follow me on Twitter

    Sunday, May 6, 2007

    Ulasan Konsert 8 AF5.....


    Kelainan untuk konsert pada kali ini tidak ditunjukkan pada pembukaan konsert.Saya juga tertanya-tanya adakah kelainan lain yang bakal ditunjukkan dalam konsert pada kali ini.Sangkaan saya memang tepat apabila kelainan ditunjukkan pada setia persembahan pelajar AF.Apa yang istimewa adalah,trademark pelajar-pelajar yang telah tersingkir dilaungkan oleh pelajar yang masih tinggal.Carta awal juga menunjukkan pelajar lelaki menguasai kedudukan teratas.Saya merasa cukup lega apabila Aznil mengumumkan yang tiadanya AFMASUK pada musim ini hasil daripada bicara Debat AF pada khamis lepas.Syabas Astro!!! kerana mengambil kira suara hati setiap peminat Akademi Fantasia.Loloq pula mengisi kekosongan kerusi panas Pengkritik jemputan AF pada kali ini.I wonder what did he knows about vocal beside Lyrics...Hehehehehe...

    Dafi - It's Gonna Be Me 5/10
    -Penampilan istimewa Korie dan Cikgu Raimee.Memang sporting.Vocal Dafi sememangnya amat sesuai dengan lagu ini.If he put more attitude on his vocal as the way he move,i think this presentation will be more fantastic.Kadang-kala kekasaran dalam vokal juga membantu seorang penyanyi dalam persembahan.Lihat sahaja Agnes Monica dalam lagu Tak ada logika.Vokal harus seiring dengan jenis lagu.
    Mila - Aku takkan bersuara 8/10
    -Penampilan istimewa Koir Jari Jemari semalam sebenarnya tidak menampakkan impak yang maksima terhadap persembahan Mila.Memiliki tone yang istimewa tetapi banyak terkucil di sesetengah bahagian Chorus.Teringat saya pada Farah AF2,terjerit-jerit sana-sini.Penjiwaan Mila juga bagus dan seiring dengan vokal beliau.
    Ebi - Kisah kau dan aku 7/10
    - Penampilan isitimewa Kak Yam dan Nila Kurnia pada awal dan akhir konsert.Memang melucukan aksi kejar-mengejar Ebi dan Kak Yam.Dengan penampilan rambut AFRO,Ebi menunjukkan kelainan pada vokal dan gerakan agresif beliau di atas pentas.Vokal beliau lebih banyak attitude dan lebih banyak soul.Semangat yang meluap-luap dapat dilihat dalam menyalurkan tenaga melalui persembahan.
    Candy - Perhaps Perhaps Perhaps 8/10
    -Kekuatan Candy dalam vokal beliau memang tidak dapat disangkal lagi.Penampilan istimewa Safura a.k.a Rokiah Ronggeng juga menguatkan lagi persembahan Candy.Jika ditambah lagi elemen keseksian dalam persembahan terutama pada lenggok badan,saya fikir persembahan akan jadi lebih mantap.
    Shawal - Kaulah Segalanya 7/10
    -Penampilan Prof. Razak tidak mendatangkan apa-apa gimik yang istimewa bagi saya.Memiliki penjiwaan yang baik membuatkan Shawal menguasai keseluruhan lagu ini termasuk dalam lontaran vokal jantan beliau.Penyampaian Shawal juga berjaya di saat awal hingga akhir persembahan.Berada di tahap 70% sempurna dalam persembahan.
    Heliza - Kesal 9/10
    -Persembahan yang saya tunggu pada kali ini.Gadis bertudung berimej rock.Penampilan istimewa Farid Kamil dan Norlia Ghani.Saya dapat merasakan tenaga rock disalurkan dalam vokal dan gerakan beliau.Ini barulah saya katakan tidak "KONTROL CANTIK".Keluar daripada kepompong asal dan mencuba sesuatu yang baru.Saya amat bersetuju dengan kenyataan Hattan.Rock pakai tudung is OK what!!!!!....
    Aswad - Korban Cinta 8.5/10
    -Penampilan artis-artis di bawah naungan Astro melalui VT.Lontaran vokal yang terbaik pada malam tersebut.Tone yang dapat didengar seketul-seketul.Lagu ini seolah-olah direkacipta untuk Aswad.Penjiwaan yang amat berjaya kerana walaupun berada di tengah-tengah pentas sepanjang masa,saya dapat merasakan ruang-ruang kosong pentas dapat diisi oleh lontaran jiwa Aswad.


    Bonus Song - Both boys and girls are good.
    Best Vocal - Aswad,Candy,Heliza,Mila
    Best Performance - Heliza
    Pelajar Tersingkir - Dafi....at last...


    Pengunduran diri oleh Aznil sememangnya sudah diketahui oleh ramai peminat sejak daripada awal musim lagi.Majalah Aksi AF juga ada menyatakan gosip ini pada awal musim.Saya sendiri tidak menafikan 50% daripada kekuatan AF adalah hasil daripada titik peluh Aznil sendiri.Beliau yang memulakan AF dan menerajui program ini sehingga menjadi Program Realiti No 1 di Malaysia.Pernahkah anda membayangkan AF tanpa Aznil...Saya tidak pernah...Mungkinkah disebabkan oleh gosip-gosip liar dan kritikan luaran menyebabkan Aznil menarik diri...ataupun ini keputusan Astro sendiri???....Aznil ada menyatakan bahawa beliau ingin memberikan laluan kepada bakat-bakat muda untuk menerajui program ini.Masalahnya, saya sendiri belum dapat melihat bakat sebagus Aznil sendiri. Jika ini adalah keputusan beliau sendiri,kita harus menghormati beliau.Mungkin Aznil ada rencana sendiri di luar sana.5 tahun bersama Akademi Fantasia melihat kepada perubahan yang drastik kepada karier Aznil sendiri.Kita sendiri sedia maklum hilangnya Aznil seketika pada masa lalu dan muncul kembali dan menuju ke puncak dengan adanya AF.Siapa pula yang bakal menerajui AF di musim-musim mendatang...???...Apa yang saya benar-benar pasti, AF pasti ada kekurangannya bila Aznil tiada lagi di atas pentas........All the best to you Aznil.....

    /* Ulasan seterusnya.....Tribute To Aznil....Tunggu....*/

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google