 1- (Bersama) 3/10
    This one is the worse performance among all the students.Leo tidak dapat mendengart dengan jelas low note Mila.Jika kita dengar dari lontaran vokal beliau,nampak sekali Mila nervous.Suara terketar-ketar ketika membuat persembahan.Pitching banyak lari sana-sini.Lagu yang sepatutnya boleh menyerlahkan vokal seseorang menjadi lagu hantu!!.
     
    Konsert 2- (Gotta tell You) 4/10
    Persembahan paling hancur pada konsert semalam diketuai oleh Mila.Vokal sememangnya out of pitch,No attitude,No umpphh,Falsetto Out Of Pitch,Low Note yang kurang jelas sememangnya menjadikan lagu Gotta Tell You menjadi Gotta Kill You.
     
    Konsert 3 (Melukut di tepi gantang) 5.5/10
    -Peningkatan yang sememangnya ketara dri segi vokal setelah 2 minggu tidak memberikan persembahan yang baik.Feel yang sememangnya bagus.Tone yang tajam dan lantang membuatkan kita dapat merasakan emosi sebenar lagu ini.
    Konsert 4 (Benci Tapi Rindu) 8/10
    Wow!!!! What a outstanding vocal performance by Mila!!!.Peningkatan dari segi vokal yang paling ketara.RnB style yang dipersembahkan memang tip top!!!!Mila seakan-akan memberi nafas baru kepada lagu ini.Leo suka mimik muka yang ditunjukkan,benci tapi rindu.Tahniah Mila.
     
    Konsert 5 (Puncak Kasih) 7/10
    - Mila sekali lagi membuktikan kita bahawa dia telah meningkat dari segi vokal pada tiap-tiap konsert.Chord juga telah diubahsuai mengikut range Mila.Cuma pada low note,ada 2-3 part lari pitch.Tapi memang still the best.
     
    Konsert 6 (Drama) 9/10
    -Tiada Ulasan.Hanya memaparkan Ranking.
     
    Konsert 7 (Dondang Dendang) 8/10
    - Tone yang memang tajam.Lenggok yang tepat dan kelihatan seperti profesional.No more sumbang-sumbang.Mila berjaya menarik perhatian penonton dengan vokal dan senyuman beliau.This girl have a big potential...She's improve day by day...

    Konsert 8 (Aku takkan bersuara) 8/10
    -Penampilan istimewa Koir Jari Jemari semalam sebenarnya tidak menampakkan impak yang maksima terhadap persembahan Mila.Memiliki tone yang istimewa tetapi banyak terkucil di sesetengah bahagian Chorus.Teringat saya pada Farah AF2,terjerit-jerit sana-sini.Penjiwaan Mila juga bagus dan seiring dengan vokal beliau.
     
    Konsert 9 (Pudar) 10/10

    Bagi saya, ini adalah pilihan ideal seluruh rakyat malaysia untuk memilih Juara baru Akademi Fantasia.I got no comment for this outstanding performance.Bravo!!! Fantastic!!! Perfect!!! You go girl...!!!!!...kata dalam blog takder BF....

    Konsert 10 (Cinta Pura-pura & Persis Mutiara) 10/10
    -Juara AF5
     
    Now..Can you see how improved she is.....Selain daripada memecah tradisi iaitu menjadikan kaum hawa sebagai juara untuk kali pertama, Mila juga membuktikan bahawa dia telah meningkat dan inilah sebenarnya yang dinamakan pelajar.Meningkat minggu ke minggu.Apa yang best...Mendapat berita yang paling panas,Hot,Segar,Sensasi....Mila Takder BF beb.....ada chan.....wakakaak....

    Wednesday, May 23, 2007

    Who Will Be The 1st Ikon...???

    Bercakap mengenai rancangan baru ini, pada pendapat saya ianya lebih profesional memandangkan pemarkahan tidak diletakkan kepada masyrakat luar 100%.Rancangan ini bukan calang-calang kerana pemenang bakal mewakili negara untuk bersaing dengan negara-negara Asean lain.Setakat ini Indonesia,Filipina dan Malaysia telah mengesahkan penyertaan mereka.

    Berdasarkan artis yang dipilih, sememangnya ada berberapa artis yang boleh menonjol di peringkat antarabangsa.Jaclyn Victor yang sememangnya terkenal dengan kelantangan Vokal dan "Aksi terhempas Atas Pentas" baru-baru ini.70% markah diserahkan kepada juri profesional dan 30% diserahkan pada awam melalui sms.Rancangan ini mengingatkan saya kepada rancangan Asia Bagus tetapi bezanya masa itu tiada undian SMS.Setiap negara juga akan menghantar wakil mereka dalam 2 kategori iaitu solo dan berkumpulan.Persoalannya?????....Bagi artis yang kalah nanti, sanggup ker tanggung malu????...kabarnya ada seorang artis tarik diri kerana takut dengan "undian sms"..Artis "Hijau" kot....

    Tuesday, May 22, 2007

    Bosan......

    Semalam saya menonton program pengenalan rancangan IKON....Saya masih lagi buntu kerana belum melihat intipati sebenar rancangan tersebut....Mungkin saya tidak akan menulis berkenaan program berkenaan...Kita lihat lah dulu,jika program tersebut berjaya menarik perhatian saya....Terasa sunyi pula setiap malam setelah AF5 berakhir...Biasanya saya akan duduk di depan TV bermula jam 8 malam..Layan berita dahulu dan Diari AF....Bila tiada Diari, barulah terasa kehilangan....Di musim pertama, Aznil pernah berkata...Bayangkan hari-hari anda tanpa Akademi Fantasia....Kalau saya dah dapat merasakannya,anda bila lagi???
    Entah mengapa, Musim kali ini habis sama dengan projek terbesar saya tahun ini.Terus tak tahu nak buat apa....Duduk di ofis mengadap komputer...Menunggu projek baru....Saya melihat kebanyakan blogger pun sudah tidak ada apa yang hendak ditulis dalam blog mereka...Mungkin bagus juga keadaan ini reda seketika...

    /* Photo-all credits goes to Klubdkidd Joe

    Monday, May 21, 2007

    Ulasan Debat Akhir AF5.....

    Sorry for the late Update...Saya terlibat dengan satu event yang besar pagi tadi..membabitkan 1.3 juta orang tadi...Segalanya telah selesai dan masanya untuk berehat seketika....Phewwwww...Ini adalah ulasan terakhir saya untuk AF5...perlu meneruskan penulisan dengan topik-topik yang lain....
     
