Ulasan Diari....
Diari semalam melihat kepada perubahan drastik perangai pelajar di akademi.Si Heliza sudah mula menunjukkan perangai sebenar beliau.Minggu terakhir di akademi harus dipergunakan sebaiknya.member kita yang kejang otot macam biasalah, asyik nak sakit sahaja.Lepas habis AF nie konfom masuk hospital terus.
Candy nampak begitu tertekan memandangkan sakit tekak beliau belum sembuh sepenuhnya.Seperti yang saya katakan sebelumnya, tiada alasan dalam satu pertandingan.Saya bukannya tidak menyokong Candy tetapi alasan sakit tekak itu satu alasan yang biasa.Walaupun sakit tekak, Candy masih mampu menari.Tak macam member kita tu...dah la dapat layanan VIP...Tak payah plak nak menari masa lagu Let's Dance 2gether dan Menuju Puncak..Sekali masa lagu joget, menari bagai nak rak...Apa hal lu brader...????...Anak Emas Astro ker aper...Masuk Hospital la....tak payah menari la....lepas nie jadi macam Mawi la....
Saya masih ternanti-nanti lagu ciptaan baru yang bakal diberikan kepada pelajar.No more from Ajai.Saya sendiri dah bosan mendengar komposisi lagu beliau.Mungkin kali ini lebih baik kalau semua lagu berentak pop.Memandangkan rata-rata pelajar mempunyai kekuatan menyanyikan lagu pop.
Saya sangat tertarik pada satu komen blog di Noumad.blogspot.com.What a nice thought!!!! This is what i want...Bloggers should dig out all of those hidden agenda by astro.Kelmarin baru sahaja saya menempah tiket ke Konsert Akhir AF5.Disebabkan kesibukan yang memanjang bulan ini,saya hanya dapat tempat duduk di Upper Tier.Ini mungkin bakal menjejaskan ulasan saya kerana jarak pandangan saya pasti tergugat.Andai sesiapa di luar sana yang murah hati memberikan saya satu tiket untuk duduk di Arena, you don't know how much i appreciate it...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home