follow me on Twitter

    Friday, February 17, 2006

    PENUTUPAN www.luvs-linda.com....WHY???

    LUVs (Linda United Voices) adalah satu nama yang gah sekali bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan karier Linda AF2.
    Kelab ini sebenarnya bermula daripada Forum Rasmi Akademi Fantasia di laman web rasmi astro www.astro.com.my.Di sinilah segalanya
    bermula apabila berberapa orang penting telah berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan satu kelab penyokong untuk Linda AF2.Antara orang-orang
    penting tersebut adalah Feeda Khadiri,Mizz_SixtY,gogds,MrBadak,Charm,LeoFantasia,Rachel,Staniz,NashGurl,Dora,Azhuda,Dora dan banyak lagi.
    Hasil daripada pertemuan ini, Feeda Khadiri telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu YahooGroups di mana semua orang-orang penting ini
    akan bertemu setiap hari bagi membincangkan halatuju kelab ini dan strategi undian SMS untuk Linda.

    Pada masa yang sama,Group ini telah mendapat sambutan daripada seluruh negara sehinggakan bilangan ahli Group semakin hari semakin meningkat.
    Satu website sementara juga telah dibangunkan mengunakan perisian Flash di url www.geocities.com/leo2882 (still alive) oleh LeoFantasia.Pada masa yang sama
    ahli-ahli LUVs Kota-Kinabalu telah membuat satu perjumpaan bagi ahli-ahli LUVs di Sugarbun, Beverly Hills Kota Kinabalu.Perjumpaan ini dipengerusikan oleh
    mrBadak dan gogds.Setelah membuat kata sepakat, gogds telah dipilih untuk menjadi Presiden LUVs KK.Satu perjumpaan bagi LUVs Kuala Lumpur juga telah
    diadakan tidak lama daripada itu di KFC Summit Shopping Centre, Subang USJ.Ahli-ahli di daerah keningau,sabah juga telah membuat satu perjumpaan dan LUVs
    cawangan keningau ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Mr Staniz.Sejak daripada itu,bermulalah era penyokong-penyokong karier Linda di Akademi Fantasia.

    Oleh kerana permintaan yang amat ramai daripada ahli-ahli,pihak LUVs Kota Kinabalu telah membangunkan satu Laman Web Rasmi Linda www.luvs-linda.com
    yang mana dibangunkan sepenuhnya oleh MrBadak dan gogds.laman web ini telah mendapat perhatian daripada pihak media sehinggakan Berita Harian sendiri
    menulis laman web ini sebagai laman web rasmi linda.Blogger-blogger terkenal seperti sultanmuzzafar juga turut serta melayari web tersebut.

    Kenapa saya menutup website tersebut (www.luvs-linda.com).....

    Pada mulanya,pengurusan website dijalankan sepenuhnya oleh Mrbadak.Kemudian pengurusan tersebut diserahkan kepada gogds.Setelah sekian lama
    gogds menguruskan website ini, LeoFantasia pula mengambil alih tanggungjawab tersebut.Setelah beberapa lama mengendalikan website tersebut saya
    merasakan sesuatu yang janggal apabila tidak pernah sekali pun kami nampak linda masuk ke dalam website rasmi(www.luvs-linda.com) penyokong beliau.
    Ini membuatkan saya sendiri tertanya-tanya apa sebabnya.Sehinggakan saya terpaksa berhubung dengan Abang beliau sendiri bagi mendapatkan maklumat terbaru
    mengenai perjalanan karier beliau.Dalam masa yang sama saya tidak pernah mendapatkan update secara terus daripada Linda mengenai perjalanan karier beliau.
    Ini menyebabkan maklumat di dalam website tersebut tidak dapat dikemaskini sepanjang masa.Jika ada maklumat pun, ianya hanya disampaikan daripada ahli yang lain.
    Ini menyulitkan lagi keadaan pengurusan dalm website.Seolah-olah Webmaster tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya.

    Kebanyakkan ahli sering tertanya-tanya apakah perkembangan terbaru Linda??...Apakah yang perlu dijawab oleh seorang WebMaster yang tidak diberikan maklumat
    yang terkini dan tidak dipercayai sepenuhnya.

    Antara sebab-sebab lain mengapa saya menutup website ini adalah....

    1. Sikap ahli LUVs KL yang hangat-hangat tahi ayam.
    2. Tiada sokongan sepenuhnya daripada AJK tertinggi LUVs KL.
    3. Tiada maklumat yang dapat dikemaskini.
    4. Tidak dipercayai sepenuhnya oleh ahli-ahli
    5. Konflik dan gossip dalaman LUVs yang terlalu banyak sehinggakan ramai orang-orang kuat meninggalkan LUVs.
    6.Tikam belakang dari sesetengah orang. (You know who u are...!!!)
    7. Website semakin kurang pengunjung
    8. Kurangnya penambahan ahli setiap bulan.

    Terdapat banyak lagi sebab lain,oleh kerana terlalu peribadi dan menghormati privasi Linda,tidak perlu saya nyatakan sendiri.Walaupun website telah ditutup,saya tetap menhormati Linda
    sebagai pembuka jalan bagi bakat-bakat nyanyian daripada sabah ke industri muzik malaysia.Sila hubungi saya di leo2882@yahoo.com jika anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut
    mengenai penutupan website ini.Atau chat dengan saya id yahoo messenger anddyleo .