    Perlukah AF diteruskan????....
     
    Debat akhir semalam melihat kepada perdebatan yang terhebat dalam musim ini.Tetamu yang dijemput pu  bukan calang-calang orangnya.Linda Onn sebagai pengacara sementara pada seisi tersebut memandang Aznil tidak lagi dalam keluarga AF.Topik ini adalah satu langkah berani mati oleh Astro.Tetapi ianya bagus kerana diperbincangkan dihadapan public.Fazley,Mila AF5,Aznil,Zahid AF2,Rudy Imran,Dr. Azahar dan Khir Rahman adalah tetamu yang memanaskan kerusi pendebat pada seisi tersebut.
     
    Bercakap mengenai realiti VS kualiti, saya berpendapat corak undian sepanjang AF adalah tidak berdasarkan kualiti seseorang.Sepanjang 5 musim berlangsung, kualiti seseorang itu dibayangi oleh realiti.Maksud saya adalah personaliti melebihi bakat sebenar.Kita lihat Mawi....Vokal Mawi sebenarnya tidak sehebat mana...Tetapi personaliti beliau yang menarik membuatkan dia raja segala raja di dalam AF.Berbalik kepada objektif asal AF...pencarian bakat nyanyian....Anda sudah sedar????....Apabila Fazley mengatakan AF itu mendidik penonton untuk memilih, saya teringat Idayu....Adakah pengundi benar-benar terdidik sehingga pelajar yang memiliki vokal yang hebat ini tersingkir....???????....Anak sapa la nie....
     
    Saya bersetuju dengan Khir Rahman apabila dia mengatakan AF itu bukan sesuatu yang subjektif kerana AF itu memiliki Objektif dan matlamat yang tersendiri.Apabila dilihat dari segi penonton barulah ianya dikatakan subjektif tetapi hanya pada penonton sahaja dan tidak pada program itu sendiri.Apabila pegundi yang diberikan kuasa luar biasa dalam memilih Bakat mereka mereka semakin manja kerana undian yang dibuat terlalu subjektif.You can choose anyone you want....Dan lahirlah satu lagi golongan yang tidak harus hadir dalam industri hiburan....Pengundi Buta Seni....Apabila Aznil mengatakan AF itu adalah reflektif kehidupan kita,ada kebenarannya juga.Kita mampu menilai bakat orang dan mampu menilai kemampuan kita dalam memilih bakat yang kita sukai.Jika kita mengundi pelajar yang tiada kualiti,itulah diri kita yang sebenarnya.Sedar tak....
     
    Bercakap mengenai adakah benar AF itu merosakkan industri???...Kita berbalik kepada objektif asal AF...sememangnya AF mewarnai dunia seni kita pada zaman kini...memang kita akui, dunia seni memang banyak warna...banyak bakat yang dapat dikeluarkan dalam pelbagai genre dan style...Samada merosakkan atau tidak, kita jawab sendiri...Kadang kala saya sendiri tertanya-tanya pada diri saya sendiri....AF pasti ada matlamatnya sebenarnya....Apakah matlamat sebenar AF..???...Adakah matlamat itu sudah tercapai...??? jika sudah tercapai, mengapa harus kita teruskan lagi??....Jika belum, apa yang dicari......pening....!!!
     
    Kualiti juga dilihat semakin menurun setiap musim.Dalam AF2 dan AF3, kita seolah-olah tidak daapt membuat keputusan sebenar kerana semua yang dipilih memang berbakat besar.Semuanya memiliki kualiti vokal yang bagus sekali.Bermula daripada Af4 hingga AF5..kita boleh memilih dengan memetik jari sahaja siapa yang bakal menjadi juara. jawapan Mila dalam segala pertanyaan memang standard.Mungkin belum dapat membiasakan diri dengan perdebatan dalam industri muzik....Saya tak nak komen pasal artike Dr. Azahar itu...Bahasa-bahasa biologi nie saya tak minit...I'm a programmer man...
     
    AF juga mampu menjadikan seseorang itu menjadi popular sekelip mata.memang benar.Jika makcik depan rumah yang jual nasik lemak tu masuk TV tiap2 hari,mesti dia popular gak...Saya memang tergelak besar bila terdengar perdebatan mengenai tajuk ini....Ini tidak dapat disangkal...Pakcik MMA pun boleh popular dengan jargon "macam-macam ada"
    ..Apa lagi pakcik power root "Saya menang motor"....u see how it works...
     
    Tenaga produksi dihentam hebat pada awal musim ini apabila persembahan mereka tidak menepati citarasa penonton.Semua kualiti muzik Roslan Aziz dan juga gimik yang dipersembahkan dikutuk kejam (termasuk saya sendiri) tanpa belas kasihan.Apabila mendengar penjelasan Aznil semalam saya baru sedar.Sebenarnya penonton kini sudah pandai dan pintar dalam menilai AF.Mereka semakin bijak dan sentiasa mahukan sesuatu yang baru pada setiap musim.Sehinggakan setiap perubahan yang dibuat tidak boleh ada satu kesilapan.Ini menunjukkan penonton sudah sebati dengan AF.Setiap kejanggalan akan dinilai dari atas hingga ke bawah.
     
    Bagi saya,jika ada musim ke-6...AF perlu menampilkan pemuzik dan komposer sebagai pengkritik...Pemuzik dan Komposer biasanya tahu cara untuk mengunakan bakat yang ada pada seseorang.Mereka amat pintar untuk memanipulasi bakat tersebut untuk meletakkan seseorang itu di peringkat yang tinggi.Rata-rata pengkritik yang dijemput adalah penyanyi veteran.Bukannya mereka tidak profesional tetapi mereka mengkritik berdasarkan pengalaman mereka.Mereka harus sedar bahawa tidak semua orang memiliki bakat yang sama dengan mereka.Ada yang lain tetapi berkualiti....Di sinilah Pemuzik dan Komposer diperlukan...Kita berbalik kepada kritikan OGY sendiri...Entah tahun berapa punya style dia punya kritikan....
     
    bagi saya sendiri, samada perlu teruskan atau tidak...saya tidak dapat menjawabnya...Ada seribu satu sebab untuk mengatakan iya dan tidak....Saya berpendapat,....hentikan dulu buat seketika...mungkin 2 tahun...Biarkan kerinduan itu membuak-buak....Kerana...AF pasti tiada serinya tanpa Aznil....You still the best...
     
     
     
     
     

    Sunday, May 20, 2007

    Ulasan Konsert Akhir AF5 2007.......

