follow me on Twitter

    Monday, May 21, 2007

    Ulasan Debat Akhir AF5.....

    Sorry for the late Update...Saya terlibat dengan satu event yang besar pagi tadi..membabitkan 1.3 juta orang tadi...Segalanya telah selesai dan masanya untuk berehat seketika....Phewwwww...Ini adalah ulasan terakhir saya untuk AF5...perlu meneruskan penulisan dengan topik-topik yang lain....
     
    Perlukah AF diteruskan????....
     
    Debat akhir semalam melihat kepada perdebatan yang terhebat dalam musim ini.Tetamu yang dijemput pu  bukan calang-calang orangnya.Linda Onn sebagai pengacara sementara pada seisi tersebut memandang Aznil tidak lagi dalam keluarga AF.Topik ini adalah satu langkah berani mati oleh Astro.Tetapi ianya bagus kerana diperbincangkan dihadapan public.Fazley,Mila AF5,Aznil,Zahid AF2,Rudy Imran,Dr. Azahar dan Khir Rahman adalah tetamu yang memanaskan kerusi pendebat pada seisi tersebut.
     
    Bercakap mengenai realiti VS kualiti, saya berpendapat corak undian sepanjang AF adalah tidak berdasarkan kualiti seseorang.Sepanjang 5 musim berlangsung, kualiti seseorang itu dibayangi oleh realiti.Maksud saya adalah personaliti melebihi bakat sebenar.Kita lihat Mawi....Vokal Mawi sebenarnya tidak sehebat mana...Tetapi personaliti beliau yang menarik membuatkan dia raja segala raja di dalam AF.Berbalik kepada objektif asal AF...pencarian bakat nyanyian....Anda sudah sedar????....Apabila Fazley mengatakan AF itu mendidik penonton untuk memilih, saya teringat Idayu....Adakah pengundi benar-benar terdidik sehingga pelajar yang memiliki vokal yang hebat ini tersingkir....???????....Anak sapa la nie....
     
    Saya bersetuju dengan Khir Rahman apabila dia mengatakan AF itu bukan sesuatu yang subjektif kerana AF itu memiliki Objektif dan matlamat yang tersendiri.Apabila dilihat dari segi penonton barulah ianya dikatakan subjektif tetapi hanya pada penonton sahaja dan tidak pada program itu sendiri.Apabila pegundi yang diberikan kuasa luar biasa dalam memilih Bakat mereka mereka semakin manja kerana undian yang dibuat terlalu subjektif.You can choose anyone you want....Dan lahirlah satu lagi golongan yang tidak harus hadir dalam industri hiburan....Pengundi Buta Seni....Apabila Aznil mengatakan AF itu adalah reflektif kehidupan kita,ada kebenarannya juga.Kita mampu menilai bakat orang dan mampu menilai kemampuan kita dalam memilih bakat yang kita sukai.Jika kita mengundi pelajar yang tiada kualiti,itulah diri kita yang sebenarnya.Sedar tak....
     
    Bercakap mengenai adakah benar AF itu merosakkan industri???...Kita berbalik kepada objektif asal AF...sememangnya AF mewarnai dunia seni kita pada zaman kini...memang kita akui, dunia seni memang banyak warna...banyak bakat yang dapat dikeluarkan dalam pelbagai genre dan style...Samada merosakkan atau tidak, kita jawab sendiri...Kadang kala saya sendiri tertanya-tanya pada diri saya sendiri....AF pasti ada matlamatnya sebenarnya....Apakah matlamat sebenar AF..???...Adakah matlamat itu sudah tercapai...??? jika sudah tercapai, mengapa harus kita teruskan lagi??....Jika belum, apa yang dicari......pening....!!!
     
    Kualiti juga dilihat semakin menurun setiap musim.Dalam AF2 dan AF3, kita seolah-olah tidak daapt membuat keputusan sebenar kerana semua yang dipilih memang berbakat besar.Semuanya memiliki kualiti vokal yang bagus sekali.Bermula daripada Af4 hingga AF5..kita boleh memilih dengan memetik jari sahaja siapa yang bakal menjadi juara. jawapan Mila dalam segala pertanyaan memang standard.Mungkin belum dapat membiasakan diri dengan perdebatan dalam industri muzik....Saya tak nak komen pasal artike Dr. Azahar itu...Bahasa-bahasa biologi nie saya tak minit...I'm a programmer man...
     
    AF juga mampu menjadikan seseorang itu menjadi popular sekelip mata.memang benar.Jika makcik depan rumah yang jual nasik lemak tu masuk TV tiap2 hari,mesti dia popular gak...Saya memang tergelak besar bila terdengar perdebatan mengenai tajuk ini....Ini tidak dapat disangkal...Pakcik MMA pun boleh popular dengan jargon "macam-macam ada"
    ..Apa lagi pakcik power root "Saya menang motor"....u see how it works...
     
    Tenaga produksi dihentam hebat pada awal musim ini apabila persembahan mereka tidak menepati citarasa penonton.Semua kualiti muzik Roslan Aziz dan juga gimik yang dipersembahkan dikutuk kejam (termasuk saya sendiri) tanpa belas kasihan.Apabila mendengar penjelasan Aznil semalam saya baru sedar.Sebenarnya penonton kini sudah pandai dan pintar dalam menilai AF.Mereka semakin bijak dan sentiasa mahukan sesuatu yang baru pada setiap musim.Sehinggakan setiap perubahan yang dibuat tidak boleh ada satu kesilapan.Ini menunjukkan penonton sudah sebati dengan AF.Setiap kejanggalan akan dinilai dari atas hingga ke bawah.
     
    Bagi saya,jika ada musim ke-6...AF perlu menampilkan pemuzik dan komposer sebagai pengkritik...Pemuzik dan Komposer biasanya tahu cara untuk mengunakan bakat yang ada pada seseorang.Mereka amat pintar untuk memanipulasi bakat tersebut untuk meletakkan seseorang itu di peringkat yang tinggi.Rata-rata pengkritik yang dijemput adalah penyanyi veteran.Bukannya mereka tidak profesional tetapi mereka mengkritik berdasarkan pengalaman mereka.Mereka harus sedar bahawa tidak semua orang memiliki bakat yang sama dengan mereka.Ada yang lain tetapi berkualiti....Di sinilah Pemuzik dan Komposer diperlukan...Kita berbalik kepada kritikan OGY sendiri...Entah tahun berapa punya style dia punya kritikan....
     
    bagi saya sendiri, samada perlu teruskan atau tidak...saya tidak dapat menjawabnya...Ada seribu satu sebab untuk mengatakan iya dan tidak....Saya berpendapat,....hentikan dulu buat seketika...mungkin 2 tahun...Biarkan kerinduan itu membuak-buak....Kerana...AF pasti tiada serinya tanpa Aznil....You still the best...
     
     
     
     
     

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google