    Diharapkan selepas ini, pihak AJK LUVs KL dapat membangunkan website baru untuk Linda dan webmaster haruslah dipercayai sepenuhnya oleh Linda dan ahli-ahlinya sendiri.
    Saya ada menghubungi Pembantu peribadi Linda dan AJK LUVs KL bagi mendapatkan persetujuan mereka samada mereka ingin mengambil alih atau tidak website tersebut.Akan
    tetapi saya tidak mendapat apa-apa jawapan sehingga kini.Ternyata website ini tidak bermakna bagi mereka.Ini adalah satu alasan yang kukuh mengapa website ini perlu ditutup.

    Mulai daripada hari ini, website ini ditutup secara rasminya.Ini adalah hak webmaster sendiri kerana Pihak Webmaster sendiri yang membayar Domain name dan Webhosting.

    "Do Not Trust People Who Doesn't Have Faith On You"

    Cheers!

    Sekian.

    5 Comments:

    Blogger dogoes said...

    "Diharapkan selepas ini, pihak AJK LUVs KL dapat membangunkan website baru untuk Linda dan webmaster haruslah dipercayai sepenuhnya oleh Linda dan ahli-ahlinya sendiri".

    Nampak sangat ayat orang yang tengah merajuk.This is the point of the post, the rest is just the flower2....:bluek:

    February 19, 2007 at 6:11 PM  
    Blogger dogoes said...

    Antara sebab-sebab lain mengapa saya menutup website ini adalah....

    1. Sikap ahli LUVs KL yang hangat-hangat tahi ayam.
    2. Tiada sokongan sepenuhnya daripada AJK tertinggi LUVs KL.


    Ok let me try, i think this is not the main reason why this site being closed. There are many of Linda's Fan in Sabah, why KL Fans have to responsible.Think again LeoFantasia...

    Take it as an idea ok dude..aramai ti!!!

    February 19, 2007 at 6:16 PM  
    Blogger LeoFantasia a.k.a LEO said...

    the idea was not bad at all...but...there's somthing u should know dogoes...LUVs in sabah is dead!!!...it's because of lack attention by linda to her fans...let us juz wait and see...who will build the new website for linda...

    why LUVs KL have to responsible?? the cause of the problem is them...u can say anything because u don't know anything about the internal conflict that we have been through...The LUVs KL President had leave the club herself along time ago...

    "Diharapkan selepas ini, pihak AJK LUVs KL dapat membangunkan website baru untuk Linda dan webmaster haruslah dipercayai sepenuhnya oleh Linda dan ahli-ahlinya sendiri".

    The point of this post is to make linda wake up...juz like i've said before..i don't trust people who don't have faith in me...why??? ask linda...

    Now Who's Ur Daddy dude???.....

    February 21, 2007 at 7:25 AM  
    Blogger F!oNa said...

    tutup!!! <-- ini jalan yang terbaik Leo.. syabas!!

    kenapa sia cakap syabas?
    = Buat apa teruskan kalau tiada kepercayaan daripada ahli² tertingginya (LUVs yg seringkali jumpa dgn Linda)? Mahupun dari LINDA sendiri -> kenapa sia berani cakap? sebab Linda sendiri TIDAK pernah posting or kc update terus perkembangan dia dari masa ke semasa di dalam websitenya. & LUVs yang memang rapat dengan Linda seolah² TAKUT atau LUKI kc share² info diorang mengenai LINDA. Sia peduli apa? wakwakwak...

    Walaumacamanapun.. Linda kau tetap di hatiku sampai bila² walau ko nda kenal sia LANGSUNG!!!

    February 23, 2007 at 9:48 AM  
    Anonymous Anonymous said...

    saya kecewa dengan sikap Linda yang tidak mengendahkan peminatnya.

    Tapi itu dulu, sekarang Linda tidak membawa erti apa-apa untuk saya.Tapi kalau dia buat persembahan masa orang kahwin saya mau tinguk juga.

    Leo, ngam juga lah kau tutup. Linda club is soooo yesteryear... and nobody cares.

    February 27, 2007 at 7:19 PM  

    Post a Comment

    << Home

    [....DISCLAIMER....]

    ............................

    All content of this blog site is the personal opinions of the owners as Malaysia is a free country for it's citizen to speak up in any kind of issues .

    Your comment words are your own, but you agree that I have the right to delete or edit as I feel appropriate or necessary.You are not prohibited of any distribution to the contents from this blog and you may not use this blog as a prove in any kind of situation including in the law court .

    [....Buli Ba Kalau Kau!!!!....]

    ............................

    BBKK

    BBKK New Product is Out!!!!!

    Visit www.borneoutara.com Now!!!!!!!

    BBKK

    ............................

    Image Hosting

    The Writer

    LeoFantasia a.k.a LEO

    PutraJaya <-> KL <-> Keningau

    Music,Movies,Video Games,Computer,Eat are my Life....

    A Guy Who Will Bring Trouble To Your Life...Dare o Be A Friend???

    ................................

    ..........................

    ..............
    Google