Saya sampai di Stadium pada jam 5.30 petang.I'm suppose to reach stadium putra early than that.Disebabkan lambat bangun,inilah jadinya.Biasalah,KL life......Keadaan di stadium tidak banyak berubah berbanding dengan Konsert-konsert final yang lepas.Saya tidak berniat untuk mengulas persembahan pelajar-pelajar daripada konsert semalam.Persembahan mereka memang tip top...Bagi saya sendiri,persembahan ini adalah yang terbaik daripada mereka...Kekuatan vokal candy dan mila memang terserlah pada malam itu.....Keghairahan Ebi juga memukau semua penonton.Di sini juga saya selitkan berberapa gambar yang sempat saya tangkap dengan kamera Handset saya.Sewaktu sampai,saya ada melihat kelibat JuanDanza dan juga Joe Lee.Segan nak tegur...takut diorang tak kenal saya....wakakakaka....
Saya sendiri kurang berpuas hati dengan pengurusan pihak stadium apabila pintu untuk masuk ke dalam stadium lambat dibuka.Macam ikan kering dibuatnya.Siapa-siapa yang bawa awek memang habis kena raba semalam.Tapi saya baik.....heheheheh....Tetapi inikah layanan yang harus kita terima setelah menghabiskan wang ringgit untuk mengundi pelajar-pelajar AF????....Saya memilih tempat duduk di atas sekali.Ini untuk memudahkan saya melihat semua krew produksi menjalankan kerja mereka.Saja nak cari kesalahan orang.Hehehehehe....Berbanding dengan konsert-konsert yang lepas,biasanya saya duduk di arena.Tetapi kali ini memang ada hajat nak duduk di atas.Nak jerit sebanyak mana pun boleh....Sampai saya sendiri terjerit I Love You Mila!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....................Saya melihat berberapa orang penonton ditegur kerana mengunakan kamera untuk mengambil gambar dan video.Krew Astro memang pantas....Setelah ditegur,memang cuak penonton semua...hehehehe...gambar saya ini saya curi-curi ambik....Ampun Astro!!!!!!Pembukaan konsert memang saya suka sekali.Memang mantap.Kehadiran pancaragam dan juga cheerleader memang memeriahkan suasana di stadium.Sikap sporting semua pemain pancaragam juga memang seronok.Macam best pula kalau saya sendiri yang dilambung oleh pasukan cheerleader pada malam itu....ahaks....Sepertimana yang saya jangka, letupan mercun memang terjadi pada awal konsert.Memang terkejut semua orang.Saya dah ready awal-awal....Heehehehe....Ini salah satu cara untuk memeriahkan konsert.Konsert Final setiap tahun memang ada letupan mercun.Kalau dilihat di dalam stadium,penyokong Mila memang ramai.Penyokong Ebi dengan warna kuning mereka.Banner-banner tergantung sana sini.Hehehehe....Saya tergelak semasa bekas2 pelajar membuat persembahan.Noni nampak tidak selesa dengan gaun yang dipakai.Sehingga beliau menendang-nendang gaun tersebut....Noni...Noni.... Kesemua persembahan pelajar semalam memang sudah mencapai tahap terbaik mereka.Tidak perlu saya buat kritikan dan ulasan lagi.Mereka sudah sampai ke tahap akhir.Apa yang mereka buat adalah yang terbaik dari diri mereka.Persembahan Mila dan Candy memang mendapat perhatian ramai.Saya dapat mendengar orang-orang di sekeliling saya bercakap-cakap mengenai mereka.Mereka memang berpuas hati dengan persembahan mereka berdua.... Setelah semua pelajar membuat persembahan, saya cukup tertarik hari apabila semua pelajar-pelajar dari musim pertama hingga ke lima datang untuk memberikan sokongan kepada aznil berkenaan dengan pengunduran diri beliau.Aznil memang kekuatan AF.Kita sendiri tidak dapat membayangkan tanpa dia di musim akan datang. Semua pelajar dari setiap musim juga membuat persembahan.Saya amat tertarik dengan semua koreagrafi yang ditonjolkan.Semuanya direkacipta oleh Linda Jasmine.Berbagai-bagai aksi.Memang puas hati...Melihat kepada koreagrafi sahaja saha dapat meneka pelajar ini dari musim yang ke berapa.Memang seronok tahap Gaban...... Sememangnya kejuaraan Mila sudah dijangka pada malam itu.Mendengar sahaja jeritan semua penonton di stadium pun sudah tahu.Tetapi memang dia layak untuk menang pada malam itu.Tetapi saya tidak berpuas hati bagaimana Candy boleh mendapat tempat ke-5...Pengundi buta seni...This is how we determine how profesional the voters are..... Saya akan terus membuat ulasan untuk Debat dan Diari khas pada malam ini.Tentu banyak yang akan diperbincangkan pada malam ini.Apa yang pasti,kita ingin melihat siapa yang bakal mengantikan Aznil....Benarkah Kak Mah Gali bakal mengalas tanggungjawab ini????....Poyo la dia tu.... Kemungkinan saya akan membuat ulasan berkenaan dengan rancangan Ikon pula selepas ini.Melihat kepada Promosi yang ditayangkan di Astro Ria, seperti ada sesuatu yang bakal ditonjolkan.Adakah ini rancangan untuk mengantikan AF???...Kita lihat nanti... Apa yang seronok pada kali ini,saya akan menyelitkan juga ulasan kehidupan saya di Kuala Lumpur.Pasti ramai yang ingin tahu...Semalam saya sempat mengambil banting AF di tepi jalan....hehehe...Nak buat kenangan....Memang cantik...Boleh gantung di bilik saya nanti...Tahniah pada Mila...Juara baru AF.....satu-satunya perempuan yang berjaya memecah kesunyian apabila kaum Hawa menjadi juara...Memang sudah saya katakan sejak awal musim lagi....Sila rujuk-rujuk post yang lepas....Tunggu ulasan saya esok berkenaan dengan Debat dan Diari Khas.....
6 Comments:
I love u LEO.. ;p
Mila mana lak nie???
mila deserve it .. congrats mila .. wazzup wazzup
kalau i tahu ada karnival,tentu i turun KL gak.Tahniah mila
Leo....yes...Mila deserved to win...she was awesome!
and...suara candy mmg powerful..tapi kadang2 sounds keras sgt...dia kena bynk improve on her vocal controls (mengikut kata2 pengetua & cikgu2 semasa sesi evaluation dlm xtended diari....style singing dia ok utk stage show tapi kalau buat album pengetua kata out....so candy kena terus blaja sebab suara dia ok...dan dia jugak kena improve on her 'feel' semasa membawa sesebuah lagu...penghayatan dia kureng b'banding dgn mila..
Elo Leo.... saya memang setuju juga si mila yang menang. Tetapi kesian bah si Candy. Macam nda adil bagi miss konsisten kita.
Ya la tu harman...kita tengok siapa dulu kluar album...
Post a Comment
<< Home