follow me on Twitter

    Wednesday, July 4, 2007

    Top 50 Anak Gemilang Malaysia


    **It's been a long time i didn't use malay language in this blog...let's try one today as most of my point today is politic.....

    Saya tertarik kepada satu rancangan yang sedang meningkat hangat pada bulan ini.Program Anak Gemilang Malaysia.Sememangnya rancangan ini bagus untuk golongan muda di Malaysia.Lebih-lebih lagi pada masa kini, Buku Sejarah sudah tidak lagi menjadi medium utama bagi golongan muda mengenali tokoh-tokoh di negara kita.Buku Sejarah dah jadi topeng sebenarnya.....makluamt lanjut mengenai rancangan ini sebenarnya boleh dilihat melalui laman web rasmi rancangan ini sendiri di pautan http://www.astro.com.my/agm/.

    Saya melihat terdapat pelbagai kepincangan dalam rancangan ini sebenarnya.Bukan niat untuk mencari kesalahan tetapi sememangnya jika tanpa sebarang komen, sesesuatu rancangan itu tidak akan dapat bertahan lama.

    Mengapa orang yang sudah meninggal dunia sahaja????
    -
    Saya membaca pelbagai komen blog berkenaan kritikan ini.Memang ada logiknya!! mengapa orang meninggal sahaja dipertandingkan???..Orang yang masih hidup tak boleh jadi Anak Gemilang ker????...ataupun...Bila dah meninggal baru layak dicalonkan sebagai Anak Gemilang Malaysia.....ntah!!!!!

    Ada Calon yang tidak layak.
    - Saya juga berpendapat sesetengah daripada calon yang dipertandingkan tidak layak untuk dicalonkan.Ada yang baru sahaja setahun jagung tetapi dicalonkan.bagi saya sesetengah calon yang dipaparkan tidaklah memberikan sumbangan yang banyak dalam pembangunan negara.Masih ramai lagi yang layak.Persoalannya...Layakkah mereka dicalonkan tanpa ada setitik darah dari badan mereka jatuh ke bumi....Mengapa Leftenan Adnan tidak dicalonkan....????..Lihat secara teliti...Bidang ketenteraan tidak dicalonkan langsung....Bidang yang sanggup mengadai nyawa sendiri untuk mempertahankan negara...

    Mengapa Tun Mahathir tidak disenaraikan??
    - Saya sendiri agak hairan mengapa Tun Mahathir tidak dicalonkan.Saya tidak perlu membidas secara panjang lebar mengapa Tun Mahathir patut dicalonkan.Semua rakyat Malaysia tahu betapa layaknya beliau!!!!!!...Dah sedar ker blom....????

    Dikuasai oleh golongan Melayu.
    - Kebanyakkan calon juga datang daripada golongan Melayu.Bukannya hendak mengundang permusuhan kaum tapi saya kira, ada ramai calon yang bukan berbangsa Melayu dan banyak memberikan sumbangan kepada negara.Contoh utama, James Wong dan Hassan Sani dari Bumiputera Sabah.Membawa pasukan negara buat pertama kali layak ke Sukan Olimpik dalam acara Bola Sepak.Jaringan James Wong membawa negara buat pertama kali ke Sukan Olimpik dan itu lah yang terakhir kali.Sekali....Mokthar Dahari yang masuk....Apa barang??????


    Masih banyak lagi hujah yang saya fikir perlu ditulis dalm blog ini.Tunggu...Tangan Pedas ini kembali menulis......

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google