    Saya sampai di Stadium pada jam 5.30 petang.I'm suppose to reach stadium putra early than that.Disebabkan lambat bangun,inilah jadinya.Biasalah,KL life......Keadaan di stadium tidak banyak berubah berbanding dengan Konsert-konsert final yang lepas.Saya tidak berniat untuk mengulas persembahan pelajar-pelajar daripada konsert semalam.Persembahan mereka memang tip top...Bagi saya sendiri,persembahan ini adalah yang terbaik daripada mereka...Kekuatan vokal candy dan mila memang terserlah pada malam itu.....Keghairahan Ebi juga memukau semua penonton.Di sini juga saya selitkan berberapa gambar yang sempat saya tangkap dengan kamera Handset saya.Sewaktu sampai,saya ada melihat kelibat JuanDanza dan juga Joe Lee.Segan nak tegur...takut diorang tak kenal saya....wakakakaka....
    Saya sendiri kurang berpuas hati dengan pengurusan pihak stadium apabila pintu untuk masuk ke dalam stadium lambat dibuka.Macam ikan kering dibuatnya.Siapa-siapa yang bawa awek memang habis kena raba semalam.Tapi saya baik.....heheheheh....Tetapi inikah layanan yang harus kita terima setelah menghabiskan wang ringgit untuk mengundi pelajar-pelajar AF????....
    Saya memilih tempat duduk di atas sekali.Ini untuk memudahkan saya melihat semua krew produksi menjalankan kerja mereka.Saja nak cari kesalahan orang.Hehehehehe....Berbanding dengan konsert-konsert yang lepas,biasanya saya duduk di arena.Tetapi kali ini memang ada hajat nak duduk di atas.Nak jerit sebanyak mana pun boleh....Sampai saya sendiri terjerit I Love You Mila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....................
    Saya melihat berberapa orang penonton ditegur kerana mengunakan kamera untuk mengambil gambar dan video.Krew Astro memang pantas....Setelah ditegur,memang cuak penonton semua...hehehehe...gambar saya ini saya curi-curi ambik....Ampun Astro!!!!!!
    Pembukaan konsert memang saya suka sekali.Memang mantap.Kehadiran pancaragam dan juga cheerleader memang memeriahkan suasana di stadium.Sikap sporting semua pemain pancaragam juga memang seronok.Macam best pula kalau saya sendiri yang dilambung oleh pasukan cheerleader pada malam itu....ahaks....
    Sepertimana yang saya jangka, letupan mercun memang terjadi pada awal konsert.Memang terkejut semua orang.Saya dah ready awal-awal....Heehehehe....Ini salah satu cara untuk memeriahkan konsert.Konsert Final setiap tahun memang ada letupan mercun.
    Kalau dilihat di dalam stadium,penyokong Mila memang ramai.Penyokong Ebi dengan warna kuning mereka.Banner-banner tergantung sana sini.Hehehehe....Saya tergelak semasa bekas2 pelajar membuat persembahan.Noni nampak tidak selesa dengan gaun yang dipakai.Sehingga beliau menendang-nendang gaun tersebut....Noni...Noni....
    Kesemua persembahan pelajar semalam memang sudah mencapai tahap terbaik mereka.Tidak perlu saya buat kritikan dan ulasan lagi.Mereka sudah sampai ke tahap akhir.Apa yang mereka buat adalah yang terbaik dari diri mereka.Persembahan Mila dan Candy memang mendapat perhatian ramai.Saya dapat mendengar orang-orang di sekeliling saya bercakap-cakap mengenai mereka.Mereka memang berpuas hati dengan persembahan mereka berdua....
    Setelah semua pelajar membuat persembahan, saya cukup tertarik hari apabila semua pelajar-pelajar dari musim pertama hingga ke lima datang untuk memberikan sokongan kepada aznil berkenaan dengan pengunduran diri beliau.Aznil memang kekuatan AF.Kita sendiri tidak dapat membayangkan tanpa dia di musim akan datang.

    Semua pelajar dari setiap musim juga membuat persembahan.Saya amat tertarik dengan semua koreagrafi yang ditonjolkan.Semuanya direkacipta oleh Linda Jasmine.Berbagai-bagai aksi.Memang puas hati...Melihat kepada koreagrafi sahaja saha dapat meneka pelajar ini dari musim yang ke berapa.Memang seronok tahap Gaban......
    Sememangnya kejuaraan Mila sudah dijangka pada malam itu.Mendengar sahaja jeritan semua penonton di stadium pun sudah tahu.Tetapi memang dia layak untuk menang pada malam itu.Tetapi saya tidak berpuas hati bagaimana Candy boleh mendapat tempat ke-5...Pengundi buta seni...This is how we determine how profesional the voters are.....
    Saya akan terus membuat ulasan untuk Debat dan Diari khas pada malam ini.Tentu banyak yang akan diperbincangkan pada malam ini.Apa yang pasti,kita ingin melihat siapa yang bakal mengantikan Aznil....Benarkah Kak Mah Gali bakal mengalas tanggungjawab ini????....Poyo la dia tu....
    Kemungkinan saya akan membuat ulasan berkenaan dengan rancangan Ikon pula selepas ini.Melihat kepada Promosi yang ditayangkan di Astro Ria, seperti ada sesuatu yang bakal ditonjolkan.Adakah ini rancangan untuk mengantikan AF???...Kita lihat nanti...

    Apa yang seronok pada kali ini,saya akan menyelitkan juga ulasan kehidupan saya di Kuala Lumpur.Pasti ramai yang ingin tahu...Semalam saya sempat mengambil banting AF di tepi jalan....hehehe...Nak buat kenangan....Memang cantik...Boleh gantung di bilik saya nanti...Tahniah pada Mila...Juara baru AF.....satu-satunya perempuan yang berjaya memecah kesunyian apabila kaum Hawa menjadi juara...Memang sudah saya katakan sejak awal musim lagi....Sila rujuk-rujuk post yang lepas....Tunggu ulasan saya esok berkenaan dengan Debat dan Diari Khas.....

    Update....

    Memang penat semalam...Balik dari konsert pun jam 3 pagi....Saya akan update tengah hari ini berkenaan Konsert Akhir AF semalam....I Love You Mila.....hehehehe

    Friday, May 18, 2007

    Kembalinya Pelajar Ke Masyrakat Luar.....

    Banyak persoalan yang muncul di fikiran saya apabila pelajar-pelajar kembali ke masyrakat luar nanti...
     
