Sebelum saya mengulas topik ini,mari kita berbalik pada "Janji Asal" Astro kepada peminat setia AF. "Pergi Tidak Kembali".Astro membuat perjanjian pada awal musim ini yang tiadanya AFMASUK.Jika kata-kata sedemikian telah digembar-gemburkan,mengapa persoalan seperti ini diungkitkan kembali di dalam Debat AF?....Merujuk kepada jawapan Aznil pada Debat AF semalam, ramai peminat di luar sana yang inginkan AFMASUK diadakan semula.Jika kenyataan ini benar, tell me what kind of methodology that Astro use to get that infrormation.Where is the figure???.What about the fans who don't agree with AFMASUK at all??...There must be a figure man.....Show us....
Di sini saya menyatakan berberapa pendapat saya megenai AFMASUK.Pada pendapat saya, kenyataan awal aznil semasa Diya terkeluar daripada AF adalah satu taktik awal Astro untuk menarik kembali semua pengundi-pegundi yang hilang kepercayaan dengan AF.Apa tidaknya,semua kejutan-kejutan yang diberikan oleh Astro tidak menepati citarasa penonton langsung pada musim-musim lepas.ATAU....adakah mungkin jumlah undian yang diraih ileh Astro pada musim ini semakin menurun berbanding musim-musim lepas????? Melihat kepada statistik yang dibuat oleh Aksi AF, jumlah undian semakin menurun sejak AF3 lagi...Adakah desakan ini menjadikan Astro terpaksa melanggar janjinya???? U decide.....
Di sini saya merasakan, konsep AFMASUK perlu dilihat daripada pelbagai perspektif yang berbeza agar semua kesan negatif dan positif dapat dianalisis dengan jelas.Berikut adalah analisis yang saya jalankan semasa Debat AF semalam.
Keadilan
-Sememangnya tidak adil bagi "pelajar yang tidak dapat masuk semula ke dalam AF" dan juga "pelajar yang masih berada di dalam AF" jika konsep AFMASUK ini diteruskan.Saya melihat AFMASUK ini adalah sama dengan konsep politik orang zaman sekarang tetapi cuma penonton tidak sedar.Keadaan ini boleh disamakan dengan "MENAIKI LIF POLITIK".Orang lama tercungap-cungap untuk sampai ke kemuncak.Tiba-tiba muncul orang baru yang mempunyai "Pengaruh Politik" yang kuat - dengan tidak semena-mena dapat sampai ke kemuncak dengan mudah. Apabila melihat contoh situasi seperti ini...Di manakah keadilan??? Adakah ini sudah menjadi satu penyakit dalam masyrakat Malaysia....???
Bakat
-Dalam Debat AF semalam,salah seorang pendebat mengatakan "Kalau benar-benar dia berbakat,apa salahnya mereka diserap masuk kembali ke dalam AF".Persoalannya di sini, adakah mereka yang lain itu tidak berbakat.Berbalik kepada pemilihan asal pelajar AF,mereka dipilih oleh juri profesional dan mereka yang terpilih memang berbakat berdasarkan kepada analisis profesional.Berbeza dengan konsep AFMASUK,Jari pula menjadi juri.Masalahnya, berapa ramai mereka di luar sana yang "Bertaraf Profesional" dan mampu menilai bakat pelajar yang bakal diserap masuk??? Jika benar peminat di luar sana bijak memilih,apa pula jawapan jika saya bertanya "Apa sudah jadi pada Rosma,Zarina,Linda,Idayu dan Sahri semasa persaingan AF??" adakah pengundi benar-benar bijak sehinggakan mereka yang berbakat luar biasa ini terkeluar daripada persaingan..???? Jika mereka di luar sana memang bijak mengundi, mengapa mereka terkeluar???? Siapa yang mampu jawab semua ini???
Kenegerian
- Perspektif kenegerian sememangya sudah menjadi lumrah hidup di malaysia malah di serata dunia.Ini realiti.Pelajar yang berasal dariapda sabah tentulah disokong oleh pengundi-pengundi daripada sabah.Pelajar daripada penang pula,tentulah orang penang sokong.Di samping aspek kenegerian, aspek perkauman dan keagamaan juga timbul.Saya masih teringat satu topik dalan Forum Rasmi AF2 dahulu,"Patut ker non-muslim menang lagi??" .Topik ini menjadi isu hangat sehinggakan moderator terpaksa menutup topik tersebut untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku.Saya tidak berniat untuk melaga-lagakan sesiapa di sini (termasuk mereka yang muslim).Tetapi jika elemen-elemen seperti ini diterapkan ke dalam AFMASUK, di mana kredibiliti dan maruah "AFMASUK" itu sendiri???.....Kita semua rakyat malaysia...bangun dan jatuh di atas satu nama...Malaysia...bukannya atas dasar keagamaan dan perkauman...
Melihat kepada semua perspektif di atas, lebih banyak unsur-unsur negatif berbanding dengan unsur negatif.Saya berharap Astro masih ingat kepada janji awal mereka..."NO AFMASUK THIS SEASON"....Jangan sampai kami hilang kepada AKADEMI FANTASIA itu sendiri.................Saya ingin memulakan kempen "NO AFMASUK"....bloggers united...u know what u have to do!!!!!!
/* Saya ada menerima berberapa e-mel yang mengkritik saya dan mengatakan saya membuang masa saya mengkritik dan mengulas AF.Ada yang mengatakan saya ini rakyat yang bodoh.AF telah menjadi salah satu faktor pergerakan ekonomi malaysia yang mana wang ringgit digerakkan melalui SMS.Sebagai rakyat yang prihatin dan memiliki wang tersebut, salahkah saya mengulas isu-isu berkaitan AF ini???...Now u tell me how patriotic you are.....*/
2 Comments:
I AM NO BLOGGER BUT I SUPPORT NO "AFUNDI MASUK".
setuju sangat NO AFUNDI MASUK, unfair to pelajar lain.for me, kalau orang tu berbakat,tp terkeluar awal,because of character diorang sendiri.pengundi menilai pada character dan bakat. yang dapat masuk ke final pun sebab ade pleasant attitude.
Post a Comment
<< Home