Kesihatan saya terjejas 2-3 hari kebelakangan ini.Mungkin kerana cuaca panas yang melanda KL saban hari.mari kita review semua Kritikan saya kepada Mila sebelum beliau bergelar Juara AF5....You can see clearly how improved she is....
Konsert 1- (Bersama) 3/10
This one is the worse performance among all the students.Leo tidak dapat mendengart dengan jelas low note Mila.Jika kita dengar dari lontaran vokal beliau,nampak sekali Mila nervous.Suara terketar-ketar ketika membuat persembahan.Pitching banyak lari sana-sini.Lagu yang sepatutnya boleh menyerlahkan vokal seseorang menjadi lagu hantu!!.
Konsert 2- (Gotta tell You) 4/10
Persembahan paling hancur pada konsert semalam diketuai oleh Mila.Vokal sememangnya out of pitch,No attitude,No umpphh,Falsetto Out Of Pitch,Low Note yang kurang jelas sememangnya menjadikan lagu Gotta Tell You menjadi Gotta Kill You.
Konsert 3 (Melukut di tepi gantang) 5.5/10
-Peningkatan yang sememangnya ketara dri segi vokal setelah 2 minggu tidak memberikan persembahan yang baik.Feel yang sememangnya bagus.Tone yang tajam dan lantang membuatkan kita dapat merasakan emosi sebenar lagu ini.
Konsert 4 (Benci Tapi Rindu) 8/10
Wow!!!! What a outstanding vocal performance by Mila!!!.Peningkatan dari segi vokal yang paling ketara.RnB style yang dipersembahkan memang tip top!!!!Mila seakan-akan memberi nafas baru kepada lagu ini.Leo suka mimik muka yang ditunjukkan,benci tapi rindu.Tahniah Mila.
Konsert 5 (Puncak Kasih) 7/10
- Mila sekali lagi membuktikan kita bahawa dia telah meningkat dari segi vokal pada tiap-tiap konsert.Chord juga telah diubahsuai mengikut range Mila.Cuma pada low note,ada 2-3 part lari pitch.Tapi memang still the best.
Konsert 6 (Drama) 9/10
-Tiada Ulasan.Hanya memaparkan Ranking.
Konsert 7 (Dondang Dendang) 8/10
- Tone yang memang tajam.Lenggok yang tepat dan kelihatan seperti profesional.No more sumbang-sumbang.Mila berjaya menarik perhatian penonton dengan vokal dan senyuman beliau.This girl have a big potential...She's improve day by day...
Konsert 8 (Aku takkan bersuara) 8/10
-Penampilan istimewa Koir Jari Jemari semalam sebenarnya tidak menampakkan impak yang maksima terhadap persembahan Mila.Memiliki tone yang istimewa tetapi banyak terkucil di sesetengah bahagian Chorus.Teringat saya pada Farah AF2,terjerit-jerit sana-sini.Penjiwaan Mila juga bagus dan seiring dengan vokal beliau.
Konsert 9 (Pudar) 10/10
Bagi saya, ini adalah pilihan ideal seluruh rakyat malaysia untuk memilih Juara baru Akademi Fantasia.I got no comment for this outstanding performance.Bravo!!! Fantastic!!! Perfect!!! You go girl...!!!!!...kata dalam blog takder BF....
Konsert 10 (Cinta Pura-pura & Persis Mutiara) 10/10
-Juara AF5
Now..Can you see how improved she is.....Selain daripada memecah tradisi iaitu menjadikan kaum hawa sebagai juara untuk kali pertama, Mila juga membuktikan bahawa dia telah meningkat dan inilah sebenarnya yang dinamakan pelajar.Meningkat minggu ke minggu.Apa yang best...Mendapat berita yang paling panas,Hot,Segar,Sensasi....Mila Takder BF beb.....ada chan.....wakakaak....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home