    1. Mampukah mereka mencabar populariti Mawi di luar sana?? - Jika juara seorang perempuan, mungkin Ya....
     
    2. Mampukah mereka bergelar penyanyi sepenuh masa dan tidak melibatkan diri dalam bidang lakonan.AF adalah platform untuk melahirkan penyanyi dan bukannya pelakon.Jika ada yang jadi pelakon macam Atie, AF sudah gagal....
     
    3.Berapa ramai yang mampu bertahan dengan sikap "anak emas" Maestro??? Berapa ramai yang akan menjejaki langkah seperti Atie,Azza,Nija,Amirul,Aidil,Nurul......Keluar daripada maestro setelah janji terhadap mereka dilanggar....
     
    Melihat kepada diari semalam...nampaknya Candy sudah kembali ke landasan asal....melihat kepada vokal beliau, nampaknya 90% daripada kekuatan asal telah pulih sepenuhnya.Saya benar-benar mengharapkan agar Candy dan Mila dapat membuat kejutan dalam konsert akhir esok.Setelah mengkaji semua pendapat-pendapat dalam Debat AF semalam, saya dapat simpulkan bahawa kejayaan AF adalah bergantung kepada juara yang bakal dicipta esok.Rata-rata setiap pembaharuan daripada Astro mengundang kontroversi pada masyrakat luar.Apa tidaknya, program ini melibatkan duit rakyat.Bukan main-main.Apa-apapun, tahniah pada Klubbkidd Joe Lee semalam.Opinion yang realistik.......
     
    Melihat kepada kajian yang di buat oleh SultanMuzaffar, nampaknya ramai mahukan Mila sebagai Juara AF....Bagi saya cuma ada dua orang pilihan saya.Mila & Candy....Hanya 2 orang ini sahaja yang mampu survive dalam industri hibutran tanahair.Nak harapkan si Aswad tu,...hmphhhhh......Harapkan simpati dalam pertandingan....Jika elemen simpati dibawa dalam pertandingan, di mana kredibiliti pertandingan itu sendiri.kalau saya, lebih baik Astro hantar sahaja semua kisah penyakit si Aswad tu ke rancangan "BERSAMAMU"....Mungkin lagi banyak dpat duit...Astro pun jadi kaya...hahahahaa.....best giler kutuk orang....
     
    I juz wanna say thanks to all my readers this season.Blog ini akan berjalan seperti biasa walaupun AF5 sudah tidak ke udara lagi.Penulisan saya lebih banyak tertumpu kepada isu-isu semasa tanahair dan juga kehidupan saya sebagai Programmer di KL.Tiada ulasan untuk esok.Saya akan berada di Kawasan Stadium Putra untuk menyaksikan Karnival AF di sana nanti.Tunggu posting hari Ahad nanti.All the best to you guys.... 
     
     

    Thursday, May 17, 2007

    North & South Pole.......

    Sebenarnya tidak ada yang begitu menarik dalam Diari malam semalam.Saya sendiri begitu hairan.Dah nak masuk hari terakhir pun masih kurengsssss.....Apa-apapun untuk peminat-peminat ulasan saya, saya akan teruskan juga.
     
    Apabila Datin Paduka Sharifah Mazlinda masuk ke dalam Akademi Fantasia, saya sendiri memang berbesar hati.Kalau boleh saya sendiri mahu berjumpa dengan beliau.Sememangnya kedatangan beliau pada kali ini memang memberikan impak besar kepada semangat pelajar-pelajar AF5.Saya amat tertarik berkenaan kenyataan beliau "Maruah terletak di muka".Ini membuatkan saya berfikir sejenak.Sememangnya benar dari segi fizikal.Kejayaan beliau menjejaki North dan South Pole memang menjadi kebangaan anak melayu tempatan.Kalau saya diberikan peluang, saya ingin menjadi lelaki pertama berenang dari Semenanjung malaysia ke Borneo.Hahahah!!!!
     
    Saya teringat pada Mawi satu ketika dulu ketika AF membuat transformasi terhadap imej dan penampilan pelajar-pelajar finalis.Semua pelajar berpeluang mendapat rekaan rambut yang baru tetapi tidak pada beliau.Pada kali ini Heliza pula.Oleh kerana bertudung, tiada sebarang rekaan dapat dibentuk.No offense here...Cuma satu ulasan.Kelas vokal pula melihat kepada penumpuan 300% oleh Cikgu Syafi kepada pelajar-pelajar finalis.Macam inilah yang kita mahukan.Takder la rugi kita bayar Yuran Pengajian pelajar-pelajar ini.Cikgu Adnan juga menjalankan tugas yang sama.memandangkan ada 3 hari lagi menjelang konsert Akhir.
    Dr. Fazley pula datang untuk melatih pelajr-pelajar berkenaan ilmu untuk berhadapan dengan wartawan setelah keluar akademi nanti.Ini memang penting.tahu-tahu lah wartawan zaman sekarang....Lain yang kita cakap,lain yang dia tulis....No offense yer....
     
    Sebenarnya saya tertanya-tanya siapakah yang bertanggungjawab menjaga semua posting "EKSPRESI" di dalam laman web rasmi akademi fantasia.Ini adalah antara mesej EKSPRESI yang sempat saya baca seawal jam 7 pagi.
    (17-Mei-2007) AngelWings: MR. CAM SUKA BETUL INTAI PELAJAR PEREMPUAN DALAM AKADEMI. GATAL BETUL!!  
    (17-Mei-2007) AngelWings: >>> EBI KORNELIS TAK PAYAH POYO DAN GEDIK DEPAN MR CAM UNTUK RAIH UNDI SIMPATI. DIA BUKAN CARI PUBLISITI MURAHAN. 
     
    Sekarang baru saya sendiri tahu apa kegunaan ruangan tersebut dalam laman Web Rasmi AF5.Hahahahahahaha...!!!!!! Anak sapa la nie...... 

    Wednesday, May 16, 2007

    Ulasan Diari....

    Lagu Tugasan Konsert Akhir AF5
    Aswad - Mata Hati Jiwa (Awie)
    Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) (Jinbara)
    Mila - Cinta Pura-Pura (Ezlynn)
    Candy - Dedebu Cinta (Misha Omar)
    Heliza - Cinta Boneka (D-va)
     
    Focus Kamera di AF semalam dalam Diari menumpukan 70% pada pelajar perempuan.Adakah ini satu promosi Astro menjadikan pelajar perempuan sebagai juara pada musim ini???
    Lagu-lagu di atas adalah lagu tugasan mereka.Ini belum lagi dikira lagu bonus dan lagu ciptaan baru untuk mereka.Apa-apapun,berdasarkan survey yang saya buat...pasti pelajar wanita menjadi juara pada kali ini.Undi dengan bijak.... AFUNDI MILA N CANDY...........

    Tuesday, May 15, 2007

    Ulasan Diari....

    Setelah melayari kebanyakan blog di malaysia.Rata-rata mahu mempromosikan Mila sebagai Juara baru AF5.Ini termasuk saya sendiri.Sya juga amat tertarik pada perwatakan pelajar ini.Ini adalah jenis-jenis perangai yang saya sendiri suka.SM sendiri menyatakan bahawa beliau menyokong Mila.

    Diari semalam melihat kepada perubahan drastik perangai pelajar di akademi.Si Heliza sudah mula menunjukkan perangai sebenar beliau.Minggu terakhir di akademi harus dipergunakan sebaiknya.member kita yang kejang otot macam biasalah, asyik nak sakit sahaja.Lepas habis AF nie konfom masuk hospital terus.


    Candy nampak begitu tertekan memandangkan sakit tekak beliau belum sembuh sepenuhnya.Seperti yang saya katakan sebelumnya, tiada alasan dalam satu pertandingan.Saya bukannya tidak menyokong Candy tetapi alasan sakit tekak itu satu alasan yang biasa.Walaupun sakit tekak, Candy masih mampu menari.Tak macam member kita tu...dah la dapat layanan VIP...Tak payah plak nak menari masa lagu Let's Dance 2gether dan Menuju Puncak..Sekali masa lagu joget, menari bagai nak rak...Apa hal lu brader...????...Anak Emas Astro ker aper...Masuk Hospital la....tak payah menari la....lepas nie jadi macam Mawi la.... 

    Saya masih ternanti-nanti lagu ciptaan baru yang bakal diberikan kepada pelajar.No more from Ajai.Saya sendiri dah bosan mendengar komposisi lagu beliau.Mungkin kali ini lebih baik kalau semua lagu berentak pop.Memandangkan rata-rata pelajar mempunyai kekuatan menyanyikan lagu pop.

    Saya sangat tertarik pada satu komen blog di
    Noumad.blogspot.com.What a nice thought!!!! This is what i want...Bloggers should dig out all of those hidden agenda by astro.Kelmarin baru sahaja saya menempah tiket ke Konsert Akhir AF5.Disebabkan kesibukan yang memanjang bulan ini,saya hanya dapat tempat duduk di Upper Tier.Ini mungkin bakal menjejaskan ulasan saya kerana jarak pandangan saya pasti tergugat.Andai sesiapa di luar sana yang murah hati memberikan saya satu tiket untuk duduk di Arena, you don't know how much i appreciate it...

    Sunday, May 13, 2007

    Ulasan Konsert 9 Akademi AF5



    Konsert pada kali adalah konsert yang paling mendebarkan.Tanda tanya banyak bermain di fikiran semua orang untuk mengetahui kejutan Astro seterusnya.Biasanya di konsert akhir menjelang Final,Astro memang terkenal dengan kejutan mereka.Saya sendiri tertanya-tanya berapakah pelar yang akan membuat persembahan di konsert final nanti.Konsert dimulakan dengan nyanyian lagu let's dance together oleh 5 orang pelajar.Aswad terpaksa direhatkan kerana mengalami masalah kesihatan.Vokal pelajar-pelajar agak tengelam pada awal konsert.Saya sendiri tidak pasti adakah masalah sistem audio ataupun lain-lain.Astro juga menampilkan 2 orang pengkritik jemputan iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan LoloQ.Pengumuman awal Aznil berkenaan penyingkiran pada malam tersebut juga membuatkan saya begitu berdebar-debar akan kejutan di akhir rancangan nanti.pheewwww.....


    Mungkin Langitmu Lebih Biru 8/10
    -Salah masuk pada permulaan lagu.Aswad sememangnya mempunyai lontaran vokal terbaik di antara pelajar-pelajar lelaki AF5.Penjiwaan dan penyampain yang sangat berjaya.Aswad juga mengusai nada tinggi dengan baik.I think the presentation will be better if he put more projection on his vocal.


    Ya atau Tidak 7/10

    - If she put more attitude on her vocal,the performance will be much greater.Great level of confidence.Heliza sudah tidak lagi kembali ke kepompong asal.This is what we want from a performer.But compare to last week performance,last week is better.Maybe it's because of the song.


    Bukan diriku 7/10

    -It's one of my favorite song now.Ebi got a problem with the tempo at the first verse of the song.Penekanan vokal yang kurang but still good.I think there's a bit "Rock Kapak" element when Ebi sing this song.Penjiwaan yang baik.Kurang mengawal vokal di bahagian korus.Penjiwaan Ebi membuatkan persembahan ini cemerlang.Simple but effective.


    Pudar 10/10

    -Bagi saya, ini adalah pilihan ideal seluruh rakyat malaysia untuk memilih Juara baru Akademi Fantasia.I got no comment for this outstanding performance.Bravo!!! Fantastic!!! Perfect!!! You go girl...!!!!!...kata dalam blog takder BF....

    Copacabana 5/10

    - Great vocal but not suit with the song.Shawal should put more "Latin" slang in pronouncing the lyrics.I didn't understand anything.It's a samba song but the characteris not there.Shawal macam syok sendiri sahaja.2 lampu biru yang diberikan oleh juri juga adalah lampu murahan.Apa nie??? kata profesional...rupanya ada lampu kasihan jugak...


    Cahaya Cinta 6/10

    - Now can somebody tell me what happend to this girl???....I wonder what happend to her vocal.Candy seolah-olah kehilangan kekuatan vocal beliau.Penjiwaan tidak terserlah.What happend to you girl???


    Best Duet Performance - Ebi And Mila

    Best Vocal - Mila

    Best Performance - Mila

    Voted Out - Shawal

    Bagi saya, gimik Astro di tengah dan akhir rancangan adalah satu gimik poyo...Kenapa harus mempertontonkan jumlah undi?? Ternyata sekali taktik kotor untuk meraih lebih banyak keuntungan daripada pengundi-pengundi di luar sana.Kini tinggal 5 lagi Finalis AF...Siapakah pilihan anda???...bagi saya...Hanya seorang pelajar sahaja yang layak menjadi juara pada kali ini....Beliau menunjukkan peningkatan yang paling ketara sepanjang musim ini....Saya akan berada di Stadium Putra Bukit Jalil pada minggu ini...Kita jumpa di sana...!!!!!!

    Pertaruhan Leo untuk bakal juara Musim ini....Mila...


    Friday, May 11, 2007

    Soalan Bangang Debat.......

    Saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan tajuk utama Debat AF semalam.Ini kerana topik Debat semalam adalah sangat menarik dan sangat subjektif.Saya melihat kesan positif dan kesan negatif adalah seimbang antara satu sama lain.Walaupun mendapat tentangan hebat daripada 2 orang wartawan, saya melihat kebanyakkan pemanggil dari luar rata-rata menyokong langkah pihak Astro melakukkan gimik di setiap persembahan mereka.Mungkin ada yang suka dan ada yang tidak.Kehadiran gimik sebenarnya memberikan keseronokan menonton AF...Kadang kala, kehadiran artis,kanak-kanak dan ibu bapa memang sesuatu yang positif sebenarnya.Jika ada di luar sana yang ingin membantah...Adakah Gimik Itu Satu Dosa Besar?????
    Mengapa saya memilih tajuk di atas...Soalan sms semalam adalah soalan yang paling bangang yang pernah saya dengar.Semua orang tahu bahawa keuntungan sms AF dikaut sepenuhnya oleh Astro.Mengapa soalan seperti ini diketengahkan.

    Jualan Tiket AF harus disalurkan ke mana??? A. Kebajikan B. Biasiswa Astro.....
    Jika difikirkan kembali, mengapa option B itu diwujudkan...Biasiswa Astro????...aliran duit di dalam Astro adalah sama tidak kira ada keluar ataupun masuk.Samada disalurkan ke dalam Biasiswa Astro atau tidak, saya fikir sama sahaja kerana duit itu masuk ke tangan orang yang sama iaitu astro.Contoh lah saya ada sebuah akaun bank....Duit di dalam bank ada RM15,000....Dan saya sendiri ada bajet bulanan seperti Biasiswa dan Makan....Keluar masuk duit adalah melalui akaun yang sama...Jika saya menerima wang melalui sms, saya tetap akan mengunakan wang di dalam akaun yang sama!!!......maksudnya duit yang sama kerana itu sudah menhadi rutin akaun saya...Anda faham bukan...
    Option kedua itu memang bangang....Saya fikirkan Astro harus memikirkan soalan tinjauan yang lebih rasional di Rancangan Debat AF minggu depan...Tapi...betul ker duit tu akan masuk ke Tabung Kebajikan....Siapa tahu kan....Only God Knows....

    Wednesday, May 9, 2007

    Belia Benci Dadah....

    Lawatan Menteri Belia Dan Sukan sememangnya satu langkah baik Astro bagi mendapatkan sokongan daripada pihak kerajaan.Bagi saya ini satu bukti bahawa AF adalah program yang mendapat perhatian daripada kerajaan memandangkan ianya salah satu pengerak ekonomi negara pada masa kini.
     
    Walaupun mungkin ada yang tidak suka, kita sebagai rakyat malaysia harus sedar dengan cara ini saja kita dapt bersatu padu.Pemimpin turun padang.Jika setiap Artis AF daapt melaungkan slogan Belia Benci Dadah, saya sendiri berpendapat gejala dadah di negara kita pasti dapat dikurangkan.Artis yang biasa menjadi role model kepada kebanyakan golongan remaja masa kini.
     
    Mungkin lebih baik jika semua golongan di malaysia memainkan peranan masing-masing dalam membenteras dadah.Jika mereka di AF sudah menjalan tanggungjawab mereka, anda bila lagi?......

    Tuesday, May 8, 2007

    Seronok Melihat Gelagat Pelajar....

    Memang seronok melihat gelagat pelajar semasa Fasha Sandha datang melawat mereka.Terutama sekali semasa Ebi ditugaskan untuk berlakon dengan beliau."PA Boss"???....Apa yang paling kelakar adalah bila Ebi cakap urusan berkenaan dengan pembinaan jambatan.Memang meletup saya tergelak di rumah.Shawal tidak mempergunakan peluang sebaiknya semasa lawatan Fasha Sanda...Melepas lagi budak tu....
    Permainan Dr. Love pada hari ini..pasang helikopter...hmmm...memang bagus untuk menguji IQ pelajar tetapi saya rasa itu terlalu keanak-anakan...Mungkin jika dilihat dari sudut keseronokan,ianya memang patut.Kadang-kala kita perlu selitkan elemen sebegini untuk menyegarkan IQ kita.
    Nampaknya Shawal tertekan dengan persembahan beliau di sepanjang musim ini.Apa tidaknya, semua pelajar telah mendapat kredit hasil daripada persembahan mereka kecuali shawal.Tekanan seperti ini boleh menganggu kosentrasi beliau.Apa yang menakutkan lagi,Shawal berada di tangga kedua terbawah selepas Dafi minggu lepas.Apa yang pasti,pada minggu ini seorang lagi yang akan menjadi mangsa.....Jalankan tanggungjawab anda...Seperti yang saya katakan dalam post yang lepas, Akademi Fantasia is for all Malaysian......

    Monday, May 7, 2007

    1 anak tangga lagi....

    Tinggal satu anak tangga lagi untuk melangkah ke peringkat akhir Musim kali ini.Siapakah yang bakal menjadi mangsa undian sms pada minggu ini?..Apa yang istimewa, pemberian lagu sudah dijalankan dan satu kelainan telah ditonjolkan.Persembahan nyanyian secara duet pada kali ini memang lain dari yang lain.Apa yang seronok,seisi latihan di AF pasti berbeza berbanding dengan minggu-minggu yang lepas.Setiap pasangan pasti akan cuba memberikan saingan antara satu sama lain dan mencari kelainan.Konflik pasti timbul dan ini akan menghangatkan suasana....
     

    Aswad - Langit Biru (Mawi)
    Ebi - Bukan Diriku (Samsons)
    Shawal - Copacabana (Barry Manilow)
    Candy - Cahaya Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
    Heliza - Ya Atau Tidak (Erra Fazira)
    Mila - Pudar (Rossa)

    Heliza/Aswad - Joget Cinta Sakti (Rosma feat Haziq)
    Ebi/Mila - My Heart (Irwansyah/Acha)
    Candy/Shawal - Menari Denganku (Sarah feat Zahid)

    Sunday, May 6, 2007

    Ulasan Konsert 8 AF5.....


    Kelainan untuk konsert pada kali ini tidak ditunjukkan pada pembukaan konsert.Saya juga tertanya-tanya adakah kelainan lain yang bakal ditunjukkan dalam konsert pada kali ini.Sangkaan saya memang tepat apabila kelainan ditunjukkan pada setia persembahan pelajar AF.Apa yang istimewa adalah,trademark pelajar-pelajar yang telah tersingkir dilaungkan oleh pelajar yang masih tinggal.Carta awal juga menunjukkan pelajar lelaki menguasai kedudukan teratas.Saya merasa cukup lega apabila Aznil mengumumkan yang tiadanya AFMASUK pada musim ini hasil daripada bicara Debat AF pada khamis lepas.Syabas Astro!!! kerana mengambil kira suara hati setiap peminat Akademi Fantasia.Loloq pula mengisi kekosongan kerusi panas Pengkritik jemputan AF pada kali ini.I wonder what did he knows about vocal beside Lyrics...Hehehehehe...

    Dafi - It's Gonna Be Me 5/10
    -Penampilan istimewa Korie dan Cikgu Raimee.Memang sporting.Vocal Dafi sememangnya amat sesuai dengan lagu ini.If he put more attitude on his vocal as the way he move,i think this presentation will be more fantastic.Kadang-kala kekasaran dalam vokal juga membantu seorang penyanyi dalam persembahan.Lihat sahaja Agnes Monica dalam lagu Tak ada logika.Vokal harus seiring dengan jenis lagu.
    Mila - Aku takkan bersuara 8/10
    -Penampilan istimewa Koir Jari Jemari semalam sebenarnya tidak menampakkan impak yang maksima terhadap persembahan Mila.Memiliki tone yang istimewa tetapi banyak terkucil di sesetengah bahagian Chorus.Teringat saya pada Farah AF2,terjerit-jerit sana-sini.Penjiwaan Mila juga bagus dan seiring dengan vokal beliau.
    Ebi - Kisah kau dan aku 7/10
    - Penampilan isitimewa Kak Yam dan Nila Kurnia pada awal dan akhir konsert.Memang melucukan aksi kejar-mengejar Ebi dan Kak Yam.Dengan penampilan rambut AFRO,Ebi menunjukkan kelainan pada vokal dan gerakan agresif beliau di atas pentas.Vokal beliau lebih banyak attitude dan lebih banyak soul.Semangat yang meluap-luap dapat dilihat dalam menyalurkan tenaga melalui persembahan.
    Candy - Perhaps Perhaps Perhaps 8/10
    -Kekuatan Candy dalam vokal beliau memang tidak dapat disangkal lagi.Penampilan istimewa Safura a.k.a Rokiah Ronggeng juga menguatkan lagi persembahan Candy.Jika ditambah lagi elemen keseksian dalam persembahan terutama pada lenggok badan,saya fikir persembahan akan jadi lebih mantap.
    Shawal - Kaulah Segalanya 7/10
    -Penampilan Prof. Razak tidak mendatangkan apa-apa gimik yang istimewa bagi saya.Memiliki penjiwaan yang baik membuatkan Shawal menguasai keseluruhan lagu ini termasuk dalam lontaran vokal jantan beliau.Penyampaian Shawal juga berjaya di saat awal hingga akhir persembahan.Berada di tahap 70% sempurna dalam persembahan.
    Heliza - Kesal 9/10
    -Persembahan yang saya tunggu pada kali ini.Gadis bertudung berimej rock.Penampilan istimewa Farid Kamil dan Norlia Ghani.Saya dapat merasakan tenaga rock disalurkan dalam vokal dan gerakan beliau.Ini barulah saya katakan tidak "KONTROL CANTIK".Keluar daripada kepompong asal dan mencuba sesuatu yang baru.Saya amat bersetuju dengan kenyataan Hattan.Rock pakai tudung is OK what!!!!!....
    Aswad - Korban Cinta 8.5/10
    -Penampilan artis-artis di bawah naungan Astro melalui VT.Lontaran vokal yang terbaik pada malam tersebut.Tone yang dapat didengar seketul-seketul.Lagu ini seolah-olah direkacipta untuk Aswad.Penjiwaan yang amat berjaya kerana walaupun berada di tengah-tengah pentas sepanjang masa,saya dapat merasakan ruang-ruang kosong pentas dapat diisi oleh lontaran jiwa Aswad.


    Bonus Song - Both boys and girls are good.
    Best Vocal - Aswad,Candy,Heliza,Mila
    Best Performance - Heliza
    Pelajar Tersingkir - Dafi....at last...


    Pengunduran diri oleh Aznil sememangnya sudah diketahui oleh ramai peminat sejak daripada awal musim lagi.Majalah Aksi AF juga ada menyatakan gosip ini pada awal musim.Saya sendiri tidak menafikan 50% daripada kekuatan AF adalah hasil daripada titik peluh Aznil sendiri.Beliau yang memulakan AF dan menerajui program ini sehingga menjadi Program Realiti No 1 di Malaysia.Pernahkah anda membayangkan AF tanpa Aznil...Saya tidak pernah...Mungkinkah disebabkan oleh gosip-gosip liar dan kritikan luaran menyebabkan Aznil menarik diri...ataupun ini keputusan Astro sendiri???....Aznil ada menyatakan bahawa beliau ingin memberikan laluan kepada bakat-bakat muda untuk menerajui program ini.Masalahnya, saya sendiri belum dapat melihat bakat sebagus Aznil sendiri. Jika ini adalah keputusan beliau sendiri,kita harus menghormati beliau.Mungkin Aznil ada rencana sendiri di luar sana.5 tahun bersama Akademi Fantasia melihat kepada perubahan yang drastik kepada karier Aznil sendiri.Kita sendiri sedia maklum hilangnya Aznil seketika pada masa lalu dan muncul kembali dan menuju ke puncak dengan adanya AF.Siapa pula yang bakal menerajui AF di musim-musim mendatang...???...Apa yang saya benar-benar pasti, AF pasti ada kekurangannya bila Aznil tiada lagi di atas pentas........All the best to you Aznil.....

    /* Ulasan seterusnya.....Tribute To Aznil....Tunggu....*/

    Friday, May 4, 2007

    AFMASUK....From My View....

    Sebelum saya mengulas topik ini,mari kita berbalik pada "Janji Asal" Astro kepada peminat setia AF. "Pergi Tidak Kembali".Astro membuat perjanjian pada awal musim ini yang tiadanya AFMASUK.Jika kata-kata sedemikian telah digembar-gemburkan,mengapa persoalan seperti ini diungkitkan kembali di dalam Debat AF?....Merujuk kepada jawapan Aznil pada Debat AF semalam, ramai peminat di luar sana yang inginkan AFMASUK diadakan semula.Jika kenyataan ini benar, tell me what kind of methodology that Astro use to get that infrormation.Where is the figure???.What about the fans who don't agree with AFMASUK at all??...There must be a figure man.....Show us....
     
    Di sini saya menyatakan berberapa pendapat saya megenai AFMASUK.Pada pendapat saya, kenyataan awal aznil semasa Diya terkeluar daripada AF adalah satu taktik awal Astro untuk menarik kembali semua pengundi-pegundi yang hilang kepercayaan dengan AF.Apa tidaknya,semua kejutan-kejutan yang diberikan oleh Astro tidak menepati citarasa penonton langsung pada musim-musim lepas.ATAU....adakah mungkin jumlah undian yang diraih ileh Astro pada musim ini semakin menurun berbanding musim-musim lepas????? Melihat kepada statistik yang dibuat oleh Aksi AF, jumlah undian semakin menurun sejak AF3 lagi...Adakah desakan ini menjadikan Astro terpaksa melanggar janjinya???? U decide.....
     
    Di sini saya merasakan, konsep AFMASUK perlu dilihat daripada pelbagai perspektif yang berbeza agar semua kesan negatif dan positif dapat dianalisis dengan jelas.Berikut adalah analisis yang saya jalankan semasa Debat AF semalam.
     
    Keadilan
    -Sememangnya tidak adil bagi "pelajar yang tidak dapat masuk semula ke dalam AF" dan juga "pelajar yang masih berada di dalam AF" jika konsep AFMASUK ini diteruskan.Saya melihat AFMASUK ini adalah sama dengan konsep politik orang zaman sekarang tetapi cuma penonton tidak sedar.Keadaan ini boleh disamakan dengan "MENAIKI LIF POLITIK".Orang lama tercungap-cungap untuk sampai ke kemuncak.Tiba-tiba muncul orang baru yang mempunyai "Pengaruh Politik" yang kuat - dengan tidak semena-mena dapat sampai ke kemuncak dengan mudah. Apabila melihat contoh situasi seperti ini...Di manakah keadilan??? Adakah ini sudah menjadi satu penyakit dalam masyrakat Malaysia....???
     
    Bakat
    -Dalam Debat AF semalam,salah seorang pendebat mengatakan "Kalau benar-benar dia berbakat,apa salahnya mereka diserap masuk kembali ke dalam AF".Persoalannya di sini, adakah mereka yang lain itu tidak berbakat.Berbalik kepada pemilihan asal pelajar AF,mereka dipilih oleh juri profesional dan mereka yang terpilih memang berbakat berdasarkan kepada analisis profesional.Berbeza dengan konsep AFMASUK,Jari pula menjadi juri.Masalahnya, berapa ramai mereka di luar sana yang "Bertaraf Profesional" dan mampu menilai bakat pelajar yang bakal diserap masuk??? Jika benar peminat di luar sana bijak memilih,apa pula jawapan jika saya bertanya "Apa sudah jadi pada Rosma,Zarina,Linda,Idayu dan Sahri semasa persaingan AF??" adakah pengundi benar-benar bijak sehinggakan mereka yang berbakat luar biasa ini terkeluar daripada persaingan..???? Jika mereka di luar sana memang bijak mengundi, mengapa mereka terkeluar???? Siapa yang mampu jawab semua ini???
     
    Kenegerian
    - Perspektif kenegerian sememangya sudah menjadi lumrah hidup di malaysia malah di serata dunia.Ini realiti.Pelajar yang berasal dariapda sabah tentulah disokong oleh pengundi-pengundi daripada sabah.Pelajar daripada penang pula,tentulah orang penang sokong.Di samping aspek kenegerian, aspek perkauman dan keagamaan juga timbul.Saya masih teringat satu topik dalan Forum Rasmi AF2 dahulu,"Patut ker non-muslim menang lagi??" .Topik ini menjadi isu hangat sehinggakan moderator terpaksa menutup topik tersebut untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku.Saya tidak berniat untuk melaga-lagakan sesiapa di sini (termasuk mereka yang muslim).Tetapi jika elemen-elemen seperti ini diterapkan ke dalam AFMASUK, di mana kredibiliti dan maruah "AFMASUK" itu sendiri???.....Kita semua rakyat malaysia...bangun dan jatuh di atas satu nama...Malaysia...bukannya atas dasar keagamaan dan perkauman...
     
    Melihat kepada semua perspektif di atas, lebih banyak unsur-unsur negatif berbanding dengan unsur negatif.Saya berharap Astro masih ingat kepada janji awal mereka..."NO AFMASUK THIS SEASON"....Jangan sampai kami hilang kepada AKADEMI FANTASIA itu sendiri.................Saya ingin memulakan kempen "NO AFMASUK"....bloggers united...u know what u have to do!!!!!!
     
    /* Saya ada menerima berberapa e-mel yang mengkritik saya dan mengatakan saya membuang masa saya mengkritik dan mengulas AF.Ada yang mengatakan saya ini rakyat yang bodoh.AF telah menjadi salah satu faktor pergerakan ekonomi malaysia yang mana wang ringgit digerakkan melalui SMS.Sebagai rakyat yang prihatin dan memiliki wang tersebut, salahkah saya mengulas isu-isu berkaitan AF ini???...Now u tell me how patriotic you are.....*/

    Thursday, May 3, 2007

    I'm On Holiday....

    Sorry for the late update...I'm taking a short break for 2 days...Holiday....Sometimes we need time to heal our brain...There's nothing so special about AF diary for the past 3 days...I'll give you all my thoughts about AF tommorow morning.Here's the list of AF student's assignment this week...

    Aku Takkan Bersuara - Nike Ardilla :  Mila
    Jangan Cepat Marah - Aznil Nawawi :  Semua Pelajar (L)
    Wajah Rahsia Hati - Fauziah Ahmad Daud :  Semua Pelajar (P)
    Perhaps Perhaps Perhaps - Lila Downs : Candy
    It's Gonna Be Me - N'Sync :  Dafi
    Kaulah Segalanya - Hazrul Nizam :  Shawal
    Kisah Kau Dan Aku - Alleycats :  Ebi
    Kesal - Ella :  Heliza
    Korban Cinta - Aris Ariwatan :  Aswad
     
    /* Tak sabar mengulas diari untuk esok...AFMASUK?????....Di mana Ketelusan ASRTO???? AFMASUK menjadikan Pelajar jadi kutukan di luar sana..........Tunggu ESOK....

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google